Wednesday, March 3, 2010

Luahan hati semut yang takut api

Ini luahan peribadi.
Mungkin ada baiknya jika secara diam-diam, Perkasa telah diberitahu bahawa kerajaan tidak akan memberi lesen penerbitan akhbar kepadanya.
Agar tidak mengapikan keadaan.
Walaupun secara theori, akhbar itu adalah 'untuk ahli' saja.
Sama macam Harakah, namanya saja untuk ahli tetapi seantero Malaysia semua baca.


Ini juga luahan peribadi.
Mungkin ada baiknya jika ketua paderi/archbishop yang katanya akan mengadakan press conference hari ini/Khamis secara diam-diam telah dilarang.
Iaitu tak payahlah membawa isu wartawan majalah Al Islam ini ke tengah dulu, walaupun pihak Katolik marah mereka mempermainkan agama lain.
Agar tidak mengapikan keadaan.


Dan ini juga luahan hati.
Saya pernah menulis tentang seorang paderi Singapore diberi warning oleh Internal Security Department kerana mempersenda agama lain ketika berdakwah.
Paderi itu menyatakan beberapa minggu lalu betapa kesalnya beliau, lalu meminta maaf kepada pihak Buddhist dan Taoist.
Dan katanya pada satu ketika, rasanya beliau harus meninggalkan Singapura kerana malu telah menggoncang harmoni agama-kaum di Temasek.
Baguslah beliau tahu bahawa tidak baik mengapikan keadaan.


Ini semua adalah luahan hati semut yang hidup menumpang.
Kamu makhluk raksaksa, teruskanlah.

No comments:

Post a Comment