Friday, September 10, 2010

Libretto, Galaxy, Slate, Streak, U1

Dah penat makan lemang dan kuih raya, baca ni.
Story santai.

Sebagai tech fan, saya dah beberapa kali menulis tentang tunggu buah tak jatuh - produk baru yang akan memudahkan kita bermain dengan teknologi.

Baca cerita lama saya mengenai iPAD dan Blackberry di sini, sini dan sini.
Idea baik dari Lenovo - laptop dan 'iPAD' dalam satu, di sini.
Apa tu Cloud Computing? Baca sini.

- Lihat bagaimana jauh kita dah berlayar, tuan/puan - dulu jika nak buat research tentang sesuatu, kena pergi library. Dulu perpustakaan terdekat masa saya di bangku sekolah, ialah di sekolah sendiri. Nak ke National Library di Singapore jauh di Bras Basah Road (kini dah pindah ke bangunan baru). Nak ke perpustakaan nasional di KL jauh di Jalan Tun Razak. Leceh, sebab kena pakai lawa-lawa, naik pengangkutan, dan buang masa dua-tiga jam. Kini pakai seluar pendek dalam bilek, kita main Google je.

- Sama juga jika nak cari makna sesuatu perkataan dalam bahasa apa pun. Misal jika saya tanya apa makna - 'serindipity' atau 'panache' dan 'panacea'. Tak menggelacat kita macam dulu. Sekarang main Google Translate je.

- Dulu nak contact rakan atau ahli keluarga di negara jauh, kena hantar surat dan tunggu dua-tiga minggu nak dapat jawapan. Lepas tu pakai telefon di rumah, lepas tu upgrade pakai handset dan SMS. Kini kita pakai email, G-chat dan Skype - dan kini ada pula Google Phone (macam Skype)!

Bersyukurlah selalu, geng. Tak semua orang kat dunia ni ada PC kat rumah, handset di tangan, dan ada broadband di negara mereka.



NAK BELI TV BARU? NANTI DULU.

Harga LCD TV akan jatuh dalam beberapa bulan ini kerana supply yang tinggi, dan ekonomi dunia dijangka slow.
Begitu juga harga notebooks (laptop kecil) dan computer monitor LCD.
Baca di sini.
Saya sedang kumpul duit nak beli TV terbesar - 102inci (GAMBAR atas). Dah tak syiok nonton TV 32inci ni. Aiks, action jackson pak chic.


NAK BELI iPAD KECIL? AHA AHA.

iPAD sekarang ialah 10inci (to be exact, 9.7inci). Besau tu, dan berat.
Kini ada banyak rumour akan ada "iPAD mini" - hanya 7inci dan lebih ringan.
Tak tahulah betoi ke tidak. Sini dan sini.
Dah ada GAMBAR yang dibuat peminat Apple bezanya antara iPAD kini, iPhone dan iPAD mini ini.
Tapi benda saiz gini, 'iPAD Pirate', dah ada pun dijual di Singapore (Sim Lim Square) buatan China.




Orang macam saya pula masih menunggu bila so bongok-bongok dari dunia PC ni akan lawan balik. Musuh besar mereka, Apple, dah keluarkan killer product berbulan-bulan, dah jual 2juta unit benda ni! Dah kaya raya.
Tapi satu dunia PC dan Windows-Android masih terkial-kial belum ada produk nak lawan mereka.
Ni dah jadi macam Umno-BN. Dah kena bantai teruk dengan Pakatan selama dua setengah tahun, masih terkial-kial tak mahu baiki diri. Woops termasuk bab politik pulak.
iPAD ni tak ada Adobe Flash - jika anda nak masuk youtube atau MTV susah jika gunakan iPAD ni (JohorMali dan siapa lagi yang gunakan iPAD - betul ke ni?. Anda tak boleh masuk youtube tanpa kena launch apps lain dulu?).




Minggu lalu ada pertunjukkan perkakasan komputer dan barangan elektronik terbesar di Singapore, Comex 2010. Punyerlah besao exhibition tu - lima tingkat di pusat exhibition Suntec City.
Sibuk hamba 3jam kat situ (nasib baik bulan puasa, jadi tak sibuk cari makanan atau toilet!) - yang saya jumpa barangan nak lawan iPAD cuma satu.
Toshiba Libretto - dual-screen machine. Boleh baca buku dua muka surat.
Atau bahagian bawahnya ditukar jadi virtual keyboard dan atasnya screen biasa - lihat sini. Kiuttt! (cute).
Tapi saya lihat spec nampak macam slow saja. Dapat cuba kejap je sebab ramai orang.
Too early to say whether this will be the torch bearer for the PC world.

Samsung pun dah hampir bawa masuk produknya. Samsung Galaxy Tablet - sini dan sini.  Aha. Ia menggunakan sofwe Android dari Google, bukan Windows (yang memang saya tak suka).
7inci. Lihat di tepi mesin ni. Ada lubang-lubang untuk masukkan USB stick - lebih baik daripada iPAD, yang tak ada benda ni. Kena link dengan PC jika nak masukkan lagu dan movie ke dalam mesin Apple tu.

Si HP Slate akan keluar juga tak lama lagi. Mereka pun nak bantai Apple iPAD dengan menunjukkan mereka ada Adobe Flash. Mudah nak expand memory dan masukkan lagu, dengan hanya cucuk memory stick.
Ini ada video youtube Slate, brader (Jika kamu gunakan iPAD tak boleh nonton ini!). Baru kamu tahu salah satu sebab kenapa saya belum beli iPAD.


Abang Dell pula nak keluarkan Dell Streak - lagi kecik. Sebab hanya 5inci - setengah saiz iPAD.
Takut kecik sangat pula tak syiok nak baca buku semasa baring-baring, dan tak dapat tunjukkan orang keliling kita semasa kita duduk berkopi kat kedai mamak atau di *Coffee Bean.
(*Coffee Bean, milik warga Singapura, dah lama halalkan makanannya di Singapoora dan juga ramai pekerja Malayo).
Kita 'action jackson' dan 'ya-ya papaya' (ini ikut cakap orang Sinkapork) dengan tablet ni kat kedai kopi, tinggi 'riyak value'nya tuan/puan. Macam anda naik Proton saya naik Beemer.
Tentu lagak saya lebih sikit, walhal kalau kena langgar bas, sama-sama kemek.
Walhal iPAD mahal atau yang buatan China, jika kopi tumpah atasnya, sama-sama meletup.


Tapi sebenarnya, idea terbaik yang saya pernah lihat (dalam Internet) ialah Lenovo Ideapad U1. Nak gunakan sebagai laptop biasa pun ok, bila nak show-off bawa sebagai touchscreen tablet saja pun boleh!
Lihat GAMBAR ni, syiok banget!



Tapi, alahai. Depa ni semua banyak sangat demo tapi tak keluar lagi produk ni semua secara rasmi.
Sementara itu, Apple terus menang. Bodoh betul lah!
By December jika betul iPAD mini keluar karang - dan katanya dah ada Adobe Flash - mampoi lu orang. The competition would have gotten better and you are still at the same place.















No comments:

Post a Comment