Jika Kartika dah melanggar undang-undang dan hukumannya kena sebat, cepatlah jalankan.
Saya tak faham kenapa kerajaan khayal selama tiga minggu apabila cerita ini mula keluar.
(Jika itu hukuman, just do it!)
Sehingga sampai klimaks pada pertengahan minggu lalu, apabila wartawan akhbar saya di KL menjadi wartawan yang pertama dapat berbual dengan Kartika melalui telefon. Kartika duduk di Sungai Siput, Perak, rumah bapanya.
Dia kata nak sebat-sebatlah di khalayak ramai. Tunggu apa lagi.
Lepas ceritanya keluar di Straits Times Singapore, keesokan harinya wartawan kami di KL itu di telefon oleh AFP, Al Jazeera, BBC dan CNN. Semua nak tahu bagaimana hendak menghubungi wanita itu.
Lepas itu cerita meletup.
Itu pun kerajaan masih tidor.
Maka keluarlah cerita yang menggambarkan Malaysia ini negara kampung zaman batu, negara kuno, agama kejam dan sebagainya yang keluar di media antarabangsa.
Saya yang memantau di meja berita rasa malu.
Keluar di banyak sangat akhbar seluruh dunia!
Jika dulu orang Afrika, India, Eropah dan Amerika tak pernah dengar nama Malaysia Darul Islam ni, sekarang semua dah tahu dah.
Tak payah buat kempen pelancongan.
Itupun pemerintah terus rilek.
Sehingga sampai Isnin (semalam), Kartika disumbat dalam van di rumahnya di Sungai Siput - di depan kamera-kamera dan wartawan media asing - untuk dibawa ke penjara Kajang.
OKlah tu saya ingat. Biar lekas cerita ni habis.
Fulamak! Selepas 15 minit keluar, van patah balik. Setengah jam selepas masuk van, dia dihantar kembali ke rumah bapanya.
Eh! Apa dah jadi????
Rupa-rupanya selepas tiga minggu, nama Malaysia dah disebat bertubi-tubi, dihitamkan oleh media, dimomokkan orang bukan Islam, baru kerajaan sedar ini masalah besar.
Saya rasa Kartika dan bapanya harus diberi tugas baru oleh kerajaan Malaysia - jadi adviser macam mana nak maximise public relations. Mereka lebih pandai dari Fox Communications.
Pandai mereka spin cerita agar orang belas. Di Amerika, mereka ni main 'victimhood' - di mana orang yang bersalah main cerita agar dilihat sebagai victim/mangsa!
Benda ini dah meletup satu dunia, terpalit najis di muka Putrajaya.
Akhirnya:
Kartika 1, Malaysia 0.
-------------------------------------------------------
Sebenarnya Kartika bukan wanita Islam pertama yang dijatuh hukuman sebat atas nama agama di Tenggara Asia.
LIHAT GAMBAR.
Di Acheh, perempuan kena rotan di khalayak ramai di depan masjid sering berlaku di hujung Sumatra (di seberang laut dekat Penang).
Memang kontroversi.
Tetapi bila dah jatuhkan hukuman, cepatlah jalankan.
Lagi satu contoh - tak lama dulu Singapore nak gantung seorang rakyat Australia kerana kesalahan dadah. Memang Temasek tak kasi chan. Kau main dadah, kena gantung.
Tetapi ramai warga Australia sehingga perdana menterinya pun, meminta agar dimaafkan saja budak Australia yang keluarganya berasal dari Vietnam ni.
No deal.
Bising satu dunia. Undang-undang kejam, negeri kuno, hak manusia disepak.
Tetapi Singapore terus gantung dia pada 2005.
Lepas tu cerita habis. Media dah penat komen, buat cerita lain.
Tetapi kerana selama tiga minggu isu Kartika ni tak diselesaikan apabila dah keluar di media, dan hari ini baru nak ditangani, dah busuk nama negara.
Cara ia diatasi pun masih penuh kontroversi.
- PM Najib kata Kartika boleh mohon appeal. Lepas tu dia cakap boleh bertaubat dan dimaafkan.
- Shahrizat kata hukuman hanyalah disuspend - bukan dibuang kes.
- Hishammuddin pula kata pegawai penjara bodoh - sebab dia kata Kartika tak akan disebat sebab penjara tak pandai nak sebat cara syariah.
Saya nak syorkan: kalau minum beer yang mungkin memudharatkan diri sendiri disebat 6kali, apa kata kita sebat orang yang mencuri duit rakyat 100 kali.
Boleh?
Baru orang hormat sikit Malaysia ni agaknya.

No comments:
Post a Comment