Thursday, February 18, 2010

Isu sebat - kenapa "orang kafir" pun nak penjelasan

Saya kata nak menulis tentang messages of hope, isu ekonomi, teknologi.
Nak elakkan politik.
Ah, ini saya masuk bab ekonomi.
Nak marah pun suka hati. Jangan mencarut sudah.
Dan jangan attack secara peribadi.

Saya rasa kerajaan dan kumpulan Islam salah faham atau buat tak tahu dengan soalan dan kemarahan orang.
Sama ada para menteri, baik Abim dan yang lain.
Mereka berkata budak perempuan tiga orang tu setuju disebat, kena rotan pun tak sakit, dan undang-undang pun memang dah ada.
Menteri Hishammuddin kata penyebatan itu berjalan dengan "perfect", TPM Muhyiddin kata sebatannya "mild".
Jadi apa masalahnya, kata Abim?
Janganlah media asing gembar-gemburkan.

Adoi, salah jawapan Pak.
Yang menjadi isu kepada orang di luar Malaysia (dan juga yang di dalam) bukan kerana mereka rela disebat, tak sakit pun dan mengikut undang-undang.

Yang mesti dijawab dengan baik dan penuh ialah:
Adakah Malaysia kini dah bertukar dan bukan lagi "negara Islam sederhana".
Cakap kasar: Adakah Malaysia ni nak jadi negara Taliban?

Maaf saya berkasar, sebab beberapa isu ini telah betul-betul memburukkan nama Malaysia.
Bukan apa, tetapi kerana yang tukang explain tu tak jawab dengan jelas.
Tak pandai main media. Tak pandai spin, kata orang sekarang.


- "Pedulikanlah orang asing, orang sekular, orang kafir, orang Cina dan orang Singapore ni semua"
- "Menyibuk hal kita buat apa?"
- "Ini negara Islam, kita tegakkan hukum Allah! Takkan zina dan minum arak nak halalkan?"


------------------------------------------------------------
EXPORT-IMPORT

Kalau Malaysia negara tertutup seperti Myanmar, Indonesia dan India tak apa.
Di tiga negara ini, kalau orang tak beli barangan negara, orang tak ramai datang mengunjungi, pelabur asing tak masuk banyak pun, tak apa.
Mereka terus hidup sebab ekonomi dijana secara dalaman. Iaitu orang dalam buat kilang, dia jual di negara itu saja pun dah cukup nak hidup.

Sebaliknya Malaysia, seperti Singapura, China, dan banyak negara lain, bergantung kepada perdagangan dan pelaburan asing.
*Malaysia ialah negara berdagang yang 17 paling besar di dunia. Ada lebih kurang 160 buah negara di dunia, Malaysia di tangga 17 dalam jumlah import-exportnya!
Wah, terror giler.
*Malaysia is the 17th biggest trading nation in the world.

(*Nak kira besar ke tidak perdagangan negara, anda campur jumlah tahunan export dengan jumlah import, dan bandingkan dengan negara lain).

Lebih kurang satu dari lima (20 per cent) barangan Malaysia dihantar ke US.
Yang lagi 20 per cent ke Eropah.
Dan lebih 20 peratus lagi ke Singapore dan negara Asean lain. Peratusan terbesar dalam Asean ialah export-import ke Temasek, sebab tu jangan nak gaduh saja dengan jiran.

Baca di sini. Data rasmi kerajaan Malaysia (scroll ke bawah muka surat - paragraf 22 ke 24):

- "Malaysia’s top ten export destinations were the Republic of Singapore, the People’s Republic of China, the United States of America, Japan, Thailand, Hong Kong, the Republic of Korea, Australia, the Netherlands and the Republic of Indonesia."

- "Malaysia’s top ten trading partners were the People’s Republic of China, the Republic of Singapore, the United States of America, Japan, Thailand, the Republic of Korea, the Republic of Indonesia, Hong Kong, the Federal Republic of Germany and Taiwan. These countries collectively contributed 72.3% to Malaysia’s total trade in 2009."

Maksudnya, kena explain dengan negara-negara ini juga tentang apa yang sedang berlaku.
Memang mereka "orang asing" dan "orang kafir". Tapi lainlah kalau Malaysia nak berdagang dengan Pak Arab dan negara Muslim saja.
Cuma saya tak nampak sebuah pun negara Pak Arab di situ. Yang negara Muslim ialah Indonesia. Satu saja. Mereka pun tak sebat wanita, jadi mereka tak faham.

Apa barangan yang Malaysia export?
Lihat di sini. Pekerja di ladang getah dan keluarga kita di Felda tanam sawit, dan yang bekerja di kilang (lihat Manufactured Goods) boleh terjejas dengan isu-isu yang mereka tak tahu pun.


--------------------------------------------------------
ISU-ISU YANG PERLU DIJAWAB

Dah banyak isu yang buat orang luar tertanya-tanya:

1) Malaysia dah berkelahi mulut selama beberapa tahun tentang isu agama dan bangsa - sejak Abdullah Badawi buka pintu agar semua boleh dibincang dan Anwar Ibrahim menolak ketuanan Melayu-Islam. Itu hak mereka.
Dan memang betul, yang bukan Melayu-Muslim di Malaysia ada banyak perkara yang mereka tak puas hati.
Yang mempersoalkan isu-isu ini termasuk media online yang terang-terang menyokong pembangkang.
Tetapi yang tak syiok, secara kurang ajar cara mereka memperlekehkan isu Melayu dan Islam.
Pada saya memanglah boleh berdebat, kamu ada hak. Tetapi biar berlapeklah.
Kalau kat Singapore kamu semua dah kena cekup pun, sebab kurang ajar sangat.

2) Dah banyak isu mayat bukan Muslim yang dikatakan dah masuk Islam, lalu "direbut" dan ditanam.
Jika betul pun mereka dah masuk Islam, cara kasar yang kadangkala dilakukan, dan tanpa explain dengan betul, membuat ramai bertanya-tanya.
Kenapa pihak Muslim tak tunjukkan semua dokumen mereka ni dah masuk Islam? Tunjukkan kepada media dokumen dan bukti.
Keluarga mereka menggunakan media online nak burukkan penguasa Islam kerana "mencuri" ahli keluarga yang dah mati dan ditanam.
Kenapa kamu tidak pula mengeluarkan dokumen kepada semua media? Tak payah tunggu mahkamah oi, sebab public opinion dah selalu memburukan Islam.
Ini kerana satu pihak saja yang menyerang, sedangkan yang Muslim nak guna Mahkamah Syariah.
Takkanlah orang bukan Muslim setuju nak masuk Mahkamah Syariah?
Kalau ada Mahkamah Buddha di Singapura dan Mahkamah Hindu di India, dan orang Islam disuruh gunakan mahkamah ini jika nak selesai isu keadilan dan keluarga, kita sanggup ke?
Isu ini seperti menandakan orang Muslim tak ada sifat toleransi. Nak bully orang minoriti.

3) Isu Kartika nak kena sebat sebab minum bir.
Dulunya, akan menjadi pompuan pertama di Malaysia yang kena sebat.
OK, undang-undang katanya memang dah ada. Tapi kenapa baru ni nak sebat pula?
Kenapa dulu kena fine dan jail dah cukup.
Ini seperti menandakan Malaysia dah tukar haluan, sesuatu yang menyusahkan hati pelabur asing.
Dan orang bertanya: Kenapa orang politik yang merompak duit rakyat (sampai katanya ada yang dijumpai dengan wang TUNAI RM2 juta!), tak dihukum sebat?
Orang yang memoney exhangekan duit berjuta-juta, sekaligus melanggar undang-undang, kenapa tak diperiksa?
Kenapa kes-kes ini tak dimahkamah syariahkan?
Ini ramai dah bertanya.
There are more serious cases that affect public confidence in the government, so why do you Malay-Muslims only concentrate on small issues like this?
Are you seeing the trees but missing the forest?
Kau tengok semut tak nampak gajah?

3) Isu Allah.
Sehingga gereja diserang, kuil Sikh juga dan masjid-surau.

4) Dan kini, secara sembunyi, tiba-tiba announce tiga wanita ini - satu 18 tahun, dua 25 tahun - bukan saja dah dihukum, tetapi dah disebat pun.
Ada yang bertanya - kalau gitu apa pula kes Razak Baginda yang mengaku ada affair dengan Altantuya? Kenapa kesnya tak dimahkamah syariahkan? Kenapa tak disebat mamat ni?


Sekali lagi:
Adakah Malaysia ni nak jadi negara Taliban?
Betul, tak enak didengar kalau kita cakap gini.
Kurang ajar, lagi sialan si remgold ni. Menyibuk hal kita. Bongkak.
Yang tanya bukan saya oi.
Saya berdagang apa dengan Malaysia?
Saya melabur kilang apa di Malaysia?

Isu ini menjadi genting sehingga apabila PM Najib Razak ke New York beberapa bulan lalu jumpa pelabur, beliau ditanya mengenainya.
Reuters tulis di sini:
"That case (Kartika minum bir) has put the multi-racial but mostly Muslim country's moderate image under scrutiny at a time when it is trying to draw in investors.
"Investors in New York last year asked Prime Minister Najib Razak about the Kartika case."

Jadi perlulah kena sejukkan hati pelabur.
- Explain mengapa, walaupun kes-kes ni dah berlaku, sebenarnya begini....
- Bukan, tidak betul kami nak mentalibankan Malaysia. Kami tak suka Taliban sebab mereka tak pakai kot, tak naik Mercedes. Yang berlaku begini ialah kerana....

(Takkan kerja saya nak jelaskan! Kalau bayar consultant fee, memang boleh saya jelaskan).


No comments:

Post a Comment