Monday, February 8, 2010

Walau Pakatan berpecah, Umno-BN belum OK

Selain dari kes-kes mahkamah, ada satu isu yang begitu menarik.
Saya kata menarik sebab nampaknya ada dalam Umno yang terkeliru.
Biar saya jelaskan.

- Berita bahawa pemimpin PKR seperti Zulkifli Noordin dan beberapa lagi di Penang dan Selangor tak puas hati dah tersebar luas.
Dan kini Zul Noordin dah jadi star dalam TV3. Terkejut juga: eh! Station TV kerajaan kasi muka kepada pembangkang? Zul kata akan ramai keluar dari PKR dalam beberapa minggu ini.

- Juga dalam PAS pun ada perpecahan - baik di Kelantan mahupun di kalangan orang atasan. Kita lihat Hadi Awang menyuarakan masih nak berkawan dengan Umno, walhal Nik Aziz Nik Mat dan yang lain bertegar tak mahupun dulu. Sampai ada doa supaya perut PM Najib meletup. Sampai gitu.
Dan pemimpin PAS seperti Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa tetap tak ngam. Ramai lagi yang tak ngam - you tanyalah yang di atas di Kelantan tu.

- Dan di Penang, kepimpinan Lim Guan Eng dari DAP pun telah diserang. Walaupun mungkin bukan oleh orang dalam, tetapi nampaknya cara beliau memerintah, katanya, agak kasar. Hingga wartawan terkenal (bukan aku), Joceline Tan, menulis mengenai isu ini.

- Dan juga heboh diperkatakan: demo pro-Anwar lepas solat Jumaat minggu lalu, kononnya nak menentang 'fitnah kedua' iatu kes sodomi, tapi hanya berjaya menarik 30 orang.
Eeks. Kalau 1998-2000, jika tak seribu orang datang tak dipanggil demo, 'bang.
Lampu Reformasi dah malap, orang berbisik.


Tetapi saya khuatir kerana sibuk mencanang dan bertepuk tangan bahawa pembangkang telah berpecah, pemimpin Umno dan orang bawahan mungkin terasa rakyat dah tolak pembangkang.
Bahawa rakyat kini dah kembali bersama Umno-BN.
Ada gembira bersyukur: Wah, our deliverance is here. No need to work hard, it shows you that the opposition cannot hold together. How to govern the country? Semuanya OK.

Masalahnya ialah ini, Tok Sri, tok siak.
Isu pembangkang berpecah, dan pengundi telah kembali ke Umno-BN, adalah dua perkara yang berbeza!

Cakap mudah: Walaupun pembangkang mungkin dah bergaduh dan mungkin diambang perpecahan besar pun, ia tidak bermakna sokongan dah kembali ke Umno-BN.

Cakap lebih mudah lagi:
Kalau esok ada pilihanraya umum, percayalah, Umno-BN akan kalah teruk sama seperti March 2008, Malah mungkin lebih teruk lagi!

Kemarahan rakyat masih ditahap sama terhadap Umno-BN di kalangan bangsa Cina dan Melayu.
Iaitu kebanyakan pengundi Cina masih tidak akan undi Umno-BN.
Dan pengundi Melayu masih berpecah dua. Kerajaan belum dapat lagi menarik ramai mereka ini ke kem Umno-BN. Masih 50:50 seperti dulu, setengah masih dengan pembangkang.

Hanya pengundi India saja, saya rasa, yang kini lebih ramai dah berpihak ke Umno-BN. Walaupun begitu, mereka masih boleh lari kembali ke pembangkang jika hati terguris lagi.
Dan mereka masih mencari siapa ketua kaum mereka - bukan Semi Value, bukan Makkal Sakti, dan bukan pun Hindraf yang sendiri telah berpecah.


-------------------------------------------------------
KENAPA? TAK PERCAYA?

Bayangkan jika pilihanraya umum diadakan hari ini.
- Kelantan, Penang, Selangor, Kedah dan Perak saya rasa di tangan pembangkang lagi.
- Terengganu, kerana Umno tongkang pecah, mungkin jatuh juga.
- Perlis, juga kerana perpecahan Umno, goyang.

- Negeri Sembilan dan Melaka mungkin tak jatuh tetapi 40:60 pembangkang kalah. Maknanya, banyak kerusi akan dimenangi pembangkang.

- Johor dan Pahang saja yang stabil.

- Di Malaysia Timur, saya rasa Sabah dan Sarawak tak akan jatuh sebab orang Pakatan Rakyat dah berpecah - biasalah politik Sabah-Sarawak, semua benda mesti berkelahi sampai kapal pecah dan tenggelam, baru semua puas hati.
Teapi pastinya, pada saya, banyak kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. 35:65 pembangkang:BN.

Ini pandangan peribadi.
Tapi yang jelas ialah kerajaan dan Umno-BN masih kena kerja terus jika nak menang hati rakyat.
Setakat nak tunggu pembangkang berpecah saja tak cukup.

Untuk pembangkang pula, mereka tak akan menawan Putrajaya sekiranya terus cakar-mencakar, dan tanpa leadership yang jelas - sebab Abang Nuwar sibuk kat mahkamah, dan nama Zaid Ibrahim pun dah mula pahit dalam Pakatan.
Nampaknya kini Ku Li nak jadi superhero baru Pakatan.
Beliau nampaknya mahu jadi martyr, mahu sangat ditendang Umno.
Agar dapat masuk Pakatan dan jadi ketua, in case Anwar kena jail???

Dan kini PM Najib pula kata New Economic Model tidak akan diumumkan bulan ini, tetapi akhir bulan depan. Mungkin lagi sibuk nak mengatur strategi lebih baik.

No comments:

Post a Comment