Friday, September 3, 2010

Isu harga makanan

TAMBAHAN Petang Sabtu

APA yang berlaku di laut antara pegawai maritime Malaysia dan Indonesia pada Aug13: banyak detail yang saya sendiri tidak tahu sebelum ini.
Tapi ini dari kacamata Malaysia, sebab mungkin dipertikai dari kacamata pegawai Indonesia. Misalnya, mereka dah kata pun bot nelayan Malaysia ditahan dalam perairan Indonesia.


------------------------------------------------------
ORI POSTING - Isu Harga Makanan

Headline mukasurat 1 akhbar Financial Times UK hari ini:

Fears grow over food supply
* Russia extends grain export ban
* Riots in Africa
* Wheat prices soar.


Seram sejuk juga baca laporan daripada The Pink Paper ni - Financial Times digelar pink paper sebab tidak seperti akhbar lain, ia dicetak di kertas akhbar berwarna merah jambu-oren. Kenapa? Agar senang orang nak pilih akhbar kewangan terkemuka ini di newstand di mana banyak akhbar dijual (GAMBAR).
Menurut cerita akhbar itu
- Russia pada Khamis kata ia akan teruskan melarang export grains/bijiran (termasuk wheat/gandum) selama 12 bulan lagi.
Sebabnya? Negara itu kena musim cuaca panas sehingga banyak hutan dah terbakar.
Harga gandum di dunia di paras paling tinggi dalam 2tahun.
(Russia ialah pengeksport gandum keempat terbesar di dunia).

Untuk kita - harga gandum dikawal di Malaysia. Tapi jika berterusan begini, mungkin akan dikurangkan subsidi dan harga canai akan naik. Makan banyak-banyak sebelum terlambat, 'bang!

- Food & Agriculture Organisation, anak United Nations, telah mengadakan meeting tergempar nak bincang kekurangan gandum di dunia.
Ia masih ingat masalah tahun 2007-2008 - harga makanan melambung - dan khuatir akan berulang.

- Di Mozambique, pemerintah naikkan harga roti sebanyak 30 peratus, mengakibatkan demo berdarah. 280 cedera, 7 mati. Polis main tembak rakyat saja yang adakan protest kenaikan harga barang.
Teringat kita pada 2007-2008 lapan dulu. Satu dunia gempar sebab harga makanan naik, begitu juga harga minyak. Ia telah menyebabkan pemerintah Haiti dan Madagascar jatuh sebab rakyat marah sangat dan mengamuk.
Kita di sini pemain kecil saja. Tapi itulah tuan-puan, kena perhatikan isu ini juga.


Saya pernah tulis siri cerita tentang satu cara bagaimana pemerintah di negara lain adakan Food Security - menjamin akan ada makanan walau dunia mungkin sengsara - mereka mengadakan food farms - sewa tanah di negara miskin secara meluas, tanam sayur dan gandum dan beras.
Di sini, antara cara pulau kecik di selatan anda menaikkan paras Food Security. Goreng telor yang disimpan dalam kotak, atau dalam bentuk tepung.

No comments:

Post a Comment