Tuesday, September 28, 2010

Kerja makan gaji, tapi berLambo - skandal besar Singapore!

Yang satu ada Lambo.
Rakankerjanya ada Ferrari. Kemudian Ferrari itu berlanggar pokok pula sehingga masuk akhbar.
Eh, orang terkejut, si mamat rakan kita tu - bila pula dia kaya ada kereta mewah? Ah kan, satu kampung dah tahu....
Yang si mamat Lambo ni membeli kondo berharga S$900,000 (RM2.1 juta) bayar CASH pulak. Memang cari pasal.

Jika mereka memang golongan businessmen atau menteri Kabinet yang gaji berjuta tak apa. Tapi mereka hanya timbalan pengarah dan pengurus dalam Penguasa Tanah Singapura, atau SLA - kalau kat Malaysia, Pejabat Tanah ler.
(Maaf, tadi saya tersilap tulis LTA pulak!) 
Macam mana kerja dengan pemerintah boleh jadi jutawan? - yang jadi jutawan kerja dengan 'garmen' ialah yang jadi Menteri Kabinet Singapork (itu satu kontroversi di lain hari).

Si mamat dua ekor LTA ni pula, dah collect berjuta, saya tak faham kenapa mereka tidak lari keluar negara, tapi terus kerja kat situ! Hingga kes mereka terbongkar.
Cerita di sini dan sini.

Saya percaya kes ini adalah skandal kewangan yang terbesar di sini yang melibatkan civil servant.
Memang ada orang yang pernah kena cekup merampok duit syarikat berjuta-juta, tapi semuanya syarikat swasta.
Terima kasih Anon di bawah ni yang sebut ada menteri Temasek yang corrupt lalu bunuh diri. Namanya Teh Cheang Wan. Semasa disiasat, dia makan racun, katanya.


TAMBAHAN 0840pagi

Kes mereka terbongkar pada Jun, apabila SLA lihat banyak sangat wang mengalir keluar dalam bahagian teknologi dan infranya (di mana mamat berdua ni kerja).

Dan kes skandal melibatkan civil servant Singapork yang terbesar - dah lama sehingga saya pun tak tahu - ialah pada 1995 apabila timbalan pengarah PUB (agensi jaga air) Choy Hon Tim didapati bersalah dapat S$13.85 juta (ini kadar matawang dulu, jika ikut kadar hari ini tentu tinggi lagi!) daripada kontraktor yang inginkan maklumat dalaman.
Nama-nama orang merampok semasa kerja dengan 'garmen' antaranya di sini. Kat Singapore ni jika kamu mention saja 'CPIB' semua orang takut, termasuk saya. Corrupt Practices Investigation Bureau.
Lagi cerita-cerita kakitangan awam yang songlap di sini (termasuk kes Menteri Teh Cheang Wan). Banyak juga kes brader.
Yang baiknya ialah apabila kes rasuah berlaku, akan dibesar-besarkan di media agar jadi sempadan.


Lee Kuan Yew kata....
(dilaporkan dalam akhbar hari ini. Tak tahu berkenaan kes di atas atau general comments saja).
"I'm not saying there's completely no corruption, but any minor corruption is caught and punished.
"Our law says if you have a property which you cannot explain by your income, that is assumed to be corruption.
"Supposing you have a $20 million bank account and you're earning about $10,000 a month, the assumption is you are corrupt until you prove that you had the means and the wherewithal to make that money. So that makes the prosecution of corrupt officials and corrupt people easier.
"That has kept the country clean. And if you go by the Transparency Index, we are always in the top three... That's an enormous advantage when it comes to doing business."





---------------------------------------------
Blackberry PlayBook



Research In Motion (RIM), syarikat Canada pengeluar Blackberry, baru munculkan projeknya nak lawan iPad.
Katanya lebih pantas dari iPad, tapi ia menggunakan sofwe baru. Bukan Apple, Windows, Android atau Linux. Tapi sofwe RIM bernama QNX Neutrino.
Takut pulak gunakan untested software, early version ni....

Yang bagusnya ia kecil sedikit dari iPad yang besar dan berat. Screen PlayBook ialah 7inci, berbanding 9.7inci iPad. Senang sikit nak masuk dalam beg.
Ada USB port - tidak seperti iPad.

Cantik juga cik abang ni - kata orang Kelantan 'co-me lote' (comel habis).
Cerita dan gambar kat sini dan sini. Official page sini.
Nasib baik pak chic belum beli iPad.

No comments:

Post a Comment