Friday, February 5, 2010

Singapore cekup 3 remaja kerana hina bangsa lain

Jumlah penduduk Temasek Darul Kecik ialah hampir 5 juta.
Dari jumlah itu, orang Singapore tulen ialah 3.2 juta, bakinya 1.8 juta ialah penduduk tetap dan pekerja asing.
Dan di negara sebesar Pulau Pinang ini (atau untuk orang KL: Negara sebesar Gombak ke Shah Alam), kaum majoriti Cina berjumlah kira-kira 76 peratus dari 3.2 juta rakyat.

*Malay-Muslim ialah kira-kira 15 peratus, dan 9 peratus kaum India.

(*Malay-Muslim ni ialah istilah rasmi yang digunakan secara meluas. Sebab kalau kira orang Melayu saja kira-kira 13 peratus atau 400,000 orang. Yang lainnya ialah kaum India Muslim, Arab Muslim dan orang bangsa lain yang masuk Islam, converts. Kalau campur semua, agaknya adalah 450,00 Melayu-Muslim ni.
(Ramai juga kaum convert di pulau ni sehingga ada tiga kumpulan untuk aktiviti mereka - yang utama ialah Muslim Converts' Association -Darul Arqam Singapore.
(Dua kumpulan lain membantu aktiviti converts - Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura -Pergas dan Muslim Missionary Society Singapore -Jamiyah).

Dan di Temasek ada lagi satu 'kaum' yang diterima rasmi dalam kad pengenalan - Eurasians.
Iaitu kacukan orang Asian dan mat salleh dulu.
Sehingga ada persatuan mereka sendiri, Eurasian Association Singapore. Saya ada kenalan dan rakan Eurasian bernama Fernandez, D'Silva, Desker.


Kalau kamu nak kata Melayu Singapore tertindas pun suka hatilah.
Pada saya, yang lebih tepat ialah: kami ni ramai yang miskin, iaitu di taraf ekonomi yang lemah, jadi ada yang merasakan tertindas.
Itupun pemerintah menghulurkan bantuan macam-macam, termasuk ada dua persatuan - Yayasan Mendaki dan Association of Muslim Professionals - membantu keadaan pelajaran dan sosio-ekonomi orang Melayu-Muslim ni agar tak tertinggal jauh sangat di belakang dalam serba-serbi.
Pemerintah takut kalau si Muslim ni tertinggal di belakang sangat, boleh jadi problem terrorist pula, agaknya. Saya pernah menulis tentang isu ini di sini.


Tetapi kerana sikit sangat kaum minoriti kami ni, dan daif lagi, kenalah pemerintah protect masyarakat kami - yang Melayu, India dan Eurasian.
Kalau tidak mampos kami kena 'bantai' dengan kaum majoriti Cina, agaknya.

Sekarang sedang gempar di Singapore - pemerintah telah menangkap tiga remaja Cina kerana serangan berbaur rasis dalam Facebook. Juga di sini dan di CNN di sini.
Mereka menghina orang India dalam sebuah group di Facebook.

Di Singapore ni, hak rakyat minoriti dijaga. Takut benda kecil nanti jadi isu perkauman yang merebak, lagi parah.
Ini bukan pertama kali pemerintah menangkap orang yang menghina agama-bangsa lain di Internet.
Pernah dua kali, remaja bangsa Cina kena cekup sebab menghina orang Islam Singapore (dah lama terjadi, nanti saya cari referencenya dan link kat sini).

Memanglah Singapore ni ada macam-macam undang-undang.
Tetapi yang ini saya sokong.
Kalau kamu menghina kaum dan agama lain, tangkap dia dan bawa ke mahkamah, agar tak kurang ajar sangat.

No comments:

Post a Comment