SYIOK DENGAN FIREFLY
Saya tiba di KL pagi tadi naik Firefly. Nak santai beberapa hari sebelum pulang ke Singapore utk Raya nanti.
Tadi setelah check-in dengan Firefly di Budget Terminal (BT) Changi, ada seorang wanita syarikat itu minta feedback dari saya. Beliau tanya empat (lima?) soalan saja.
Painless.
Sebab tak sampai seminit pun dah habis beri feedback - semua gunakan gambar.
How satisfied are you with the check-in speed?
Was the counter staff smiling?
Dan dua-tiga lagi soalan.
Saya cuma kena tunjuk gambar orang senyum atau gambar orang masam muka - Not satisfied, satisfied, dan sebagainya.
Dan banyak kali naik Firefly di BT, saya nampak wanita tudung ini (atau mungkin staff lain; pak chic tak pakai glasses, jadi potek) ada duduk lihat operasi penumpang dibawa naik ke pesawat. Kerjanya monitor efficiency.
Syabas MAS dan Firefly!
Syioklah tengok gini.
Sebab saya naik SIA, Jetstar, Tiger atau AirAsia etc tak pernah nampak ada orang buat kerja ni.
Dan Changi ini penting untuk Firefly sebab ia tempat syarikat ini banyak penerbangan, selain lapangan terbang KLIA. Ada Singapore-Ipoh, Singapore-Kuantan. Nak buat Singapore-Melaka tak jadi.
Important for branding.
Cuma problem sikit bila landing tadi - bukan salah Firefly.
Kaunter imigresen di Subang hanya SATU saja dibuka, orang frust. Selepas 10 minit baru ada mamat buka kaunter kedua.
Kata orang belakang saya: 'It must be the fasting month' - Tulah, lu orang buat kerja tak betul, agama aku yang kena maki tak tentu pasal.
Saya kata - 'Maybe cos near Raya many people went on leave. Then again, it is not a good excuse this inefficiency.'
Selalunya ada dua kaunter.
Tapi saya tak komplen, sebab imigresen slow ni berlaku di mana-mana.
DREBAR TEKSI 73 tahun
LEPAS tu naik teksi usang. Drebar pak chic Cainis (ejaan baru Chinese) tua.
Para drebar teksi ialah tempat wartawan dapat feedback cepat mengenai sesuatu tempat.
Saya bual panjang dengannya.
Unkerr Choon dah 73 tahun, isterinya meninggal masa umur 58thn.
Orang Penang anak ada kedai accessory kereta di Penang, tapi beliau terus mahu kerja di KL kerana dah 35 tahun di sini. Semua rakannya di sini. Anak ajak tinggal di Penang, 'tapi saya nak buat apa kat sana? Tak ada knal orang'.
Anak pompuannya satu kawin angmor duduk di Germany; yang lagi 2-3 ekor kerja keliling KL.
Saya yang berbual dengannya pakai cermin mata. Pak chic ni tak pakai pun! Masih tegap dan bawa kereta steady.
'Apa rahsia unkerr?' saya tanya. 'Unkerr tak minum air manis ke?'
Katanya dia gemar minum teh tarik manis, 'mesti yang manis', dan makan tak kisah apa saja.
Tiba di rumah saya, beliau bergegas keluar teksi nak tolong angkat beg di belakang.
Alamak, terror orang tua ni. Teringat arwah bapa saya yang lama dah meninggal sebab beliau suka hisap rokok. Dalam teksi Choon ni tadi tidak ada bau rokok. Itu pasti salah satu rahsianya.
Saya berbisik dalam hati: Aku karang dah 73 tahun, nak-nak pakai wheelchair, kaki dua-dua dah kena potong, mata dah buta, gigi tak ada.
No comments:
Post a Comment