Selepas sebulan tak makan waktu pagi, siang dan petang tentunya kita kekok hari ini.
Tapi baik bulan puasa atau tidak, tentunya tidak complete hidup anda tanpa santapan mata membaca remgold blog setiap hari. Betul Kan? Kan? Kan? phwee-weet :-).
(Hahaha, your first stupid joke in Syawal).
Atas syor ninotaziz, saya nonton DVD My Name Is Khan, pada malam raya pertama semalam. Merci beaucoup, maam.
Syiok. Dan seperti cerita Hindustan lain yang best, mesti nangis hiba sikit. Hee.
(Eh, blog ninotaziz ada banyak lagu raya klasik. Yay).
MENTARI TERBENAM, HARI BARU AKAN LAHIR
Aha, sebelum itu basics dulu tentang perhitungan hari mengikut orang dulu kala (termasuk Arab) yang menjadi ikutan umat M ni.
Just in case anak saya baca dan tak ingat apa yang bapanya pernah beritahu dulu.
Maaf kerana tuan-puan dah tahu, saya bila baru faham benda ni dulu terkejut berok.
Dulu, saya kerap bertanya setiap tahun, kenapa satu malam sebelum raya (hari terakhir berpuasa), dah tak payah solat terawih.
Kenapa takbir Raya Haji boleh dilakukan hingga waktu asar "hari ketiga". Apabila maghrib pada "malam Raya Haji ketiga" dah tak boleh lagi.
Ingat dulu last night tak payah terawih agar senang kita nak ke Geylang buat last minute shopping! Atau nak menyenangkan kita masak ketupat atau wajik di rumah (di kampung dulu).
Rupa-rupanya, malam raya pertama ialah SEMALAM (Khamis malam), bukan Jumaat malam.
Hari raya "pertama" bermula apabila masuk waktu maghrib pada hari berpuasa terakhir.
Malam semalam dah masuk raya oi, bukan lepas subuh kita nak ke masjid setahun sekali ni!
Orang dulu tak pakai jam - jadi cara paling mudah nak kira hari baru dah masuk ialah apabila mentari terbenam.
A new day starts after the sunset.
Bukan waktu 12:00 - kalau kamu duduk kat tengah padang pasir, malam gelap, tak ada jam tangan, macam mana nak tahu dah masuk dinihari/midnight!?
Jadi cara terbaik ialah mengikut pertukaran mentari.
SRK & KAJOL
Back to original story: My Name Is Khan, starring Shah Rukh dan Kajol.
Tak mahu jadi spoiler, kamu gi nonton sendiri ler.
Mengenai seorang autistic, Rizuan Khan di Amerika, nak jumpa Presiden Amerika.
Jalan cerita ialah mengenai what it means to be a Muslim in America, lebih lagi apabila peristiwa serangan ke World Trade Center berlaku di pertengahan movie ini.
Lebih lagi relevan di Amerika yang kini sibuk dengan ancaman nak bakar Quran dan pembinaan masjid dekat tapak WTC lama.
'My name is Khan, and I am not a terrorist'.
Love, tolerance, trying to understand how others feel.
Lepas nangis kelak, anda gi lah nontonlah movie Hindustan yang saya gemar = gerenti nangis, hiba dan di akhirnya akan appreciate kehidupan manusiawi ni.
Movie Hindustan di bawah ni macam cerita P.Ramlee - ada lucunya, ada pelajaran sosial untuk semua, ada suka-duka kehidupan kampung.
Saya mula gemar filem Hindustan hanya baru-baru ini dalam penerbangan AirIndia ke Delhi pada Januari - tapi setelah nonton di bawah ini, banyak yang lain saya tak gemar sebab hanya banyak bual dan joget tanpa apa message seperti yang di senarai ini.
Billu Barber (SRK, Irrfan Khan, Lara Dutta).
Ghajini (Aamir Khan, Asin).
Slumdog Millionaire (filem British, tapi saya 'Hindustankan' sebab cerita mamat India).
Love Aaj Kaal (Saif Ali Khan, Deepika).
OK, cukuplah tu cerita Raya ni. Saya promote ni bukan apa - agar anda dapat rilek jika boring cuti seminggu kat rumah atau di kampung, dan jenuh nonton filem Melayu dan lagu Raya.
AWAS. Kerana saya tak tahu toleransi anda dan keluarga, harap anda nonton sendiri dulu. Jika rasa selamat, baru ajak anak-anak nonton.
Cerita Bollywood ni okay, tapi jogetnya kerap bertema 'orang dewasa' dan tak sesuai untuk anak. Mungkin anda Skip saja bab dance ni!
Hargai waktumu bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment