Maaflah jika saya nampak macam nak serang ulama lagi.
Baru saya cerita pasal kopi luwak dan semacam keinginan para ulama menarik perhatian dengan fatwa yang tak kena tempat dan waktu.
Kali ini cerita ulama di Malaysia pula.
Takde fatwa lain ke, pak mufti Perak dan pak bekas mufti Johor?
Harussani Zakaria dan Nooh Gadot membuat fatwa mengenai imej 'setan' di jersey Manchester United.
Dan jadikan Islam bahan jenaka satu dunia, sebab agensi berita AFP main cerita ni satu dunia.
Di sini, sini dan sini. Baca cerita yang ketiga tu - jersey Brazil dan Portugal anda pernah pakai? Aiyoh tak tahu! Ada salib brader, apasal kamu pakai!
Nasib baik saya hanya beli tee-shirt Turkey dan Russia - dua-dua team bungkus, tak masuk World Cup.
Psst. Sebenarnya jersey team Spain tu pun tak boleh pakai. Ada lambang mahkota King Ferdinand dan Queen Isabella yang hancurkan umat Islam dan nyah Muslim dari Sepanyol! (GAMBAR) Tak ada fatwa pulak. Nasib baik mufti kita tak tahu sejarah, eh. Ada cross juga - kat atas crown yang paling besar!
Betul. Memang bagus jika umat diperingat mengenai sesuatu yang bahaya. Tak perlu malu jika hak, kata orang. Malangnya, setahu saya, Man U dah pakai jersey setan tu sejak saja bujang lagi. Kenapa baru sekarang nak buat fatwa?
Sama macam kopi luwak di Indonesia - benda tu dah berpuluh tahun ada di depan mata.
Yoga pun gitu.
Bukan saja benda tu dah lama, tapi ia tidak membahayakan umat. Atau mungkin saya silap?
Dan yang buat rakyat confuse - kan banyak isu lebih besar yang boleh difatwakan. Yang dah lama ada depan mata pun.
- Umat M masih ramai hisap rokok. Sila fatwakan ada ke baik benda ni? Itu lebih bahaya kepada umat. Dahlah yang merokok Melayu miskin, membahayakan kesihatan lagi.
- Orang politik masih curi duit rakyat sedangkan orang itu, katanya, solat lima waktu dan anakbini pakai tudung. Fatwakan mufti.
- Dan ini pun saya dah selalu dengar hingga malu - menggunakan duit rasuah untuk berumrah, atau dihadiah umrah sebagai upah 'komisyen' kerana memberi rakan kontrak besar. Ini boleh ke? Apa fatwanya?
- Umat M miskin kerja jadi hamba orang, sehingga jadi drebar (*macam arwah bapa saya) dan amah (*macam ibu saya dulu) - susah nak beribadah. Fatwakan tolonglah! Agar umat tak terus ditingkat bawah dan dihina dan dipijak sehingga susah. Agar mereka takut jadi miskin sebab dah diharamkan. Kena jadi lawyer, peniaga, banker dan akauntan.
Gereja terbesar di Singapore, itulah 'fatwa'nya setiap minggu dalam 'khutbah' mingguan - Tuhan sayang kamu, dia mahu kamu kaya, dia akan bantu orang yang beribadah terhadapnya jadi kaya. Whoa. Makin kaya orang, makin ber'iman', beb. Makin ramai derma sehingga gereja itu terkaya di Sinkapour!
(*Saya beritahu pekerjaan arwah bapa dan pekerjaan ibu dulu biar orang tahu saya bukan nak hina golongan drebar dan amah. Nanti jika saya kata jangan jadi sekuriti guard atau office boy, ada pulak yg kecik hati).
- Umat M beli kapal selam dan jet pejuang dari negara kapir. Boleh ke, wahai ulama? Kenapa tak ada fatwa kita kena design dan buat teknologi tinggi sendiri agar kurangkan kos dan kayakan negara?
- Sofwe dan hardwe pun kita beli dengan orang. Saya harap ada fatwa agar umat design sendiri.
Tolonglah, umat harapkan leadership yang boleh naikkan umat cemerlang, bukan umat yang takut dengan cerita lama seperti jersey dan yoga. Nak minum kopi pun dah takut.
Dan saya nak tahu ini bahaya kepada umat ke tidak: Kereta Chevrolet yang laku di Malaysia. Eh! Emblemnya macam cross lah! Dia kata itu bow-tie, tapi errrr..... tak ada fatwa ke? Haram beli kereta dengan "was-was" sebab ada cross?
Ini saya jenaka saja, jangan pula esok ada fatwa pulak!
Yang saya kerap marah dalam hati - ah, ini cerita betul.
Kerap saya nampak: isteri dan anak pompuannya pakai tudung pergi pasar atau shopping. Cantik dan rapi dan Islamiq.
Orang tengok pun respek kemurnian Islam.
Tapi laki dan anak jantannya? Pakai seluar pendek, pakai selekeh, pakai selipar.
Kadang pakai singlet aje!
Tak tutup aurat ke?
Merosakkan imej kan?
Tolonglah fatwakan. Ini basic tapi saya selalu nampak kat KL dan Geylang.
Maaf jika nampak seperti saya benci ustaz dan ulama (orang Singapore panggil mereka 'asatizah', sebab nak panggil golongan mereka ni 'ulama' takut tinggi sangat).
Pada saya, masa ini kita tak boleh harapkan orang politik tunjuk cara baik nak ke depan. Dan ada kurang pasti dengan peranan raja, maka para ulama lah yang kita masih boleh harapkan.
Saya tak harap lagi ulama yang ada label PAS atau Umno.
Mereka sibuk berkelahi.
Ulama dan asatizah yang neutral - Bantulah kami yang di bawah.
Tunjukkan kami cara nak cemerlang umat ini.
Push for a society that excels. A group of Muslims that other peoples respect.
No comments:
Post a Comment