Wednesday, August 26, 2009

Ekonomi M'sia recession pertama kali dlm 10thn


Dah penat mengutuk dan dikutuk isu politik dan isu Islam, saya ubah topik sikit malam ni.
Saya cakap tentang ekonomi, sebab benda ni kalau tak dijaga, boleh hancur negara yang tercinta, tak kira siapa yang memerintah.

Berita Buruk: Malaysia masuk recession pertama kali dalam 10 tahun. Kali terakhir ialah di zaman Mahathir dan zaman Reformasi! Ouch.

Tetapi ada Berita Baik:
Keadaan ekonomi dunia dah nak pulih, jadi Malaysia pun steady pada tahun depan! Alhamdulillah/Pujian untuk Allah.


--------------------------------------------------------
CERITA YANG BURUK DULU:

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan hari ini bahawa ekonomi Malaysia telah MASUK ke dalam kemeleSETAN (atau recession).

Ekonomi sesebuah negara dikira sama ada ia berkembang atau menguncup dalam
sesuatu suku tahun/quarter year (tiga bulan).
Apabila gross domestic product (GDP), atau keluaran dalam negara kasar (KDNK), untuk suku tahun MENGUNCUP dalam DUA-SUKU BERTURUT-TURUT, maka ekonomi masuk ke dalam recession.
Tak faham KDNK?

Cakap mudah: semua data pengeluaran kilang besar dan kecil (mungkin tidak 100 peratus, tetapi kebanyakannya) dan perkhidmatan/services yang diberikan (seperti kerja memunggah di Port Klang, atau sektor penghotelan dan restoran, atau services perbankan) dikumpulkan Bank Negara.
Maknanya, pendapatan kasar kilang Intel dan kilang sos cili Lingham's, supermarket Carrefour dan Hotel Renaissance, serta Public Bank dan nasi kandar Pelita - semua yang bayar cukailah! jika tidak macam mana nak tahu pendapatan berapa - dikira.
Maklumat dirakam dalam Ringgit Malaysia menjadi KDNK.


Kata BNM, KDNK bagi suku tahun pertama (Jan hingga Mac) menguncup 6.2 peratus, berbanding dengan Jan-Mac tahun lalu.
Untuk suku kedua pula (Apr hingga Jun) ia menguncup lagi 3.9 peratus, berbanding Apr-Jun 2008.

Ini adalah kali pertama dalam 10 tahun ekonomi Malaysia menguncup selama dua suku berturut-turut, kata agensi berita Bloomberg.

Untuk setengah tahun pertama (Jan hingga Jun) ekonomi menguncup 5.1 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.
Laporan rasmi Bank Negara di sini.


Cakap mudah: Dalam enam bulan pertama tahun ini, eksport barangan Malaysia berkurangan, sebab ekonomi seantero dunia lembab.
Sebabnya:
- Kira-kira satu perlima (2o peratus) daripada eksport Malaysia (dikira dalam Ringgit) dijual di Amerika Syarikat. Jadi sebab ekonomi Yankee meleset teruk, mereka kurang membeli barangan Malaysia.
- Pembeli besar barangan Malaysia yang satu lagi ialah Singapura. Dulu kira-kira 12-15 peratus, tak tahu sekarang ini, saya tak ada maklumat. Barangan yang diimport Singapore ni ditambah-nilai lepas tu diesksport juga ke Amerika!
Tambah-nilai tu apa? Misalnya Malaysia eksport elektronic parts ke Temasek, ianya disiapkan jadi hard drive, lepas tu di hantar ke Amerika).


Masuk bab politik:
Jika Malaysia bergaduh dengan Amerika atau Singapore (zaman Mahathir dulu), kadang-kadang saya khuatir ia menjejas ekonomi.
Dan sebab itulah banyak syarikat antarabangsa yang berpusat di Temasek gemar sangat baca berita tentang Malaysia. Sebab ia terikat dengan perdagangan dan ekonomi.

Sebab itu mereka khuatir jika politik bergoncang atau kemungkinan pihak yang, katanya, pro-Taleban berkuasa di Malaysia.
Atau isu corruption, sebab perdagangan mereka terjejas sekiranya pegawai kerajaan minta duit bawah meja sebelum luluskan projek.
Dan jika mahkamah dilihat tidak adil, kerana mereka khuatir jika business mereka dibawa ke mahkamah, hakim boleh dibeli oleh sesuatu pihak lain - seperti yang dikatakan banyak terjadi di Indonesia.
Dan mereka khuatir isu yang mungkin merosakkan gerakan barangan eksport. Sebab itu mereka khuatir demonstrasi jalanan yang membuat traffic jam satu bandar (bukan semua salah yang nak menunjuk perasaan, sebab selalunya yang huru-harakan demonstrasi aman ialah Abang Polis).

-------------------------------------------------------

GAMBAR - Kompleks BNM di tengah bandar raya KL. Dah lama saya tak menghadiri sidang akhbar setiap tiga bulan untuk pengumumam kedudukan ekonomi negara. Saya pernah menghadiri sidang akhbar ini dari zaman Gabenor Ahmad Mohd Don, ke Gabenor Ali Abul Hassan Sulaiman hingga ke Gabenor Zeti Akhtar Aziz.

-------------------------------------------------------
BERITA BAIK

Tidak seperti dalam 1998-2000 dulu, kemeleSETAN kali ini dijangka pendek saja.
Macam kena injection kat bontot bila jumpa doktor. Kejap 'je.

Ini kerana:
1) ekonomi terbesar di dunia, Amerika, kian pulih.
Orang Amerika ni suka berhutang - lebih dari (maaf kata) orang Melayu. OKlah, orang Melayu Singapore kerana, maklumlah, tertindas; bukan orang Malaysia yang kaya raya.
Orang Amerika suka beli komputer terbaru, kereta terbaru, telefon terbaru, TV terbaru, dsbnya.
Nasib baik depa bodoh, kalau depa tak beli yang terbaru, hancur ekonomi Malaysia dan Singapore! Dan juga banyak lagi negara lain.

2) ekonomi ketiga terbesar di dunia, China, terus berkembang dalam setahun kebelakangan ini, walaupun banyak negara nak tenggelam.
Dan ekonomi besar dunia, India, pun terus mara dengan kencang.
(ekonomi kedua terbesar ialah Jepun, tetapi negara ni tetap lembek ekonominya).

Sebab ekonomi China berkembang 8 hingga 10 peratus sejak 10-15 tahun kebelakangan ini (macam ekonomi Malaysia dalam 1987-1998), maka barangan eksport negara sedunia banyak juga dihantar ke China. Dan ke India.
Whew, selamat kita semua.
Terima kaseyyyyy kepada orang China dan India (mereka yang di China dan di India, bukan yang di Malaysia yang selalu cari pasal! Hahaha)

Tak adil juga jika kita tidak memuji cara PM Najib Razak dan BNM mengendalikan kelembapan ekonomi di hujung tahun lalu lagi, dengan stimulus package - pakej perangsang economi. Kalau dah campak RM60 bilion ekonomi terus pingsan, maknanya negara mempunyai masalah besar.


AL MUTAKHIR

Maknanya, kerana ekonomi Malaysia dah nak pulih, kita semua boleh sambung bergaduh dan berdebat sampai negara nak rak, tentang isu remeh dan penting, seperti biasa.
Yahoo!

No comments:

Post a Comment