Saturday, August 29, 2009

Esok, setelah 50 tahun, kerajaan Jepun tumbang


Seperti yang pernah saya tulis baru-baru ini, Jepun di ambang pertukaran kerajaan yang besar.
Selepas kira-kira 50 tahun berkuasa, Liberal Democratic Party akan tumbang kerana rakyat dah jemu. Ekonomi lembek dan kerajaan gagal nak atasi masalah rakyat yang semakin tua, dan skandal corruption kerap juga (Jepun, macam Singapore, rakyatnya dalam 20-30 tahun lagi, lebih ramai yang tua dari yang muda, ageing society).

Jepun mengundi Ahad/esok, dan pada malam esok kita dapat bayangan teruk mana LDP kena bantai oleh pembangkang Democratic Party of Japan, parti berusia 11 tahun.
Tetapi rakyat khuatir juga sama ada DPJ boleh 'bawa' Jepun naik kembali atau terus tinggal dalam negara yang dipandang lemah kini.

Ada pengajarannya untuk Umno, Pakatan dan rakyat Malaysia.


GAMBAR: Tak tahu kenapa telor Jepun dua biji ni warna merah. Besau pulak :-)

No comments:

Post a Comment