Wednesday, September 22, 2010

E-Village, BioValley, MSC & ETP .... Bah. 3/3

PARIS TAK JADI KE KL!

Alamak, buat susah Minah Dadah ni. Baca sini.
"The move also abruptly canceled Hilton's planned appearances in Kuala Lumpur, Malaysia, and Jakarta, Indonesia.
"Hilton's publicist Dawn Miller wrote in a statement that Hilton plans to make the trips at a later date."
Nasib baik remgold dah organise press conference dengan Malaysian media baru-baru ini.


-------------------------------------------------

POSTING ORI - E-VILLAGE, BIOVALLEY....

Bahagian 1 di sini.
Bahagian 2 di sini.


PROJEK MEGA YANG BERJAYA

Tidak benar jika kita katakan semua projek mega gagal, hancur dan habiskan duit rakyat.
Ada yang berjaya dan dengan senyap-senyap menjadi icon Malaysia.

- Lebuhraya PLUS.
Masa nak dibuat dulu semua orang kutuk habis-habisan.
Siapa yang perlukan highway ni!?
Akan matilah bandar-bandar kecil kerana projek membazir wang ini!?
Sekarang kita komplen sebab bila hari perayaan trafik jam sampai semua jadi giler.
Dan ramai engineer Melayu lahir sebab projek highway ni.
Saya untung dah pandu kereta dari hujung di Johor, hingga ke hujung di Perlis. Yang tak sedap ialah selepas Penang, jalannya di Kedah dan Perlis tak rata.

Terima kasih Daim Tok Misai dan Mahathir.


- KLCC, Petronas Twin Towers.

Membazir!?
Bodoh nak habiskan duit Petronas!?
Buat bangunan pendek sudah lah.
Hahaha.
Kini, apabila orang luar gambarkan Malaysia, mereka akan terbayang dua tower ni.

Bila ada imej Malaysia di CNN, BBC, New York Times dan Asahi Shimbun - gambar bangunan dua ekor berbaju silver ni yang keluar.
Dan kerana pejabat 88-tingkat x 2 itu penuh, dan Suria KLCC mall laku sakan, jadi wang pulangan yang terus bertambah untuk Petronas.

Siapa pernah naik ke tingkat yang paling tinggi sekali, angkat tangan!
Aha - wartawan pak chic remgold dah sampai, dua kali dah.
Masa tu baru siap lagi tahun 1998, dan pejabat lama saya (Reuters) di situ. Masa tu security masih lemah lagi kat situ.
Di atas tu ialah ada showroom kecik - boleh nampak Sumatra, dan eh! itu Pahang ke?
Ada replica Twin Towers kat tengah bilik tu, dan boleh pusing keliling lihat satu dunia.
Angin kat atas kayangan ni boleh didengar - kuat macam nak ribut, walaupun cermin tebal.
Eeks, sebenarnya ada rahsia di atas dua tower ni, tapi saya tak akan beritahu anda. Atas sebab security.
Kini kayangan ni untuk VIP saja, orang biasa tak dibenarkan naik lagi ke sana.

Terima kasih Mahathir, negarawan yang ramai kini busuk-busukan.


- Proton dan Perodua (ini tertinggal - patut masuk senarai nak hidup segan, nak mati belum tahu lagi!)
Saya tulis sebagai 'berjaya', tentu ramai juga tak setuju. Sebab pada ramai orang (termasuk saya pun), projek ini kan gagal! Kenapa letak kat sini?
Dari segi nak jual kereta kat negara lain, Proton dah gagal dan akan terus gagal.

Benarkan dia merge dengan Perodua sajalah! Itu pandangan saya. Atau jual up to 51 per cent stake Proton ni kepada pembina kereta luar seperti Volkswagen.

Perodua sebenarnya 51 per cent milik Daihatsu (anak syarikat Toyota), jadi kualiti produknya no problem. Mereka gunakan model Daihatsu yang sama, boleh dijual dengan jenama lain di Malaysia, Indonesia, Thailand dan seterusnya. R&D Daihatsu buat.
Saya pandang dari sudut lain nak katakan projek P&P telah berjaya.
Proton dan Perodua ni telah memberi businessmen Melayu belajar jual-menjual secara profesional.

Memang kata Cainis dan Injun tak adil. Dan memang pada hari awal dulu, businessmen Melayu ni lemak sebab senang sangat nak jual.
Dan memang banyak duit habis gitu saja - sebab tu saya rasa patut dijual saja stake Proton ni. Jika dijual kelak saya harap bukan kepada kroni Melayu yang sampai kiamat pun saya rasa tak dapat majukannya lagi. Business kereta ni global; anda tak boleh jual Proton hanya di Malaysia dan harap nak terus hidup.

Tetapi kerana Proton inilah, businessmen Melayu kecil yang masih jadi pengedar hingga kini dah makin pandai - kerana mereka kena bersaing dengan jenama seperti Kia dan Chevrolet.
Dan ada salesmen yang kini menjual jenama kereta lain setelah mendapat 'latihan' jadi pengedar Proton dan Perodua.

Dan ini penting untuk orang macam saya - dulu dari saya tiba di Malaysia tahun 1994 dan sehingga tahun 2000 - mak oi. Bila Cainis New Year saja, ketakutan saya jika kereta saya kena langgar atau kereta rosak.
Sebab apa? Sebab jika accident atau rosak 3hari sebelum Kongheefattchoy ni dan dua minggu selepas itu, maka tak akan ada satu workshop repair pun akan dibuka!
Kini dah ada workshop orang Melayu. Phew, takut Lambo saya rosak, brader.

Terima kasih 'musuh negara', Dr M, kerana melahirkan anak-anak Melayu pandai berniaga dan membaiki enjin. Kat Singapore, saya tak pernah nampak seorang pun budak Melayu repair enjin kereta. Tentunya ada, tapi saya tak pernah lihat bila ke workshop-workshop mana pun.
(Tentang sistem kroni Approved Permit ni dah pernah masuk dulu bab ni, cukuplah. Sekali lagi, niat kerajaan baik tapi tak dikawal dengan baik).

Walaupun Cainis dan Injun kata tak adil, ada baiknya bangsa majoriti Malaysia ni diajar mengail ikan, jadi mereka tak terus minta-minta.
Give a man a fish, and he will eat for a day. Teach a man to fish, and he will eat forever.


- Felda (Federal Land Development Authority) pun, pada saya, projek berjaya! Aha.
Jika tak ada skim ini dulu, ramai Melayu di pendalaman tak ada harta sawit mahupun harta tanah - walaupun harga murah - di kampung.
Hari ini jika kita sebut saja 'kamu nak dapat tanah Felda percuma' - ratusan ribu orang akan berebut, sebab mereka dah dapat lihat kebaikannya.
Cuba jika Umno-BN nak kasi Melayu tanah hari ini! Melompat PKR-PAS-DAP akan komen macam-macam agar bangsa lain pun diberi sama.
Cuma yang tak baik ialah kerana mereka juga pengundi, maka kerajaan Umno-BN ni dah lemakkan sangat Tribe Felda ni.

Tentang projek terbaru Felda di Makkah (atau Madinah?) dan di tepi KLCC tu memang kontroversi.
Patut jika pembangkang dan kita semua terus kena tanya dan tanya biar keluar lebih banyak detail sebab itu wang rakyat, beb. Saya pernah tulis di sini mengapa kerajaan kena jawab dengan jelas.


Banyak lagi jika nak disenarai.

- Port Klang dan Port of Tanjung Pelepas = kamu ingat mudah ke nak buat pelabuhan yang orang percaya? Yang tahap efficiencynya tinggi? Lebih lagi ada pelabuhan Singapura berdekatan, jika orang tak suka akan lari ke sana.

- Jambatan Pulau Pinang. Nasib baik ada yang ini. Jika tidak kena tunggu feri berejam bila nak cross.

- Bank Negara Malaysia (ini bukan "projek" tapi kejayaan juga) - sebagai wartawan kewangan dulu, saya nampak BNM panik dan terkejut berok apabila crisis matawang melanda dalam 1998/99. Tapi atas dukungan Dr M, BNM kini dihormati seantero dunia beb.
Apabila BNM membuat currency controls tu - tak boleh lagi menjual beli ringgit di luar Malaysia dan beberapa policy lain yang tutup pintu spekulasi 100 peratus - seorang economist terkenal telefon saya dari Singapork bertanya -
"WHO was the person/s who made this policy? It is so good because it stopped all the speculation 100 per cent overnight. Someone ought to hire this/these guy/s!"
Memang betul, BNM zaman Daim dulu haprak habiskan berbilion main pasaran forex, tapi lepas tu taubat nasuha jaga nama negara.


-------------------------------------------------
CUKUP DULU.

Saya bagi sample-sample di atas nak tunjukkan kita semua bahawa memang banyak yang ragu dengan ETP ni.
Ramai khuatir projek besar akan gagal, wang kena songlap lagi, membazir tak kena tempat dan seterusnya.
Tapi seperti yang kita lihat di atas, tak semua projek tu gagal.
Dan kerana lebih banyak yang berjaya daripada yang gagal - dan walaupun perampokan berlaku dalam beberapa banyak projek - negara tetap maju!
Kalau lebih banyak telah gagal dari yang telah berjaya, Malaysia hari ini masih di tahap Zimbabwe.

Di penghujung pemerintahan, ahem, "kuku besi" Dr M, dengan bangga Malaysia ni boleh mengaku:
- The most economically-advanced Third World country. 
Singapura dah masuk First World (dikira dari tahap KDNK dan infrastructure), jadi tak termasuk dalam senarai Third World. Masa tu China dan India masih jauh kat belakang. Vietnam dan Indonesia masih tidur. Kini mereka ni semua dah didepan Malaysia.
Jika kamu ambil 114 negara Third World dalam NAM pada masa itu: semua kat belakang.

- The most advanced Muslim country (walaupun 45 peratus rakyatnya bukan Muslim).
Bukan UAE/Dubai, bukan Bahrain - negara yang banyak duit minyak dan gas.
Bukan Pakistan yang menerima berbilion wang sokongan Amerika setiap tahun, sebab koruption dia teruk banget.
Kini Turkey dipandang sebagai negara Islam yang paling advance.

- The most tolerant Islamic country, despite having a high percentage of non-Muslims.
Di Singapore, Cainis 80 peratus, non-Cainis 20 peratus = ini bermakna lebih payah nak jadikan Malaysia ni negara yang penuh toleransi, sebab minoritinya begitu ramai. Dan Cainis Malaysia control ekonomi, tapi kerajaan telah dapat balance political power Melayu dengan economic power Cainis ni begitu lama.
Kat Temasek mudah saja = sebab Cainis control economic dan political power, mudah nak ke hadapan. Melayu dan Injuns jadi passenger pun dah cukup.


JIKA dulu boleh capai ni semua, takkan kini nak give up senang-senang?
Lu orang rela ke negara kamu go-stan masuk longkang hanya kerana politikus sibuk gaduh setiap hari?


MASA DEPAN

Purata KDNK Malaysia naik sebanyak 8 peratus setahun, setiap tahun, selama 10 tahun dari 1988 kepada 1998. The Malaysian economy grew by an average of 8 per cent a year, every year, for 10 years, between 1988 and 1997.
Saya tahu benda ni dengan intim - sebab dulu asyik tulis sentence kat atas ni semasa cover berita ekonomi Malaysia. 
(Pada Ogos 1997 baru krisis ekonomi melanda, sebab tu KDNK dalam 1997 masih kuat).

Memang saya harapkan pembangkang akan kritik dan para analis akan bongkar dan teliti projek ETP Pak Najib ni semua.
Untuk kebaikan bersama.
Yang saya harap, sebagai penumpang negara Malaysia, ialah jangan sampai kita bergaduh macam nak rak, tapi tak nampak bahawa yang penting ialah menaikkan ekonomi negara - bukan nak dapat point agar diundi masuk syurga di Putrajaya.

Kata omputeh = Let us not miss the Forest for the trees.
Jangan kamu gaduh tentang itu dan ini, tapi lupa big picture nak menaikkan ekonomi negara.
Teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment