TAMBAHAN MALAM:
SAYA NAK CARI BUKU (& DREBAR TEKSI INI)
Diary of a Taxi Driver by Cai Mingjie.
Mamat Temasek ni ada PhD dari Stanford dan ada BLOG lagi you.
Kat Singapore ni ramai juga drebar teksi yang bijak pandai.
Ada bekas businessman, executive bank dan sebagainya. Tapi sebab itu dan ini, hilang pekerjaan.
Baru-baru ini, saya dari airport, naik teksi mamat Cina ni - bahasa English dia punyalah bagus, saya segan bual dengannya.
Kenapa Dr Cai kena buang kerja? Itulah, masa saya ke Kelantan bulan lalu kan saya ajak anda jumpa saya, boleh cerita macam-macam yang saya tak boleh tulis kat blog! Cerita benar, dongeng, hantu dan konspiracy theori.
-------------------------------------------
Ekonomi Singapour dijangka berkembang 13 hingga 15 peratus tahun ini.
Wooi. Tahun lalu, semua collapse dan ekonomi meleset teruk. 2009, GDP Singapork ialah MINUS 1.3 per cent. 2008, plus 1.8 per cent.
Ramai kena buang kerja, yang lain kena potong gaji - termasuk syarikat saya sendiri, Singapore Press Holdings - the biggest media group in Southeast Asia.
Kini dah rebound.
Untuk suku tahun kedua (April-June) tahun ini, GDP melonjak 19.3 peratus - yang terkuat dalam sesuatu suku tahun (quarterly) dari 1975.
Maknanya, ekonomi ini berkembang paling pantas dalam sesuatu suku dalam 35 tahun.
Maka dengan itu, desas-desus pilihanraya akan diadakan tahun ini - November? December? - pun berdengung kuat. Kali terakhir pilihanraya umum ialah pada 2007.
Baik di mana pun, jika ekonomi dah kuat, itulah signal terbaik untuk adakan pilihanraya. Takkan nak tunggu rakyat dah eko-no-money baru nak undi kan?
Saya pernah tulis tentang mengapa saya dan ramai lagi orang lain merasakan kali ini rakyat agak hot sikit dengan pemerintah sebab kemasukan berduyun warga asing, merebut peluang pekerjaan orang tempatan. Apa pun, kerana ekonomi kuat, mungkin suara marah ni sejuk sikit kot.
Di pulau banjir-bila-hujan-lebat (sebab tu namanya kini Singa-POUR) ada 94 Ahli Parlimen - tiga ekor saja yang pembangkang!
Itupun sebenarnya hanya ada dua pembangkang, sebab yang ketiga masuk ikut skim NCMP = non-constituency MP = pembangkang kalah dalam pilihanraya, tapi ahli pembangkang yang dapat undi paling banyak. Jadi dikasi chance masuk Parlimen sebab nak ramaikan pembangkang.
The losing opposition member with the most number of votes is given a chance to enter Parliament.
Sebenarnya, ada lagi 9 NMP = nominated MP = orang terkenal di Singapore yang DIPILIH oleh pemerintah (bukan oleh pengundi) untuk masuk Parlimen. Tugas mereka juga ialah nak meramaikan suara ‘pembangkang’.
Baca detail NCMP, NMP di sini.
Kat Malaysia terbalik - ramai sangat pembangkang sehingga kadang-kadang macam kita nak tendang mereka keluar sebab bising sangat tak tentu pasal. Yang BN pun kadang sama. Hot air.
Di Temasek, sikit sangat pembangkang sehingga dewan senyap. Bunyi aircon saja yang kuat. Hahaha.
Jadi kalau nak ikut yang tepat:
- Ada 82 MP dari Petir, Parti Tindakan Rakyat atau PAP.
- 2 MP pembangkang (Chiam See Tong dari Singapore People’s Party dan Low Thia Khiang dari Workers’ Party)
- 1 MP tanpa kawasanundi, NCMP (Sylvia Lim dari Workers' Party)
- 9 MP dipilih, NMP (termasuk akademik, bekas wartawan, bekas sportswoman, businessman)
Di Malaysia, bila pilihanraya?
Saya difahamkan, bising mana pun pembangkang mengharap pilihanraya awal, ia tidak akan berlaku.
Kerajaan Pak Naj tunggu dua isyarat, katanya:
1) Hanya jika ekonomi Malaysia dah betul kuat dan nampak tanda.
2) Hanya apabila dah nampak pengundi Cina dah mula miring sikit kembali kepada Umno-BN.
Ekonomi Malaysia yang kuat di setengah tahun pertama (first half) hanya kerana wang dipam banyak tahun lalu agar ekonomi tak collapse. Bukan perkembangan ekonomi yang mantap lagi, katanya.
Maknanya pilihanraya lagi agak jauh. Yang mahukan sangat pilihanraya sekarang juga ialah pembangkang kerana mereka tahu jika diadakan hujung tahun ini, mereka mudah menang banyak kerusi.
Bilapun pilihanraya, kita doakan negara Singapour dan Malaysia terus selamat dan rakyat makmur.
No comments:
Post a Comment