Wednesday, August 19, 2009

Congress, Kuomintang, Golkar, LDP, Umno....?

Kerap juga kita diberitahu, selepas 50 tahun berkuasa, parti politik selalunya kian muak dipandang rakyat.
Yang jatuh merudum itu ialah parti merdeka di negara masing-masing dan pastinya parti yang mempunyai sejarah yang terikat kuat dengan negeri masing-masing.
Bukan itu saja. Kebanyakannya parti itu ialah yang namanya sinonim dengan nama kerajaan negara.

- Dunia telah melihat bagaimana parti Congress India jatuh daripada kuasa. Yang paling teruk dalam 1996, lalu diganti dengan parti agama, BJP (parti Hindu).

- Parti Kuomintang di Taiwan lemah sekitar tahun 1994.

- Golkar, Golongan Karya atau Professionals Group, menjadi lemah dengan jatuhnya Presiden Suharto dalam 1998. Kini naik parti nasionalis Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono.

- Dan kini, parti yang namanya sinonim dengan Jepun, LDP (Liberal Democratic Party) nampaknya di ambang kekalahan teruk.
LDP - parti yang jarang sangat kalah sejak ditubuhkan dalam 1955,- tidak lama setelah Perang Dunia II berakhir dan negeri itu kalah - nampaknya akan tenggelam dalam pilihanraya umum Jepun pada Ogos 30.
Ini berita yang saya sedang perhatikan dengan rapi di pejabat.

Lawannya ialah DPJ atau Democratic Party of Japan.
Ceritanya samalah seperti cerita lain. Orang dah muak.
Slogan DPJ pun biasa kita dengar di negara Malaysia yang tercinta:
'Japan will change'.
'People's lives first'.

Jepun dulu ialah ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.
Dan produk ciptaannya sangat disegani - dari kereta (Toyota dan Honda), kepada barangan elektronik (Sony dan Toshiba, Sharp dan NEC), kepada kartun (Doraemon dan Pokemon), komik manga dan cara berdisiplin ia menjalankan business. Makanannya pun jadi cuisine terkmuka di dunia - sushi dan sashimi (ikan mentah letak atas nasi, dan ikan mentah gitu saja!)
Tetapi sekarang ekonomi negara China dan India yang lebih disegani.

- Di Malaysia, Umno pun nampaknya di zaman gerhana.
Model pemerintahan cara Barisan Nasional dah tak relevan lagi - ini yang kata Ku Li, bukan saya.
Tetapi mungkin ada harapan jika Umno-BN - musuh sekarang panggil mereka UBN - boleh belajar bagaimana Congress boleh kembali berkuasa dengan megah di India.



CERITA RAHUL GANDHI JADI CONTOH
-------------------------------------------------------

Jauh sebelum pilihanraya umum India pada Mei lepas, cucu Indira Gandhi dan anak Rajiv Gandhi (kedua-duanya perdana menteri) mula mendekatai rakyat kampung.
Nama mat ini ialah Rahul Gandhi, 39 tahun.
Beliau kerap berdamping dengan orang biasa dengan bermalam di tempat mereka - tetapi tanpa memanggil media.
Yang boleh berada di situ ialah para bodyguard Rahul.

Orang politik yang panggil media apabila hulur bantuan kecil kepada orang kampung dilihat nak pancing undi, bukan nak pancing hati.
Yang menghantar para doktor periksa orang kampung bila ada pilihanraya kecil itu bodoh namanya, sebab dia ingat rakyat bodoh.
Yang menggali longkang apabila pilihanraya kecil itu bahlul namanya, sebab dia ingat rakyat bahlul.

Untuk Rahul (ibunya ialah Sonia Gandhi, wanita bangsa Itali), walaupun ada media nak tulis, mereka akan di'halau' segera agar beliau dapat berdamping dan makan-minum dengan kaum miskin dan rendah.
Kalau saya kata beliau duduk bersama kaum Dalit, kita tak rasa apa-apa. Tetapi di India, mereka ini adalah dari kasta yang sangat rendah. Dulunya dipanggil 'untouchables'.
Beliau sanggup 'mencemar duli' duduk dengan mereka dan makan lauk mereka!

Setelah kemenangan besar Congress pada Mei, beliau kini kerap disebut sebagai bakal perdana menteri, untuk meneruskan sejarah keturunan Nehru-Gandhi.
Apatah lagi Perdana Menteri India kini, Manmohan Singh, sudah lanjut usia.

Sanggup ke para pemimpin Umno buat sedemikian?
Dulu pernah begini, kan!?!?
Yang saya lihat memang ramai yang makan dengan orang kampung.
Tetapi mereka datang naik heli, duduk atas stage di kerusi empok, dan makan ditempat VIP yang ada pasang aircon khas!
Kalau makan bersama rakyat pun, makanan dimasak oleh special caterers.

Saya kenal rapat seorang Puan Sri, orang Umno kuat. Pemimpin Umno semua kenal beliau.
Dia memberitahu, pemimpin wanita hari ini bila ke kampung nak berkempen - mereka naik kereta mewah, pakai gelang emas dan baju 'Datin'.
Lepas tu tak mahu duduk di lantai bersama orang miskin.
Sebab tu, bila Puan Sri ini berkempen, dia dengan groupnya sendiri, kalau boleh jangan ada orang dari kumpulan glamour ini ikut dan menakutkan pengundi.
Mereka datang nak mendengar masalah rakyat dan suara orang kampung.


PAS DULU DAN SEKARANG
-------------------------------------------------------
Sebenarnya masa ini adalah masa yang baik untuk Umno menang semula hati rakyat.
Sebab orang PAS ni dah naik lemak. Dan mula kejar glamour.
Biar orang PAS marah saya, tetapi ini orang media seperti saya melihat sendiri:
Dulu orang PAS yang saya kenal, bila muktamar atau pilihanraya kecil, baik pemimpin mahupun member biasa, ramai yang tidur di rumah ahli di kawasan itu.
Makan dan solar dengan mereka.

Tetapi selepas itu, kira-kira 5-7 tahun dulu saja, jika di muktamar di Kelantan, pemimpin dah mula tidur di Hotel Perdana di Kota Baru beramai-ramai.
Member biasa ada yang tumpang di rumah kawan, tetapi ramai yang masuk hotel murah.

Dan kini, kalau muktamar di KB, oiiii, semuanya duduk di Hotel Renaissance!!! Hotel Perdana yang lama dah tak laku dah, walaupun hotel milik kerajaan Kelantan.
(Tahun lalu muktamar di Ipoh, pemimpan PAS di Impiana Casuarina.
Baik yang di atas mahu yang di tengah. Yang tak mampu saja yang tinggal di hotel murah.
Mereka pun kalau makan waktu muktamar, kini ada tempat VIP!

Jadi, Umno tunggu apa lagi?
Ikutlah cara Rahul, sebab nampaknya musuh dah syiok mandi air bunga dan lupa daratan.
Atau nak tunggu sampai dah telungkup ke???

No comments:

Post a Comment