Wednesday, March 31, 2010

Model Ekonomi Baru - Mengukur kedudukan ekonomi

Ada beberapa cara nak menilai KEDUDUKAN EKONOMI negara. Sama ada sesebuah negara itu mempunyai pencapaian tinggi atau nak jadi Zimbabwe - hidup segan, mati pun dah dekat.

1) Satu cara ialah melalui Foreign Direct Investment, satu cara lagi ialah melalui Portfolio Investment.
Saya pernah menulis tentang FDI dan pelaburan portfolio ni di sini.
FDI adalah syarikat yang announce nak melabur dalam sektor perkilangan dan servis. Nak buat kilang Coke atau nak bina hotel. Kena tunggu bertahun nak bina bangunan, dan bertahun lagi nak untung. Tapi kalau mula operasi, untungnya banyak.
Jika mereka nak senang masuk dan keluar, pelabur asing membeli saham di bursa atau bond syarikat dan bon kerajaan. Ini namanya pelaburan portfolio. Hari ini dia telefon broker saham atau broker bon, dah boleh beli. Esok kalau nak keluar pun, gunakan telefon atau picit butang saja.

2) Cara kedua ialah dengan mengukur gaji pekerja secara purata. Per capita income.
Kalau campur pendapatan Ananda Krishnan dan Vincent Tan, lepas tu campur gaji drebar teksi dan wartawan terbilang, di bahagi dengan jumlah pekerja - ada 10 juta lebih di Malaysia (penduduk 28 juta).
Itu yang diukur oleh PM Najib Razak apabila membentang dasar Model Ekonomi Baru atau New Economic Model (NEM) pada hari Thalatha.
Gaji purata pekerja ialah US$7,600 (RM28,000) setahun, atau RM2,200 sebulan. Nak digandakan kepada US$15,000 atau RM4,500 sebulan dalam 10 tahun.

3) Tapi para ekonomis juga ada cara lain nak mengukur kedudukan ekonomi.
Gaji sesebuah negara itu rendah. Tapi kalau harga barangnya juga rendah, tentunya semuanya lebih baik dari sebuah negara yang gaji tinggi, tapi inflasi juga tinggi!
Harga barang dan kos hidup rendah tak semestinya bermakna kerajaan itu bagus.
Sebab ia mungkin dibebani sebab kena bagi subsidi minyak yang banyak, harga pengangkutan awam dicontrol, dan harga beras dan gula dikawal (seperti di Malaysia).

Zimbabwe yang paling teruk. Dahlah gaji kecil, tapi harga barang terus dan terus melambung. Inflasi melonjak SETIAP HARI.

Tapi kalau dikira mengikut Gaji Kamu dibahagi kepada APA YANG KAMU MAMPU BELI, ceritanya lain dengan hanya perbandingan yang dibuat dengan melihat berapa gaji anda.
Cakap mudah: Kalau kamu ada RM1,000, dan mamat di Singapore, Zimbabwe, Jepun, India, Amerika dan seterusnya juga ada wang sebanyak itu, apa yang boleh dibelinya?
Contoh: Sebuah kereta Toyota Altis di Malaysia ialah RM130,000. Di Singapore, ianya berharga S$100,000 (atau RM240,000).
Di Malaysia, RM240,000 ni dah boleh beli BMW 3 Series!
(Saya gunakan contoh Altis sebab kereta yang paling banyak di jalanraya Temasek ialah Altis. Sama juga kita boleh katakan kereta yang paling banyak di KL ialah Perodua Myvi).

Kayu ukur ini dipanggil Purchasing Power Parity atau PPP (bukan parti senget PPP Datuk M.Kayveas)

Menurut penghitungan begini, perangkaannya di sini untuk tahun 2009, kedudukan Malaysia adalah lebih baik dari jika hanya dilihat mengikut GAJI.
Malaysia SUDAH PUN mencapai lebih kurang USD14,000 mengikut PPP!
Baik menurut data IMF, World Bank atau CIA Factbook.
Menurut IMF, Malaysia adalah di tangga 58, dengan gaji purata setahun, menurut PPP, sebanyak US$13,551.
Kata World Bank, Malaysia di nombor 48, US$14,215.
Kata CIA, kedudukan 59, US$14,700.

Memang betul, Singapore dan Switzerland masih tinggi di atas, tapi yang melonjak naik ialah Malaysia. Ini kerana banyak harga barang terkawal (yang sebenarnya melemahkan ekonomi kerana kerajaan kena sediakan wang berkoyan-koyan, agar hidup kamu selesa. Sebab tu jangan nak hentam kerajaan saja).


3) Dalam tahun 1986, majalah terkemuka The Economist mula menyiarkan apa yang dipanggilnya The Big Mac Index. Baca di sini.
Ia mengukur PPP dengan kekuatan MATAWANG sesebuah negara (bukan gaji pekerja).
Kerana kebanyakan perdagangan dunia menggunakan US$, dolar Amerika, dan boleh dikatakan Macdonalds ni terdapat di mana juga di dunia, maka satu ukuran mudah diterbitkan oleh majalah ini.

Untuk orang seperti saya yang selalu keluar masuk Singapore dan KL, senang saja nak cerita. Kalau saya nak makan fast-food ni, lebih baik saja di Malaysia. Boleh pengsan harga barang makanan di Singapore ni.
Saya dah beri contoh sebelum ini bahawa teh tarik di Malaysia 90 sen, di Temasek ialah 80 Singapore cents (RM1.90).
1 Sing dollar = RM2.30 to 2.40.
Dan juga, di kawasan saya Keramat-Wangsa Maju di KL (tak jauh dari bandar), sewa kondo tiga bilik dengan saiz 1,200 sq ft ialah lebih kurang RM2,500.
Di perumahan awam HDB dekat kawasan saya, flat yang sama sewanya S$2,000 (RM4,800). Ini baru flat HDB, belum KONDO.
Di KL, sebuah BILIK sewa di kondo tanpa toilet kita boleh dapat dengan RM500. Kalau flat PKNS RM300 pun ada.
Di Temasek Darul Serba Mahal, sebuah BILIK di flat HDB paling kurang sewanya ialah S$400 (RM960).
Inilah yang di katakan PPP dan kekuatan Matawang tu.
Sebab tu ada ratusan ribu orang Johor yang bekerja di Singapore.
Mereka jadi drebar bas pun dapat gaji S$2,000. Dia tinggal di Johor dengan gaji yang ditukar ke ringgit = RM4,400.
Dan itulah sebabnya apabila kita dapat kerja di Singapore, Australia atau Amerika, jangan terus melonjak dapat gaji RM20,000 sebulan pun.
Rakan saya yang kerja di New York nak pingsan dengan harga rumah dan kena bayar cukai yang tinggi!
Hujan emas di negeri orang, hujan batu bata di negeri sendiri.

Dengan menggunakan Big Mac Index ini, kita boleh lihat sendiri berapa banyak Big Mac kita beli dengan kekuatan matawang sesebuah negara.
Lihat kedudukan negara masing-masing di sini (ini data lama).
Malaysia OK lagi kot.

No comments:

Post a Comment