Orang Amerika sibuk gaduh tentang boleh atau tidak membina 'masjid' dekat WTC di New York city (NYC).
Sebenarnya ramai orang Islam bekerja DI DALAM dua tower block tu yang musnah.
Maknanya dari 3,000-lebih yang mati apabila twin towers to roboh ialah umat M.
Ini bukan saya yang kata - baca artikel ini dalam New York Times.
Peta lokasi bangunan Park51 dan tapak WTC di sini. Detail bangunan di sini.
Sekarang pun, tempat ini telah digunakan sebagai surau selama setahun. Cuma nak ditinggikan dan digunakan sebagai tempat sembahyang dan diskusi untuk SEMUA AGAMA.
GAMBAR KANAN: Kedudukan tapak WTC yang berlubang tu dan Park51.
GAMBAR BAWAH: Dua bangunan pendek ini akan jadi Park51. Ianya sebenarnya BUKAN MASJID, tapi Islamic Cultural Centre yang ada surau di dalam. Juga ada tempat untuk orang agama Kristian dan Yahudi bersembahyang dan memorial untuk mangsa 911. Tapi isu telah dipolitikkan oleh Fox News dan ahli politik haluan kanan.
Saya pernah tulis mengenai isu tersebut di sini, dan pernah melawat tapak WTC di sini.
Ramai tentu pernah ke bandar-bandar besar di US. Tempat-tempat ini bukan 'white city' lagi - ramai bangsa lain di situ, baik pekerja mahupun pelancong. Macam-macam warna, bahasa, perangai.
Di kedai-kedai jual souvenir keliling Empire State Building, ramai muka Arab - kedai milik Arab atau pekerjanya Arab.
Banyak gerai makanan atas lori (meals-on-wheels) yang ada logo halal, jual hot dog dan nasi goreng cara Amerika-Arab.
Maknanya tentu ramai umat M di situ, jika tidak buat apa buat gerai makanan halal?
Di tepi pejabat New York Times yang saya kunjungi pun, ada meals-on-wheels ni yang berlogo besar 'Halal food'.
Itulah antara sebab mengapa untuk umat M di Amerika, mereka terpaksa teruskan rancangan membina Park51 ini.
Jika mereka go-stan nanti sampai bila-bila, apabila ada rancangan nak bina masjid, orang extremist Kristian dan orang politik kanan seperti Sarah Palin akan bantah kerana tahu umat M akan berundur ketakutan.
If the Muslims blink now, they know they will have to continue blinking and become second-class citizens forever.
Sayugia diingat, dulu orang Yahudi TIDAK dibenarkan membuat synagogue di NYC juga! Kini Mayor bandar utama dunia itu ialah seorang Yahudi, Michael Bloomberg (orang bijak yang juga mulakan agensi berita kewangan Bloomberg).
Imam Feisal Rauf yang mengetuai kumpulan Park51 ni ada kaitan rapat dengan Malaysia. Beliau ialan rektor pertama Universiti Islam Antarabangsa di Gombak.
ISU UNTUK MALAYSIA DAN SINGAPORE
Tapi sedang kita sibuk nak pertahankan Islam, isu ini ada pengajaran untuk negara kita semua.
Salah satu isu penting mengapa ada pihak (termasuk akhbar liberal New York Times) mahu umat M diterima ialah untuk mempelbagaikan pemikiran dalam masyarakat.
Diversity of views, a melting pot of peoples, freedom of speech and thought - ini semua asas penting untuk Amerika.
Dan mengapa ia menjadi negara ulung dalam mengeluarkan produk terbaik di dunia (sofwe Google dan Microsoft, hardware Apple dan Dell, kereta tank dan aircraft carrier, stealth bombers dan movie seperti Avatar)
Mereka ni macam saya - percaya kepada Chaos Theory dalam masyarakat. Saya bincang sikit tentang ni apabila memperkatakan kenapa PKR ni perlu untuk Malaysia di sini.
Jika semua manusia masuk dalam satu kategori saja - semua umat M ikut Shafie, atau semua gunakan Windows and GMail, atau semua suka makan goreng pisang dan minum kopi o, maka parah nanti sebab idea baru akan beku.
Anda mungkin tak setuju, dan mahukan semua umat M ikut satu haluan yang sama - secara umum OKlah. Tapi jangan dikongkong daya kreatif umat dengan menekankan yang haram, walhal benda yang boleh dilakukan tak ditekankan.
Strategic thinker terkenal Amerika ni, Thomas L. Friedman, menulis mengapa Amerika perlu tolak ansur dengan umat M, walaupun pahit di sini.
(Jika ada masa, Google nama beliau dan baca artikel-artikelnya yang menarik tentang pelbagai isu dunia).
"Countries that choke themselves off from exposure to different cultures, faiths and ideas will never invent the next Google or a cancer cure, let alone export a musical or body of literature that would bring enjoyment to children everywhere."
KUIL BESAR DI SHAH ALAM, GEREJA BESAR DI AMPANG
Dalam orang Amerika yang demo di tapak Park51 tu ada yang pekik: Jika kamu buat masjid di sini, kami nak sebuah gereja di Makkah.
Masuk TV satu dunia dan akhbar besar apa yang dipekik golongan ini.
SEBAB tu kena check pendirian anda sebelum masuk campur dalam isu ini.
Adakah kita sanggup terima kepelbagaian?
Atau kita hanya nak equality untuk umat M, tapi orang lain tak ada hak?
Pada saya, jika semua orang ikut contoh salafi ala-Saudi atau syiah ala-Iran, diktator cara Korea Utara atau rejim pembunuh Myanmar, hancur dunia ni.
Semua ikut cara dia saja, agama dan pandangan lain tak diterima langsung.
Di Singapork, jika pemerintah saja nak menang dan kata dia seorang yang betul dalam semua isu, lama-lama otak rakyat jadi lesu dan bodoh.
Sebab tu perlu untuk dinaikkan suara-suara lantang yang berani mempersoal isu (tapi dengan cara baiklah - ajak debat dengan cara sopan, bukan cara kurang ajar). Pemerintah dah cuba dengan cara NCMP dan NMP - baca di penghujung artikel saya ni tentang NCMP dan NMP - tapi saya rasa kurang spice, kurang berkesan.
Untuk umat M, sebelum kita kritik Amerika dan Switzerland dan Perancis kerana menekan umat brader, kita juga harus bertanya:
- Jika umat Kristian nak bina gereja di tengah bandar Riyadh (bukan Makkah atau Madinah, tapi ibu negeri Saudi, Riyadh), pak Arab boleh terima ke? Kita umat M di Singapura dan Malaysia akan sokong tak?
- Jika umat Kristian nak bina gereja besar di Jalan Ampang dekat masjid KLCC kerana ramai pengikut di situ, akan dapat kebenaran ke?
- Jika umat Cina nak bina kuil Buddha dan para Hindu mahukan kuil besar di tengah bandar Shah Alam, umat M akan kata OK?
Kenapa tak boleh?
Kita kan marah jika Park51 tak boleh didirikan di tepi World Trade Center. Kita kan marah Swiss kerana tak boleh membuat minaret.
Pandai saya cucuk. Tersedak anda yang lagi makan lemang dan rendang.
No comments:
Post a Comment