Thursday, February 4, 2010
Cloud Computing - teknologi baru untuk semua
TAMBAHAN 0915 PAGI
Alamak! Baru saya teringat.
Apa gunanya cloud computing jika sambungan Internet melalui Streamyx Telekom, Maxis dan Digi (di Malaysia), atau SingTel, Starhub dan M1 (di Singapura) terputus selalu?
Gigit jari kita.
Sekarang ini kalau tak de Internet kita boleh main game, atau sekurang-kurangnya menaip story atau blog, menunggu masa sambungan dipulihkan.
-----------------------------------------------------------
POSTING ASAL
Kira-kira 30 tahun lalu, semasa di kolej, saya berdepan dengan sebuah komputer buat pertama kali (dah tua aku).
Ia terletak di dalam makmal dan satu kelas berkerumun di sekelilingnya seperti baru nampak alien.
Saya masa tu takut nak picit keyboard, konon takut tersalah picit komputer boleh rosak - tetapi sebenarnya kerana buta komputer. Heehee.
Lepas tu, kira-kira 20 tahun yang lalu, saya membeli personal komputer yang pertama letak di flat saya di Singapore.
Ini menggunakan chip Intel XT, kalau tak salah. Yang top masa tu.
Game yang saya gemar masa tu ialah Dig Dug dan Pacman.
Nak taip story menggunakan program WordStar.
Masa tu nak sign-on masuk Internet kena gunakan dial-up. Bising nak mampos. Dia berbunyi kreeeeeee, ohhhhhh, kriiiiiiiiii, krokrokrokrok, kriiiiiiiii sebelum handshake Internet disambut.
Lepas tu, tahun demi tahun, macam-macam komputer keluar.
Dan setiap 3-5 tahun saya menukar PC. Bukan pasal nak kerja, tapi nak main game terbaru.
Ini diikuti oleh pengeluaran laptop dan notebook.
Dulu kalau namanya laptop beratnya ialah 3kg! Sekarang ni, kalau lebih 1kg orang kata berat.
Saya pernah menggunakan laptop pejabat berjenama HP. Mak oi, macam kena angkut Kancil ke sana sini.
Kini, dunia dah canggih. Semua keluarga middle class di sekeliling dunia sekurang-kurang mempunyai sebuah PC dan laptop.
Kalau ada dua orang anak di kolej, kedua-duanya ada laptop. Oops, maaf, kita dah tak panggil laptop lagi - mesin ni kita panggil notebooks dan netbooks.
Dan kini dah keluar iPad, Kindle, Nook dan macam-macam jenis e-Reader seperti yang saya tulis tak lama dulu.
(AWAS - jangan beli iPad keluaran Apple dulu. Mesin ni kena bantai teruk oleh pengguna teknologi kerana tak bagus!)
KINI satu perubahan besar (tectonic shift) dalam dunia komputer sedang berlaku!
Ia dipanggil "cloud computing" oleh para engineer Google dulu.
Dan kini merebak secara pantas.
Orang yang menggunakan email, blog dan Facebook - seperti kita semualah! - dah pun menggunakan konsep cloud computing ni tanpa disedari.
Begitu juga yang menyimpan gambar melalui Flickr (untuk yang menggunakan email Yahoo) dan Picasa (untuk komuniti Gmail).
Apa yang kita taip, gambar kita dan cerita-cerita yang kita tulis di email, Facebook dan Picasa semuanya TIDAK disimpan di dalam PC kita.
Jadi ia disimpan di mana?
Engineer Google dulu menggunakan term cloud computing ni.
The data are being kept in the clouds. Everywhere.
Iaitu isi hati dan gambar kita (termasuk rahsia peribadi?!) disimpan di data banks dan data centres di merata dunia.
Baik di Cyberjaya, di Singapore, Amerika, Eropah, India dan sebagainya.
Kalau orang tahu password kita, mereka boleh mencuri masuk dan membaca macam-macam benda yang boleh merosakkan hidup kita.
KONSEP cloud computing ini kini akan dibawa ke satu tahap lagi.
Menurut pakar, tak lama lagi, jika kamu membeli PC, tak perlu lagi ada benda besar yang mengandungi motherboard dan harddrive lagi. Iaitu tak perlu lagi desktop.
Anda hanya perlu membeli monitor, keyboard dan mouse! (mouse ni pun nak kena ganti - tapi itu cerita lain).
Tentunya harga lebih murah!
Sampai rumah, sambungkan monitor anda ke line Internet, lepas tu jeng jeng jeng, dah boleh buat kerja atau main game.
Data anda semuanya disimpan di tempat lain. Komputer atas awan! Cloud computing!
Awas. Janganlah kau simpan gambar bini muda kamu kat cloud computing.
Lebih-lagi jangan simpan gambar kau belikan dia BMW baru, sedangkan isteri ori masih naik Merc 1995.
Atau gambar kamu lagi minum todi kat pub tadi.
Begitu juga apabila membeli laptop-notebook-netbook.
Tak payah ada hard drive lagi! Jadi lebih ringan daripada 1kg!
Di tempat kerja?
Tak payah nak banyak mesin desktop ni. Menyemak saja.
Meja hanya perlu ada screen, keyboard dan tikus.
Baiknya konsep ini?
Seperti sekarang kita senang hati sebab boleh baca email, update blog dan menyocok orang dalam Facebook di mana saja kita berada, di masa depan, SEMUA data anda boleh 'dibawa' ke mana-mana.
Di rumah, baik di jamban, di restoran mamak atau di Paris, anda boleh membaca semua maklumat anda di e-Reader ringan anda. Boleh tunjukkan gambar-gambar dalam simpanan anda.
Kalau anda menggunakan browser Chrome oleh Google (dan bukan Internet Explorer atau Firefox) - ah, itu kan menggunakan konsep keawanan ni!
Syarikat sofwe terbesar di dunia, Microsoft, pun dah mula nak buat besar-besaran cloud computing ini - di sini.
Olahan panjang tentang pro dan con isu cloud computing itu di sini.
Juga di sini.
Berani ke syarikat simpan maklumat sensitif di data centre kelolaan orang lain?
Nanti SB boleh baca!?
Nanti CIA boleh curi!?
Pandangan saya ialah mungkin data syarikat yang paling sensitif tetap disimpan di server atau desktop di pejabat.
Apapun, bersedialah kita semua untuk menyimpan maklumat kita di awan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment