Thursday, September 2, 2010

Malindo & Indomal

TAMBAHAN 9.30MLM

You're kidding right?
I had never heard of the Hassan Skodeng blog, as I am sure he had never heard of my blog.
The government is the laughing stock of the world right now.
Malaysia, it seems, likes to attract world attention with stupid antics. This is one of them, baby.

The news is in the Canadian, Philippines and Indonesian papers. I am sure other papers around the world will pick up this piece of laughable news over coming days, shake their collective heads and say, 'Malaysia, it can't do nothing right'.

iWeep.

------------------------------------------------

ORIGINAL POSTING - Malindo & Indomal

Malam semalam, selepas berbuka dan bertarawih di ibupejabat Tay En Ee, TNI, Tentara Nasional Indonesia (Indonesian armed forces), Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, cuba menyejukkan isu dengan Malaysia.

Beliau berkata jika Indonesia nak berkeras, lebih merumitkan hubungan dua hala.

"Dengan dapat dicegahnya ketegangan, saya yakin persahabatan dan hubungan bilateral Indonesia dan Malaysia akan berkembang lebih pesat."

Baca di sini dan sini.

Setiap hari ada saja demo kecil di depan kedutaan Malaysia di Jakarta. Diketuai oleh kumpulan gila bernama Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat.
Ada beberapa kumpulan lain yang juga demo, datang naik bas.
Di Makassar, ranting bank CIMB dan Bey Ee Ee (BII, Bank Internasional Indonesia = anak syarikat Maybank) kena serbu Bendera tiga hari lalu, dan dipaksa tutup.
Di Kalimantan, budak-budak Bendera lempar baru ke rumah pengurus ladang sawit dari Malaysia.

Dan jika kamu nak kata isu ini hanya dibuat orang gila Bendera, itu silap.
Saya dah baca dalam seminggu lalu ni macam-macam angry posturing oleh orang politik Indonesia. Bukan seorang dua saja.
Mereka maki hamun Malaysia dan ada yang kata: Jangan hantar pekerja Indonesia ke Malaysia lagi.
(Siapa yang hantar? Mereka datang sendiri beb....)

SEBELUM kamu komen marah-marah di bawah ni, kita lihat dari perspektif Indonesia dulu (ALL arguments have two sides after all).
Kita nak faham juga apa yang *wak jawa ni marah sangat dalam bulan Puasa nih. Mereka banyak makan tempe ke semasa berbuka?
(*ibu saya Jawa, jadi boleh action sikit guna bahasa begini).

- Isu dua hala yang lama pernah saya tulis di sini, sini dan sini.
- Perbezaan masa depan Malindo oleh Karim Raslan (warga Malaysia, dah lama tinggal di Indonesia) di sini.

Dua minggu lalu pegawai marine In (short form Indonesia, dah letih kerana puasa) menahan 7 nelayan Mal.
Kata In mereka ditahan di perairan Bintan.
Kata Mal di perairan Batu Puteh dekat Kota Tinggi.

Si mamat maritime Mal pula tak terima lihat apa yang berlaku, katanya. Lalu, mengejar bot In lalu menangkap 3 pegawai In.
Di mana? Mal kata dalam perairan Kota Tinggi.
In kata dah masuk perairan Bintan.

SOALAN:
a) Jika warga Mal 7 nelayan tu bersalah sebab masih di perairan Mal ketika ditangkap, adakah pegawai Mal ada hak tangkap pegawai In 3 orang tu?
Isu ini sepatutnya dikomplen oleh kedutaan Mal di Jak. Komplen cara diplomatik.
b) Pegawai In kata semasa dalam tahanan di Mal, mereka kena tukar pakaian orang dalam lokap dan kena masuk lokap sekali. Patutkah begini, sedangkan mereka pegawai pemerintah negara jiran yang brader?
c) Ada tuduhan bahawa pegawai Mal semasa naik bot In nak tangkap 3 pegawai tu pecahkan sistem GPS In agar tak boleh tunjuk perairan ni di In atau Mal.

Itulah antara dakwaan yang masuk dalam berita In, yang membuat mereka marah walau letih di bulan puasa.
Sebab tu mereka minta maaf, Mal kata ini small issue tak 'yah lah besar-besarkan.

Mal pula kecil hati sebab ada orang lempar najis masuk kedutaan di Jak.
Mal lalu meminta maaf.

Sebab tu jika kita baca media In, bukan Bendera saja yang marah, ramai orang politik marah.
Bagaimanapun, saya rasa orang ramai di Jak atau di tempat lain tak marah ler. Cuma mereka geleng kepala - "Kok Malaysia lagik! Ngapa selalu berantakan! Apa'in ini!"

Ini dipandang mereka sebagai satu penghinaan yang ditambah dengan isu-isu lama termasuk pekerja In kena buli di Mal - dipukul dan dibayar gaji rendah, curi culture mereka dari batik kepada satay dan lagu Rasa Sayange, dan lain-lain.



SAYA tak kata Mal atau In betul atau salah, cuma bentangkan sikit kenapa isu nelayan-pegawai maritim ini dilihat sebagai satu lagi penghinaan terhadap In oleh mereka, walau di Mal orang kata: "Ini isu kecil, semua yang demo diupah."
Memang betul pun mereka diupah, tapi betul juga national pride mereka terguris.

No comments:

Post a Comment