Susah jadi kerajaan tuan, puan.
Antara yang paling payah ialah nak memajukan ekonomi agar rakyat semua bahagia.
Atau cakap mudah: Agar semua orang ada pekerjaan yang memuaskan hati - dari segi gaji dan harapan untuk masa depan serta merasakan diri dihargai masyarakat.
- Ada pekerjaan tu yang gajinya okay, tapi takut tidak ada harapan jangka panjang. Misalnya jika kita gemar suka kerja tolong orang pindah barang (seperti syarikat KC Dat). Takkan dah tua pun masih nak kerja angkut kotak berat-berat? Gaji pun takkan akan melonjak jika setakat angkut kotak orang pindah? Sama juga kerja jadi security guard.
- Ada pekerjaan yang gaji/habuan tinggi, tapi tak dihargai masyarakat. Dan 'job security' tak ada. Kamu pernah duduk berbual dengan orang yang mandikan mayat? Saya pernah dulu, semasa arwah bapa saya meninggal. Dia kasi detail, kita pun taubat tak mahu kerja ini!
- Apa pula kerja bagus, gaji tinggi, bos pula buat hal. Atau pekerjaannya boring. Seperti kerja pasang barangan elektronik di factory saban hari. Atau jadi office boy, mahupun wartawan.
Dalam keadaan begini, kita sungguh-sungguh berharap pemerintah atau kerajaan kita bagus. Kita mahukan peluang pekerjaan lain.
Jika kita security guard kita harap dapat lompat jadi cook di restoran Pak Ali misalnya.
Jika wartawan di Akhbar A, mungkin berniat dapat gaji lebih dan kerja lebih mencabar dengan masuk Kinisidertoday.
Di sinilah masuknya peranan kerajaan/pemerintah.
Jika mereka tak mahu kena kutuk dan kena undi keluar, mereka kena sediakan peluang pekerjaan untuk kita - secara direct dan indirect.
Jalannya ialah dengan merancakkan ekonomi.
Walaupun anda kata anda tak dapat satu sen pun jika Syarikat Jepun atau Amerika melabur US1billion, atau jika projek lebuhraya baru dibuat, mahupun Bank A dan Fast-Food Restaurant B membuka banyak branch lagi, sebenarnya ini semua membantu kita rakyat biasa.
Kerana ini semua terjadi, ada pengurus di syarikat tempatan yang lari masuk ke Syarikat Jepun tu dengan gaji lebih besar.
Ada office boy yang calibut masuk kerja kat branch baru Bank A.
Dan tentunya Restaurant tu nak waiters dan cooks baru. Mungkin saya tak pandai nak jadi waiter atau cook, tapi jika mereka sediakan training, saya akan join walau gaji sama.
Dan orang yang gajinya naik, akan nak berumah tangga, membeli motosikal dan kereta, rumah baru dan furniture baru. Kasut dan baju baru. Nak gi holiday ke Langkawi dan London.
Jika anda jual nasi lemak tepi jalan dalam keadaan ekonomi rancak dan orang semua naik gaji, orang bukan beli nasi lemak 'biasa', tapi mampu ditambah daging rendang dan limpa.
Di sinilah ramai menaruh harapan dengan projek berbilion yang diluahkan oleh Idris Jala hari ini. Economic Transformation Programme atau ETP.
MEGA PROJEK YANG GAGAL
Saya bentang dulu keresahan hati yang saya pasti akan jadi bahan pembangkang dan pengkritik kerajaan. Tak salah jika mereka nak hentam, sebab dah banyak kali kerajaan tersasar dalam membuat pengunjuran projek.
Jika anda orang lama macam saya, tentunya dah pernah dengar projek-projek yang banyak habis wang begitu saja.
- Antaranya yang saya buat liputan besar dulu sebagai wartawan ialah E-Village, atau Entertainment Village.
Ada yang memanggilnya Movieworld Malaysia.
Apabila ia dilancarkan dulu, Jackie Chan datang, beb! Wooi.
Ongkos: RM400 juta (ini harga tahun 2000 = 10 tahun yang lalu).
Nak tarik pelaburan: RM3 billion.
Dalamnya nak diadakan theme park, projek perumahan.
Status kini: Dah lama tutup. Saya kerap lalu Dengkil ni jika dari/ke KLIA, tapi tak nampak lagi projek bangunan di tepi jalan tu. Mungkin tertutup dengan pokok?
(Saya Google tapi tak dapat satu pun gambar E-Village ni. Ada orang dah lenyapkan ke?)
- Satu lagi projek yang tenggelam terus ialah BioValley.
Apabila saya datang ke majlis pelancarannya dulu, alamak, malu aku. Sebab projek nak jadikan Malaysia ini hub bio-technology besau ni di TAPAK E-Village!
Kerajaan Mahathir bilis orang E-Village dan pasang khemah banyak-banyak dekat situ lancar mega projek lain pula! Itulah kali terakhir saya nampak bangunan besar E-Village tu (dari jauh).
Ongkos: Laporannya nak pam masuk RM2 bilion antara 2001-2005.
Nak tarik pelaburan: RM19 bilion dalam 10 tahun. Aduhai.
Laporan-laporan lama yang saya tulis mengenai kedua projek ini di Bah. 2 nanti.
- Paya Indah Wetlands. Sedih saya mengingatkan.
Semasa belum siap lagi, saya antara wartawan pertama ditugaskan cover ceritanya.
Cantik tempat tu - sebab saya memang suka tinggal dalam hutan.
Saya berdiri kat situ - tidak nampak satu pun bangunan! Walhal dekat dengan KLIA dan tidak jauh dari kampung-kampung di Dengkil.
Saya masuk ke dalam chaletnya yang begitu indah.
Lihat hippo dan burung-burung.
Tempat itu sekarang dah jadi skandal pasir, yang bukan skandal, sebab kerajaan Pakatan memang tak pernah ada skandal. Mereka maksum macam nabi.
MAAF tuan, puan,
Jika kamu rasa saya kurang ajar dan nak tertawakan Malaysia, nanti dulu!
Baca sampai habis. Baru anda faham, bahawa niat saya ialah agar semua dapat lihat batasan dan jadikan pengajaran.
Kan saya dah kata kat atas tu, payah nak jadi kerajaan. Bukan mudah!
Saya pernah bertanya seorang rakan saya - kini YB dalam kerajaan Penang.
Kan dulu kamu senang saja jadi tukang bantai kerajaan, sekarang bagaimana?
Katanya, Ah ah, sekarang banyak tugas dan tanggungjawab.
Takut orang kata kita tak boleh harap dan kerajaan kami malas.
Nak gi makan pun sekarang dah tak boleh pakai seluar pendek lagi! Takut pengundi nampak dan terkejut!
Ha! Baru depa tahu!!!
Dulu senang buka mulut tukang attack kerajaan bodoh, kerajaan songsang, tak bersihkan longkang, menghabiskan wang rakyat....
MEGA PROJEK YANG OK JUGA
Tidak semua projek mega ni habiskan duit gitu saja.
Ada yang OK juga.
Antaranya:
- Multimedia Super Corridor dan Cyberjaya.
Kita nak katakan gagal, tak boleh. Sebab banyak juga pelabur asing dan syarikat besar terletak di sana - di Cyberjaya.
Tapi, mak oi, nak pandu dari Putrajaya masuk Cyberjaya jika waktu malam takut juga, sebab banyak tanah kosong.
Memang mudah nak kritik - tapi pada saya jika dulu tanah yang dibuka TIDAK terlalu luas, mungkin projek boleh dianggap berjaya.
Jika Cyberjaya tu telah dibina bersebelahan Putrajaya, tanah yang lain dibiarkan tanah ladang sawit, mungkin OKlah. Tak nampak seperti padang jarak, padang tekukur.
Ongkos: Saya tak pasti. Tapi harga nak membeli tanah dari peladang sawit, nak buka jalan, pasang letrik sana sini, masukkan paip air dan telekom, whoa. Putrajaya dianggar ongkosnya RM10 bilion paling kurang. Saya rasa gitulah juga harga MSC/Cyberjaya ni.
Rancangan dan niat kerajaan baik, tapi executionnya dan skalanya (the scale of the project) saya rasa terlalu ambitious (memang senang ler aku nak bantai dari luar!).
Projek ni bukan total failure, tapi jika dikira dari sudut ROI = return on investment, manyak susah lor.
- Putrajaya.
Dari tanah kosong, naik pula projek besar ni. Siap dengan 'Mahligai' Mahathir.
Saya tak payah cerita panjang sebab semua orang tahu di mana administrative capital Malaysia ni.
Dah siap semua, baru kerajaan sedar - dulu kalau ada tanah kosong dan bangunan di situ dijual dan disewakan kepada pihak swasta, kan lebih baik! Dapat ROI cepat.
Kenapa dijadikan tempat itu 100 peratus untuk pegawai kerajaan saja? Semua perbelanjaan keluar, sikit saja yang masuk.
Malam hari, jadi bandar mati!
Cuma projek-projek perumahan terpilih saja yang dinaikkan oleh private developers.
Dan kerana 90 peratus (atau lebih?) daripada pegawai kerajaan itu Melayu, maka Putrajaya jadi Bandar Melayu.
Tak salah, cuma yang saya khuatir ialah jika kita tinggal sesama kita, sikap toleransi dan sensitif terhadap bangsa lain berkurangan. Maaf jika tanggapan ini tersasar.
Saya pernah tulis di sini tentang tempat saya di KL - selang seli rumah Melayu, Cina, Melayu, Cina, India, Melayu.
Ongkos: saya difahamkan, RM10 bilion (ada yang kata RM20 bilion).
Pulangan direct = hampir tak ada, sebab tak banyak tanah telah dijual kepada privet sector.
Tapi secara indirect = jika kita dapat katakan bahawa dengan adanya semua pejabat kerajaan di satu tempat yang tak ada traffic jam itu menaikkan efficiency dan productivity, maka ia satu pulangan yang baik.
Manfaat lain - Tempat ni dah jadi daya tarikan pelancong!
Yang saya sedih setiap kali masuk Putrajaya atau lalu di Dengkil ialah PICC = Putrajaya International Convention Centre.
Saya gerenti ramai kalian TIDAK pernah masuk pun dalam PCC ni.
Saya dah masuk banyak kali, dah jelajah dari basement sampai ke bilik-bilik VIP!
Sebelum buka lagi semua wartawan dibawa jalan-jalan. Ada banyak bilik VIP di tingkat atas, kerana masa tu nak diadakan dua perhimpunan penting, dan masa tu Dr Mahathir dah nak retire.
Perhimpunan yang diadakan ialah Organisation of Islamic Conference (57 buah negara) yang dihadhiri Presiden Russia masa tu, Vladimir Putin mamat hensome.
Wah, lepas tu saya hadir lagi apabila diadakan perjumpaan Non-Aligned Movement di PCC! 57 x 2 = 114 buah negara NAM.
Masa Islamic Development Bank directors meeting pun, pak chic ada kat situ dan merayau-rayau macam kutu lapar.
Kini jadi gajah putih.
BERSAMBUNG BAHAGIAN 2....
PROJEK MEGA YANG BERJAYA, dan harapan masa depan
No comments:
Post a Comment