Saya belum buat keputusan nak sambung blog ke tidak. Heehee, actsy.
Tapi bos saya ada tulis sesuatu yang menarik.
Kena war-warkan, takut tak naik pangkat. Kahkahkah.
Tapi bos saya ada tulis sesuatu yang menarik.
Kena war-warkan, takut tak naik pangkat. Kahkahkah.
Malay, and missing Chinese New Years of old.
Citer ni tak masuk akhbar kami, cuma dalam blog ST saja.
Beliau dulunya ialah Political Editor.Citer ni tak masuk akhbar kami, cuma dalam blog ST saja.
Apabila membaca tulisannya, tentu ramai akan teringat kembali citer kita masih kecil-kecil dulu.
ITU CITER BOS. INI CITER SAYA PULA
---------------------------------------------------------
(Maaf citer panjang. Biar anak-anak saya baca dan insaf citer orang lama).
Saya membesar di dua kampung - di West Coast Road dekat satu-satunya Japanese School di Asia Tenggara masa itu yang juga dekat Masjid Tentera (di Raja Malaysia). Kini tempat tu dah jadi kondo orang kaya.
Kampung saya orang namakan Kampung Taik. Betul.
Sebab ada sungai atasnya ada, ahem, non-flushable loo. Satu kampung pakai. Jika ada penghuni, kena lari masuk semak. Kadang kita dalam semak, ada orang datang, terpaksa bangun cepat-cepat dan tersengeh-sengeh. Eeks.
Sebelum itu, keluarga kami di Pasir Panjang dekat Haw Par Villa (kini sebahagian dari kampus NUS). Dekat Zehnder Road, Kampung Kiyai Saman (orang alim yang disegani) - bukan nama rasmi, tapi kalau nak cari kami kata saja 'dekat rumah Kiyai Saman'.
Di kedua-dua tempat cuma rumah sewa saja.Yang syiok tinggal kampung zaman 1960an dan 1970an dulu ialah bila ada 'wayang Cina' dan loktang datang ke kampung kami, wah satu kampung pergi tengok! Ini masa Hungry Ghosts Month - dah besar baru tahu kenapa mereka ni setahun sekali masuk kampung.
Rugi anak-anak zaman sekarang tak pernah tengok loktang mengamuk - macam orang Melayu kena sampuk bila berkuda kepang. Sewel dirasuk setan dan makan kaca.
Masa tu tak ada video game, TV pun masih black and white, dan Hollywood dan Bollywood masih belum mencengkam hidup manusiawi.
Lagi satu yang syiok ialah bila ada syarahan atau maulid kat surau kampung. Budak kampung macam saya bukan nak dengar syarahan, tapi nak makan ayam!
Sekarang ni, kita tiap hari boleh nonton Astro (atau Starhub di Singapore) movie.
Tiap hari boleh minum air F&N oren.
Tiap kali makan boleh santap ayam.
Dulu, setahun tak sekali nonton movie di wayang (citer di bawah). Bila hari raya, baru nampak air oren dalam botol F&N. Jika tidak setakat minum air kosong.
Dulu bila dibawa makan satay tepi jalan (setahun dua kali mungkin), punyalah syiok.
Rugi anak-anak kita yang tak pernah susah begini, ya?
Di kedua-dua rumah sewa lama keluarga juga ialah pantai - sebab tu yang satu nama tempat itu ialah Pasir Panjang, dan satu lagi West Coast!
Saya tak pandai berenang, tapi pandai sibuk-sibuk main kat tepi air ikut arwah bapa saya pancing ikan. Dia juga pandai menjala.Apabila saya berpindah ke flat kecil dua bilik tidur HDB di Holland Drive, dah tak syiok sangat sebab tak ada wayang Cina dan loktang lagi.
Nasib baik ada surau Holland berdekatan (masih ada lagi!). Dapat makan free bila ada keramaian.
Flat ibubapa saya, mak oi, di tingkat 17 (dari blok setinggi 22tingkat)! Kalau lif rosak, mati kena naik tangga.
Pernah sekali blackout, kesemua lima-lima lif tak jalan. Lebih 20minit kena naik tangga.
Untuk entertainment, ada open-air cinema! Wayang tanpa bumbung.Pernah sekali blackout, kesemua lima-lima lif tak jalan. Lebih 20minit kena naik tangga.
Bayar 20sen dapat tengok citer Bruce Lee atau movie dari Malaysia.
Ini era selepas P.Ramlee dan Saloma, tetapi sebelum AR Badul. Tak ingat apa movie Melayu yang dinonton sebab selalu tak ada duit nak masuk.
Tahun 1970an dan 1980an, siapa hero dan heroine wayang di Malaysia, ya?
Tahun 1970an dan 1980an, siapa hero dan heroine wayang di Malaysia, ya?
Di Holland Drive lah pertama kali saya masuk kolam renang untuk orang ramai, public swimming pool.
Dah tak nampak laut lagi ler. Bayar 10 ke 20 cents dulu, boleh main air puas-puas.
Di Singapore, mungkin kerana pulau kecil dikelilingi air, hampir semua HDB estate ada public swimming pool. Mungkin pemerintah takut jika rakyat tak pandai berenang, bila Malaysia attack, macam mana orang Singapore nak renang kupu-kupu ke Batam atau Pedra Branca?
Hari ini, bayar S$1 (RM2.40) kita boleh masuk swimming pool, 50 cents untuk kanak-kanak. Boleh rendam sehari semalam sampai lembut macam ayam baru beli kat pasar.TAMBAH SIKIT AWAL PAGI
Tuan/Puan, selepas menulis ini, saya rasa bersyukur dan insaf, kerana dah jauh perjalanan hidup. Dan banyak perubahan dirasai.
Sebab tu kadang-kadang kita nak attack ketua-ketua politik kita biar berwaspada. Mereka berjasa besar.
Memang betul kita bekerja keras nak capai itu dan ini, tetapi orang seperti Kuan Yew dan Dr M dan lain-lainlah yang telah menyediakan conducive environment untuk rakyat.
Saya dah sujud syukur sebab teringat hidup susah dulu. Anda bila pula?
No comments:
Post a Comment