Thursday, July 22, 2010

iPad mula dijual di Singapura

TAMBAHAN MALAM

Rakan kerja saya, seorang wartawan dari Mumbai yang dah dua tahun bekerja di Singapork, gembira sakan dapat beli mesin iPad ni. Cerita beliau di sini.


--------------------------------------------------
Saya gi ke Junction 8, mall dekat rumah saya di Bishan.
Ada 30 orang berbaris jam 9.45pagi.
Kedai Apple buka 10pagi, nak mula jual iPad.

Harga:
S$728 for the 16GB model (RM1,675).
S$878 for the 32GB model
S$1028 for the 64GB model
S$928 for the 16GB Wi-Fi + 3G model
S$1078 for the 32GB Wi-Fi + 3G model
S$1228 for the 64GB Wi-Fi + 3G model (RM2,824).

Lepas tu saya gi Funan Digital Mall, mall terbesar jual barangan komputer (yang lagi satu ialah Sim Lim Square) kat town.
Dah lepas jam 10, tak ada queue di dua kedai Apple.
Semua orang dapat beli.

Yang ada queue panjang ialah untuk beli iPhone4 yang akan mula dijual di Sinkapour Jumaat depan (BARU: Saya difahamkan ini queue nak beli iPad - alamak. Walhal jika mereka naik setingkat lagi tak payah berbaris!).
GAMBAR-GAMBAR di sini - ada rakyat Malaysia, China, Korea datang Temasek nak beli, you.


Saya TIDAK membeli iPad ni.
Dulu nak sangat, cari di empat bandar US tak dapat.
Dan Johor Mali nak tolong belikan di London, saya dah tak mahu.
Dah merajuk.
Saya cuma kepo nak tengok ramai ke tidak orang membeli. Maklumlah technology fan. Nak tengok orang gila ke tidak dengan mesin baru ni. Rise of the Machines.
Tidak begitu ramai nampaknya.


Yang lebih penting ialah saya terserempak seorang 'pakcik' Melayu. Dia panggil nama saya.
Rupa-rupanya seorang teman lama. Beliau dulu foreign-exchange manager di bank di Singapour.
Kalau Dr Mahathir kata 'rogue traders', beliau ialah salah seorang daripada mereka! Hahaha. Ramai 'rogue traders' ni saya kenal, termasuk Nick Leeson yang menjatuhkan Barings Bank, masa saya kerja kat Raffles Place dulu.

Kini mamat Melayu ni dah retire, hati gembira.
Dulu saya kenal beliau semasa di Raffles Place (1992-1994), mamat Melayu ni naik Mercedes, tinggal di rumah terrace corner di Singapour.
Beli apartment besar di KL.
Orang kaya pun masa tu.
Kini dah jual rumah di KL dan Singapore, dah jadi millionaire. Millionaire a few times over (agaknya), tinggal di apartment besar.
Umurnya jika tak salah, depa kasi tahu, 60 tahun. Dah retire 10 tahun lebih!

Yang saya gembira ialah beliau kata sedang dan mahu terus mengajar sesiapa saja yang nak belajar trading dengannya (stocks, bonds, fx, gold/silver, oil). Nak belajar baca charts?
Semua free.
Nanti kena kejar mamat ni. Ilmu percuma oi!

No comments:

Post a Comment