Tuesday, February 23, 2010

Leslie Lopez menang dua anugerah wartawan


Wartawan warga Malaysia, Leslie Lopez, menang besar dalam anugerah tahunan keluarga Singapore Press Holdings.
Beliau menang Journalist of the Year 2009.
Dan buat tiga tahun berturut-turut, beliau memenangi Story of the Year.
Tahun lalu, cerita scoop penangkapan Mas Selamat Kastari menggegar dunia!

Anugerah EMND (English and Malay Newspaper Division, SPH) diadakan dalam majlis penyampaian hadiah tadi.

--------------------------------------------------------
EMND = The Straits Times, Business Times, The New Paper, my paper, Berita Harian, dan akhbar-akhbar mingguan mereka - di sini.
Ada pula kumpulan online iaitu straitstimes.com, asiaone.com, stomp.com.sg etc. Dan juga stesen radio.
Ada lagi satu division dalam SPH di mana terdapat semua akhbar utama bahasa Mandarin - Zhao Bao, Wan Bao dan Shin Min Daily News.
Oh ya, SPH juga miliki Tamil Murasu (only Tamil newspaper) and Tabla!, akhbar bahasa inggeris untuk pekerja India dan expat dari negara itu di Temasek (besar kumpulan ini).
Dan tak lupa juga! SPH memiliki semua majalah utama di negara pulau ni - Female, Her World, Home Decor, Marie Claire, Young Parents, Brides dsbnya - lihat ni.
Heehee. Semua kena, ahem, control dalam satu kumpulan.

Kumpulan media kedua di sini ialah MediaCorp - depa ada semua TV channels, banyak stesen radio (dalam empat bahasa rasmi Singapore), dan juga sebuah akhbar kecil, Today.
--------------------------------------------------------



Siri laporan saya dan rakan-rakan mengenai gempa di Sumatra, jadi calon Special Award for Excellence. Tapi kalah. Boo hoo hoo.

Baca cerita akhbar saya tentang kemenangan Leslie di sini.


TAMBAHAN
----------------------------------------------------------

Leslie Lopez ni memang wartawan terbilang, gemilang dan ikan sembilang di Asia ni. Sebut saja namanya, semua orang kenal dan ramai orang politik segan.
Dulu beliau dengan Reuters di KL, lepas tu jadi koresponden Business Times Singapura di Jakarta, kemudian dengan Asian Wall Street Journal di Malaysia.
Dan kemudian join akhbar saya The Straits Times Sinciapo beberapa tahun lalu. Dia cover bukan saja Malaysia, tetapi Asia Tenggara.
Senior Regional Correspondent.

Jika ada story besar nak buat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Philippines, depa lah orangnya yang akan letupkan.


Reporter ni boleh dikatakan tiga jenis - diary reporter, armchair reporter and scoop reporter.
Ini saya pandai-pandai kategorikan mereka. Jangan pula ada mamat wartawan kanan Utusan atau NST yang marah pulak.

Diary reporter adalah mereka yang kena cover event yang ada dalam diari. Iaitu semua wartawan lain pun dah tahu dan akan datang.
Misalnya, Perdana Menteri lancar itu, menteri muda potong reben, pemaju lancar kondominium, majlis makan malam penyanyi.
Selalunya wartawan diari ni ialah untuk wartawan muda yang baru belajar.
Tetapi kerap juga yang tua-tua macam saya tunjuk muka di diary event, sebab nak jenguk apa menteri buat dan terus menjalin hubungan dengan orang di sekelilingnya.
Kadang-kadang orang politik yang suruh kita datang!

Armchair reporter adalah wartawan kanan yang banyak sumber. Tak payah attend function pun, boleh telefon kiri kanan dan buat story. Dan mereka juga pandai buat analisa berita. Bukan senang nak 'baca' isu belakang tabir dalam sesuatu isu ni.

Scoop reporter pula ialah mereka yang jarang kelihatan di press conference, tiba-tiba cerita depa meletup dalam akhbar atau internet. Macam Leslie Lopez ni.
Kadang-kadang kami kat opis panggil beliau di belakangnya Kueh Lopez. Heehee.

Saya dah 10 tahun lebih kenal beliau, baru terserempak beliau menghadiri news conference DUA KALI SAJA. Satu dalam tahun 1998-1999.
Masa tu sidang akhbar syarikat gergasi Renong yang dipengerusikan oleh kepala besarnya Halim Saad. Syarikat bursa terbesar di Malaysia masa itu.
Sebelum berucap, Tan Sri Halim kata -
"Saya nak buat pengumuman besar hari ini tentang Renong. Tetapi tak payah saya cakap apa-apa lagi.
"Panggil saja di Leslie tu (menunjuk kepada Leslie yang duduk bersama wartawan lain) suruh announce.
"Sebab apa yang saya nak kata semuanya ada dalam AWSJ muka surat 1 hari ini."

Kali kedua ialah di salah satu announcement keputusan kewangan Petronas, lebih kurang 2002-2004.
Beliau duduk di belakang, tak tanya apa pun. Story pun beliau tak buat!
Kasihan, wartawan biasa seperti saya yang kena tulis.
Beliau di sana 'nak jenguk' Petronas dan orang-orang kanannya. Dua minggu lepas tu, meletup-letup cerita Petronas!



LESLIE & MAS SELAMAT
--------------------------------------------------------

Apabila beliau menulis cerita Mas Selamat ni, bukan saya saja yang tahu.
Kerana cerita sensitif, akhbar kami kenalah contact pejabat Perdana Menteri Singapore, Lee Hsien Loong, dan Menteri Ehwal Dalam Negeri Wong Kan Seng (menteri jaga abang polis).
Nak kena confirm.
Mereka pun terkejut besar kerana ada wartawan dapat tahu berita ini!
(Macam mana beliau dapat tahu, itu ahem, rahsia besar ST! Saya pun tak tahu).

Maka terpaksa PM Lee announce kepada jemaah menteri Singapore hari itu juga, yang kebetulan di waktu lunch dan mesyuarat mingguan.
Hampir kesemua menteri Singapore tak tahu Mas dah kena cekup!!!
Esoknya, terpaksalah kerajaan Malaysia, pemerintah Singapore dan Indonesia confirm.
Mak oi.

Kenapa? Tak percaya?
Baca sini - PM Singapore keluarkan statement tentang apa yang berlaku!

Gempa berita ni satu dunia - CNN, BBC, Al Jazeera, akhbar-akhbar NYT, IHT, WSJ, wire agency, dan kesemua akhbar di dunia lain lapor berita ni!
Southeast Asia's most wanted terrorist, who escaped from Singapore, have been re-captured.

Begitulah dasyatnya "scoop artist" Leslie ni.

No comments:

Post a Comment