Tuesday, September 14, 2010

Wang pelaburan masuk - kenapa tak heboh?

Saya tunggu satu hari, dua hari, hingga dah enam hari ni.
Maka saya juga yang kena tulis, sebab tak nampak berita ni di media perdana, apatah lagi website anti-kerajaan seperti Kinisidertoday.

Kenapa tak ada pembangkang sibuk panggil press conference? Kerana duit masuk.
Cuba kalau wang mengalir keluar sedikit pun, akan heboh semuanya macam ayam berak kapor, dituruti oleh website mereka semua.


Minggu lalu, sebelum Raya, akhbar saya tulis besar-besar bahawa dalam Lapan Bulan pertama tahun ini (Jan-Ogos) - the first page of the Money section in The Straits Times, the biggest English-language newspaper in Southeast Asia. Di sini (maaf, anda tak boleh masuk kerana akhbar online kena bayar. brader).
Beginilah kedudukan wang keluar-masuk dan kedudukan bursa saham masing-masing:

                      wang masuk             indeks naik
                      (US$juta)                 (peratus)

China             1,946                       Shanghai  -17.7
Korea S.           655                       Kospi  6.24
India                 551                       Sensex  6.64
Indonesia          285                       Composite  26.9
Thailand           158                       SET  26.6
Malaysia          117                       FTSEBursa 12.75
Hong Kong       113                      HangSeng -2.1
Philippines        23                       Phil SE  23.7

Singapore       -138                      STI 4.4
Japan              -204                     Nikkei -12.5
Taiwan          -323                       Taiex -3.7

Asia              3,314                      MSCI Asia-Pac 1.1
(tak masuk
Jepun)

[Sumber EPFR, Citi Investment Research, Bloomberg].


Dari segi duit paling banyak masuk sejauh tahun ini, ialah China. Tidak memeranjatkan.
Tapi kenapa banyak wang asing portfolio masuk tapi indeks sahamnya negatif? (Minus 17.7).
Ini menunjukkan pelabur portfolio asing dah jual saham Shanghai, tapi masih letakkan wang dalam negara itu, dengan niat nak beli lagi apabila harga jatuh, atau mungkin menunggu matawang renminbi naik berbanding dengan US$ atau Euro.

Malaysia di tempat keenam digemari pelabur. Not bad.
Saham Malaysia naik 12.75 peratus - wooi. Yang ketiga paling baik selepas Indonesia dan Philippines. OK what?

Eh, cepat panggil press conference! Masukkan dalam Kinisidertoday! Jangan haraplah.
Bukan saya anti-pembangkang atau rakan-rakan yang kerja dalam website tu. Tapi ada masanya kita harus bersatu dan tunjukkan muka manis negara kepada dunia.
Saya tulis dulu di sini dan sini, orang Malaysia ni skeptikal sangat terhadap negara.

Ada tak pembangkang Singapork atau website anti-pemerintah di sana attack PAP sebab wang pelaburan keluar banyak = US$138 juta mengalir keluar! Tak ada.
Kat Jepun dan Taiwan pun tak ada pembangkang sibuk panggil reporter. Ini semua dilihat sebagai pengaliran biasa pelaburan. Kadangkala masuk, kadangkala keluar.
Sebabnya ialah: saya dah tulis dulu, portfolio investment ni bila harga saham-bon rendah dia masuk, bila dah tinggi dia keluar.

(Beza antara portfolio investors dan foreign direct investors di sini).

Masing-masinglah.
Teruskan perjuangan.

No comments:

Post a Comment