Friday, September 17, 2010

US Dollar, Japanese yen & kita

TAMBAHAN DINIHARI

Alamak, ada pergaduhan besar di meeting DAP, sehingga kerusi dibaling!
Sampai meeting kena postpone you!
Percakaran antara Ronnie Liu dan seteru politiknya - di akhbar The Star.

Eh, tapi kenapa tak ada cerita dalam Kinisidertoday dan website-website yang sewaktu dengannya? Kata website independent?
Mesti lapor pandangan dan percaturan semua pihak, macam blog pak chic ni!
Cuba jika yang gaduh itu Umno atau MIC, tak meletup cerita ni!

Orh, dulu don't know
Now I dah jelas.
Dulu pun tak sokong Umno
Rupa-rupanya sokong mata air PAS.


------------------------------------
POSTING ORI: Dolar Amerika, Yen Jepun & Kita 

Nampaknya dunia kewangan dan foreign exchange (forex/FX) sedang berkecamuk besar sejak kebelakangan ini.
- US dollar dalam beberapa bulan ni semakin jatuh kerana ekonomi Amerika dijangka lemah tahun depan.
- Ekonomi beberapa negara Eropah terus demam.
- Yen naik ke paras tertinggi dalam 15 tahun berbanding US dollar beberapa hari lalu, lalu memaksa bank pusat Jepun masuk campur.
- Emas naik ke harga rekod baru lagi, perak melonjak ke tahap tertinggi dalam 30 tahun.
- Malaysia nak halalkan pembelian ringgit di pasaran antarabangsa (kau nak mampos!)


DUA hari lalu (Khamis), bank pusat Japan mengejutkan pasaran kewangan apabila MENJUAL yen dan membeli US dollar dengan begitu banyak setelah matawang Jepun melonjak naik ke paras tertinggi dalam 15 tahun
(USD was at its highest level in 15years against the Yen).

Giler tapi terpaksa - Bank of Japan (BOJ) menjual 1.8 trillion yen (US$21 billion = RM71 billion) kerana nak menurunkan nilai matawang negara itu.
Matawang ni bila kuat, rakyat biasa tentu suka. Apabila Singdollar atau Ringgit kuat berbanding matawang lain, orang biasa secara umum syiok sebab lebih murah jika bercuti di luar negara, dan dapat membeli barangan IMPORT dengan lebih murah - misalnya beg Louis Vuitton atau spare part Honda dan BMW (Jika kekuatan wang itu berlarutan 6bulan ke atas).



GRAFIK: Dollar 'turun bukit curam' berbanding Yen.

Tapi ada bahaya besar untuk ekonomi negara jika matawang anda terlalu kuat - barangan EXPORT dari dalam negara akan terjejas.
Baik Singapour mahupun Malaisia banyak mengeksport barangan elektronik ke Amerika dan Eropah. Begitu juga Malaisia menjual ikan dan buah-buahan ke negara lain. Jika ringgit kuat sangat, orang luar TIDAK dapat membeli barang tempatan dengan banyak.
Jika ini berterusan, mungkin factory kena buang pekerja dan ladang kurangkan pekerja juga sebab pembelian barangan negara berkurangan.

Itulah sebabnya BOJ membuat forex market intervention yang mengejut.
Ia takut jika matawangnya terlalu tinggi, nanti Toyota dan Sony, Subaru dan Panasonic susah nak jual barangan ke luar negara.

------------------------------------
KEKUATAN yen ni berlaku, antara lain, kerana ekonomi Amerika ni dijangka lemah - mungkin recession lagi! - tahun depan.
Setelah pemerintahan Obama pam duit banyak-banyak dan bail-out bank dan syarikat besar agar tak lingkup, duit stimulus package ni dah nak habis.
Kita pulak - bila negara bail-out syarikat tempatan dan orang luar mengkritik, semua jadi pak turut; tapi bila Amerika dan Eropah bail-out syarikat mereka yang tenat, tak ada pulak yang bising-bising!

Apabila ekonomi terbesar di dunia, Amerika, masuk recession, satu dunia akan terjejas.

(Ekonomi kedua terbesar, dikira ikut saiz GDP=KDNK, ialah China; di tempat ketiga ialah Jepun).

Itulah mengapa dolar Amerika ni kena bantai teruk di pasaran FX sejak beberapa bulan ini.
Jika ekonomi kamu lemah, pelabur dan spekulator kata = kita calibut, beli matawang lain = jual saham dan bon Amerika, masuk pasaran lain, termasuk Singapura dan Malaysia.



------------------------------------
KEKHUATIRAN tentang kelemahan ekonomi Amerika ni pula telah membuat ramai pelabur dan spekulator terus merebut masuk membeli Gold, Silver dan Precious Metals yang lain.

Harga, emas, yang sejak sembilan tahun ini terus naik dan naik, pecah rekod lagi minggu ini!
Dan perak, the poor man's gold, pun naik mendadak. Ia di tempat tertinggi dalam 30 tahun!
Bahaya beb.

GRAFIK: Mamat Emas ni tak penat-penat naik bukit!

Harga saham dan bon naik turun, itu biasa.
Tapi apabila harga sesuatu benda ni terus naik dan naik, bahaya tu.
Menakutkan, jika anda seorang pemerhati pasaran kewangan.
Kenapa? Sebab jika anda pelabur mahupun spekulator, mahupun makcik yang suka pakai kalung emas, apa anda nak buat sekarang?
'Kalau aku tak beli hari ini, esok ia terus naik dan naik, bila aku nak beli rantai tebal tu?!?!'
'Tapi jika aku beli sekarang - kerana dah 10 tahun harga terus naik - esok lusa dia jatuh mendadak, rugi besar aku?!?!'

Inilah yang dinamakan dalam pasaran kewangan - Greed & Fear.
Tak beli, takut depa terus naik.
Jika dibeli takut esok harga jatuh mendadak pulak!

Yang menakutkan para ekonomist dan pelabur ialah adakah kenaikan terus menerus precious metals ni membayangkan bahawa ramai orang sudah semakin TIDAK yakin dengan 'fiat money' - matawang yang diterima-pakai oleh sesebuah pemerintah? Adakah ia menandakan pandangan semakin ramai bahawa dolar Amerika akan terus menjunam, juga matawang Euro, yang laku hanya precious metals di masa depan?

------------------------------------
AKHIR sekali, ialah kekhuatiran saya apabila membaca pemikiran kerajaan Malaysia agar ringgit MUNGKIN sekali lagi dibenarkan didagangkan di pasaran antarabangsa.

Ini kata PM Najib apabila ditanya wartawan minggu lalu: Malaysia is "quite adaptive", "we are open to it".
Maknanya, belum ada kata putus, tapi masih boleh dibincang.

Dr Mahathir jelaskan dan berkata - baik jangan brader.
Saya setuju benar dengan Dr M ni, yang melarang ringgit daripada didagang di pasaran di luar Malaysia mulai 1998.

SEBAB SAYA: Walau negara kecik Singapore ni maju dan menjadi global city yang menggalakkan international trading, matawang Singdollarnya TIDAK dibenarkan untuk didagangkan di pasaran antarabangsa dengan tiada batasan.
Di Temasek, bank dibenarkan membeli atau menjual Singdollar untuk perdagangan benar. For actual trading purposes. Not for treasury dealings.
Jika syarikat di sini nak mengimport beg LV atau Gucci, atau nak order Honda dan BMW, maka ia dibenarkan untuk menukar matawang asing.
Sama juga jika syarikat tu mengambil hedging position (misalnya syarikat minyak) untuk pastikan forward position mereka tidak terjejas (misalnya jika takut harga minyak naik turun).
Tapi yang lain ada had.

Baca detailnya di sini. Juga di sini.
Saya rasa position ini belum ditukar (jika salah, tolong betulkan tuan/puan, sebelum bank pusat Monetary Authority of Singapore marah pak chic!).
Singapork tak mahu matawang diserang tak tentu pasal, nanti menyusahkan ekonomi.
Orang di London, Tokyo, Frankfurt dan New York tak boleh membeli Singdollar untuk treasury dealings (atau guna bahasa kasar: for speculative purposes). Nak beli Singdollar akan ditanya kenapa kamu nak beli matawang Temasek ni banyak-banyak? Jika suspek nak build up speculative position, akan dilarang

Begitulah juga kedudukan Ringgit dewasa ini. Selain daripada actual trade purposes, tak boleh lagi 'spekulator' membeli di luar Malaysia sejak 1998.
Maknanya boleh jika untuk membeli dan menjual barang (atau jika orang Malaysia nak holiday di luar negara), tapi bukan untuk matlamat yang disuspek akan digunakan menyerang matawang kelak.

------------------------------------
ADA seorang pengunjung blog, gunakan nama Pelabur Jangka Panjang, yang letak komen last sekali apabila saya berborak tentang wang masuk ke pasaran saham Malaysia.
Harap anda berkesempatan membacanya, sebab pandangannya tepat. Pandangan saya ni selalu main tembak saja sebagai wartawan!
Terima kasih tuan!

No comments:

Post a Comment