Thursday, July 29, 2010

Orang Melayu Malaysia 'Malas & Manja'

Semasa berucap dalam majlis Anugerah Jauhari Berita Harian (Singapore) malam semalam/Rabu, editor BH Mohd Guntor Sadali memberikan satu ucapan.
Pak Guntor ni orangnya soft spoken.
Tapi apa yang dikatakannya bagaikan tamparan hebat.
Dahlah tu, beliau menampar hero lama saya, Dr M.


BACKGROUND

Orang Malaysia, termasuk Dr M - lebih-lebih kebelakangan ini kerana Melayu sudah berpecah - suka kata:
Jika orang Melayu tak berhati-hati mereka akan hilang kuasa di Malaysia, jadi macam orang Melayu Singapore.
 Cerita kat Utusan pun gitu, dalam blog-blog pro-Umno pun sama.

Baru-baru ini di Kuala Terengganu, Mahathir berkata Melayu Singapork terpaksa "terbongkok-bongkok" dengan bangsa lain kerana tak ada kuasa politik.
Saya hadir di majlis 'Mei 13' itu.
Ini laporan yang saya tulis - alamak, orang kebas tapi tak tulis nama saya. Tak apalah. Asal ilmu dan pengetahuan berkembang luas.



Adoi. Nada kamu di utara tu menghina kami sangat.
Apasal suka sangat attack kaum sendiri di negara lain, yang dah lemah pun?

Cuba jika kami orang Singapork kata:
Orang Malaysia Melayu ni semuanya Malas dan Manja kerana dasar bumiputra.
 Tentu kamu marah!

Jika kami ni lemah sangat kenapa tak bantu orang Melayu Singapork, sama macam Temasek membantu orang Cina Malaysia - dengan menawarkan mereka pekerjaan dan peluang belajar?


Betullah kami tak ada kuasa politik. Minoriti Umat M ni di mana-mana.
Minoriti Muslim di Singapork ni lebih untung dari yang di Thailand, Filipina, Cambodia, Myanmar. Belum lagi saya masukkan minoriti M di Israel, Serbia, Russia.

Saya dah banyak kali cerita tentang Umat M di Temasek yang dijaga oleh undang-undang agar tidak dihina agamanya - di sini dan sini.
OKlah juga tu.
Takkan nak minta pemerintah Singapork beri kamu kontrak bumiputra pulak?


Balik ke cerita Guntor: Sebab selalu kena serang dengan mamat-mamat Malaysia ni, editor BH serang Dr M pula.
Saya tak mahu komen dulu saya setuju ke tidak dengan apa yang dikatakannya. Baca dulu, Datin Ros dan Pak Man Telo.

Antara isi ucapan:

- "Kita (Melayu Temasek) tidak mahu disuap atau terlalu bergantung kepada pemerintah. Dalam erti kata lain, masyarakat kita menolak sikap menopang (crutch mentality)."

- Beliau menegaskan bahawa Melayu Singapura pastinya tidak mahu dilabel sebagai malas dan manja. Lantaran itulah masyarakat Melayu bekerja keras untuk mengumpulkan sendiri dana bagi membina masjid dan madrasah, dan kini boleh berbangga sebagai pemilik bangunan-bangunan tersebut.

 - "Anak-anak kita menghadiri sekolah yang sama dengan kanak-kanak lain dengan tujuan menerima pendidikan menyeluruh dan mencapai keputusan yang baik.
"Memang mencabar, seperti kanak-kanak lain, anak-anak kita tidak ada pilihan lain selain bekerja keras. Inilah realiti kehidupan di Singapura yang kita terima. Pastinya tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan."

- "Meritokrasi ternyata sistem yang baik dan adil. Ia mendorong kita bekerja keras dan berbangga dengan pencapaian kita. Bagi masyarakat Melayu Singapura, kita tidak boleh memandang ke belakang."


- Story ucapan Guntor di sini.
- Story dalam bahasa Inggeris di sini (GAMBAR: Guntor duduk sebelah bos Carrefour).
- Ucapan penuh dalam bahasa Inggeris (dimainkan satu page besar dalam akhbar saya, The Straits Times, hari ini/Khamis) di sini.

No comments:

Post a Comment