Macam-macam benda kita dah nampak di dunia ini.
Tapi satu makhluk yang apabila saya bertembung kali pertama, kata omputeh, I nearly fell off my (proverbial) chair, ialah makhluk ini.
Bukan, bukan polong atas pokok, atau hantu galah.
Bukan Uji Rashid nyanyi dengan Hail Amir lagu Raya.
Saya nampak makhluk ini dalam balang air di Langkawi Underwater World beberapa tahun. Saya tak tahu ada makhluk seindah begini.
Eh, ini sea horse/kuda laut, atau daun, atau patung.
Betul ke ni?
Atau mainan?
Masih hidup ke depa ni? Diam saja dan slow-moving.
Makan apa dia?
Rupanya mamat ni makhluk betul, berasal dari Australia.
Namanya ialah Leafy Sea Dragon (Naga laut berdaun?).
Keagungan Tuhan.
Cerita mamat sea dragon ni di sini, dan hingga hari ini saya masih cuba nak beli coin sea dragon ini - limited edition dan mahal (Satu hobi saya ialah collect special coins).
LAGU D'LLOYD
Semasa saya budak sekolah rendah di sebuah kampung di Pasir Panjang, Singapore, antara lagu yang saya paling gemar ialah yang dinyanyikan kumpulan dari Indonesia, D'lloyd.
Zaman Uji Rashid dan Hail Amir.
Hingga kini, bila dengar lagu ni, sayup rasa di hati.
Tak sangka, budak kecil yang menumpang rumah nenek di kampung Melayu, keluarga miskin, anak kepada drebar dan amah, akan merantau begitu jauh dalam hidup. Saudara saudari pun ramai yang begitu; dah jauh perjalanan hidup.
Keagungan Tuhan.
LIRIK lagu
Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan
Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa
Chorus
Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta
Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa
No comments:
Post a Comment