Saturday, September 25, 2010

Gambar baru Mas Selamat & isu terrorisma

TAMBAHAN 8mlm = BANYAK CARA NAK LAWAN MUSUH

Dalam komen di bawah posting ini, Alunbm bertanya bagaimana isu Palestin dan rakyat Palestin?
Boleh tak lawan pakai bunuh-mengebom atau mungkin Umat M dituduh terroris juga. Memang saya dah jangka apabila masuk isu terrorisma, akan ada tanya isu Palestin. Terima kasih bro.

Jawapan saya: Bukan pakai pedang dan bom saja nak kalahkan musuh beb.
Baik musuh yang merompak tanah kita, nak ambil hak istimewa di negara kita (ahem, saya cakap ni tentang Zimbabwe dan Somalia, bukan Malaysia), mahupun 'musuh' dalam pejabat yang nak rampas pangkat yang sepatutnta kita yang dapat!

Ini berita terhangat satu dunia kini - 30,000 komputer di Iran (malah dah merebak ke Indonesia, India, US pun) kena malware (malicious software) bernama Stuxnet.
Takut saya membacanya.
Musuh ni begitu pandai. Jika Israel serang facility nuklear Iran pakai jet dan bom, tentu semua umat M marah (maklumlah, umat M mudah kena cucuk! Sikit-sikit nak demo dan letupkan diri. Tak ada idea lain. Bodoh banget!).

Tapi jika ada malware yang menyerang Iran, maaf ya, anda tak ada bukti ia datang dari mana.
Menurut seorang pakar, kos membuat malware ini US$3 juta. Orang biasa tak ada wang sebanyak itu nak buat sesuatu sofwe, mesti sebuah negara yang membuatnya.

- Kenapa pakai bom apabila boleh gunakan sofwe? Dan boleh buat donno lagi!
Dalam isu Palestin pun, dah lebih 50 tahun mereka pakai bom, kat situ juga. Tak akan menang.
Ada cara lain beb.
- Salah satu yang kita nampak ialah menggunakan kapal aman baru-baru ini - kapal tak bawa satu bom pun masuk Gaza. Yang meletup bukan bom, tapi kebodohan Israel.
Hari ini, ada kumpulan lagi nak gunakan taktik bot aman ini - termasuk beberapa kumpulan Yahudi. Siapa kata semua Yahudi tu jahat dan harus disembelih?
- Boleh gunakan lobi di Amerika. Takkan Yahudi saja yang banyak duit gunakan pelobi Washington. Yang Pak Arab cuma pandai buang duit dengan buih champagne saja?
- Satu idea lama - di Iran dulu, Shah Iran dengan Peacock Thronenya begitu gah. Disokong kuat oleh CIA dan Amerika (yang mahukan minyak Iran). Bagaimana orang lemah kalahkan Shah Reza Pahlavi? Mereka gunakan casette tape - rakaman suara Ayatollah Khomeini disebarkan meluas kat Iran! Masa tu, tahun 1970an dan 1980an belum zaman Internet lagi dan remgold pun masih kat kolej.

Dan ada banyak cara lain lagi - saya sendiri ada 2-3 idea yang umat M tak pernah fikirkan dan gerenti berjaya. Errr, tapi kalau saya letak kat sini esok kena malware yahudwannasara pulak! Semua idea saya non-violent tapi kena gunakan wang (investlah, kalau nak lawan musuh). Saya tak berani letak kat sini. Dah bertahun saya ada idea ini, nanti kalau kena torture kat Guantanamo baru saya beritahu eh!



Umat M kena pakai cunning and guile, bukan terus jadi umat mengong main pekik dan bom.
--------------------------------------------

POSTING ORI: Mas Selamat & Isu Terrorisma

Apabila MSK lepas lari dari penjara high-security Whitley Road dulu, banyak soalan yang ditanya orang ramai.
Macam mana senang-senang dia boleh:
- jumpa lubang kat tingkap toilet (ini prison beb, bukan rumah biasa),
- lepas tu terjumpa banyak toilet paper (kata polis dia terjun keluar tingkap tak bunyi bising sebab ada sekumpulan toilet paper yang break his fall!),
- panjat tembok penjara ni. Lepas tu camera CCTV rosak pulak!

Ada soalan lain lagi:
- Whitley Road tu dekat dengan Toa Payoh - lebih kurang di tengah-tengah pulau Singapork.
Macam mana dia boleh sampai tepi pantai Woodlands? Lebih kurang 20km?
Kena tumpang naik kereta orang lain? Naik bas? Teksi? MRT? Jalan kaki? Sedang beribu polis dan tentera cari dia, bijak mamat setan ni hilangkan diri.
- Dalam menerangkan bagaimana MSK terlepas, Menteri Dalam Negeri Singapork kata dia berenang ke JB dengan menggunakan Inflatable Flotation Device. Whoa.
Cantik betul rangkaian perkataan tu. Inflatable Flotation Device.
Kat Iraq, apabila mamat Iraq pasang bom buatan sendiri kasi meletup, tentera Amerika panggil benda tu Improvised Explosive Device atau IED.
Apa benda MSK pakai? Tin kosong? Buah kelapa? Beg plastik?
Saya tak pandai berenang - tapi melihat anak saya berenang, saya rasa tanpa menggunakan apa-apa pun orang boleh berenang menyeberang jika dibuat secara steady and slow. Tapi masa tu banyak polis marin Singapore jaga!

Eeks, jangan MSK ada pawang tak? Orang bunian tolong dia? Ada ilmu ghaib?
Ini kena tanya Haron Din! (Ustaz/bomoh/politikus yang saya hormati).

Apapun, ini gambar terbaru MSK.


JANGANLAH SOKONG TALIBAN, JI

Sama seperti Taliban, saya tak sokong langsung JI, atau orang-orang yang merancang nak membunuh orang biasa, termasuk MSK ni.
Darah rakyat jelata yang tak terlibat dalam perang, juga tempat sembahyang dan paderi mereka, dan ternakan mereka, tak boleh dipegang beb WALAUPUN SEMASA PERANG.
Apatah lagi bukan waktu berperang.
Itulah pemahaman Agam Is-le (cakap Kelantan) saya.

Jika MSK dan JI telah mengebom tempat-tempat biasa di Singapork - seperti JI bom restoran, hotel-hotel di Indonesia - satu benda bahaya akan berlaku kepada semua Malayo di Temasek.
Apa yang akan terjadi lepas tu ialah orang Cainis dan Injun yang marah kerana ahli keluarga, rakan terbunuh akan menyerang dan mungkin membunuh orang Malayo di mana saja mereka jumpa. Anak-anak kita yang pakai tudung akan diludah.
Di Yishun? Bedok? Orchard? Tak selamat lagi Malayo di bumi Singapore ni.

Itu yang kita mahu? Dahlah Malayo miskin kat sini, nanti nak dapat kerja pun payah sebab orang lain curiga dengan kaum kita.
Ini pernah berlaku selepas peristiwa 911 pada tahun 2001 dulu. Budak Malayo pakai tudung katanya payah nak dapat kerja, yang ada janggut kena cukur sebab majikan curiga mereka ni terroris atau simpati terhadap pembunuh giler.
Itu baru serangan terjadi nun jauh di New York.
Kalau bom meletup di Serangoon atau Chinatown, mampos kita kat sini.


Tapi katalah saudara, datin sokong kerana mereka nak "tegakkan syariah Islam" atau "negara Islam".
Itulah yang dikatakan oleh kumpulan Indonesia - JI, JAT yang didokong Abu Bakar Bashir, mahupun oleh FPI dan Hizbut Tahrir.
Itu ke cara Islam? Membunuh sebarangan?
Pekik dan demo, bunuh dan bom. Lepas tu negara Islam sejati akan naik dengan sendirinya? Doa tanpa usaha? Bodoh.

JI-JAT pijat ni kini ada planning nak bunuh presiden Indonesia! Nak serang polis.
FPI juga dasyat - orang Kristian nak buat gereja, mereka serang - pukul, lempar najis, lempar batu.
Kalau negara dah kocar-kacir, Islam akan naik ke? Bodoh.

Saya lebih suka cara PAS - walau kini mereka dah silap mata, tak mahu Negara Islam lagi dan hudud pun dah disembunyikan!
Gunakan peti undi jika nak berkuasa. Gunakan cara aman.
Saya mungkin tak sokong idea 'Negara Islam' anda, tapi jika ramai pengundi mahu, maka itulah yang akan terjadi.
Pujuk orang ke Islam. Bukan bunuh dan kocar-kacirkan negara.
Islam ni pandainya mengharamkam semua benda dan memaksa orang ke? Tak ada hikmah dan debat cara bijaksana?

Saya dah tulis dulu di sini dan sini, jika kita tak pandai pun nak betulkan sendiri jika kepala paip bocor, jangan haraplah nak Negara Islam.
Jika masih dapat kontrak besar, lalu cepat dijual kepada orang lain  sebab malas dan bongok tak tahu nak buat sendiri dan nak cepat kaya, janganlah cakap tentang Negara Islam, tentang Ketuanan Melayu pun.

Kenapa jika Islam mesti equal pengganas dan mengganas?
Nanti jika orang kata Islam = Terrorism, marah pula kita.

No comments:

Post a Comment