Jika betullah Khir Toyo atau pemimpin Umno lain nak jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor, saya tak faham apa baiknya.
Tidak seperti di Perak di mana Pakatan sedang rilek, mereka kini dah sedar kemungkinan diserang.
Jadi, jika Khir dan BN nak menyerang, mereka akan terus lari ke Sultan untuk membubarkan DUN.
Lepas tu pilihanraya satu Selangor.
Jika ini berlaku, Umno dan BN akan dihentak lebih teruk dari keputusan pilihanraya umum Mac tahun lalu. Kedudukan kerusi di DUN Selangor kini ialah 36 Pakatan, 20 BN.
Di Perak, selepas lima bulan diambilalih (dirampas, kata Nuwar Brahim), Umno-BN masih belum berani adakan pilihanraya satu negeri sebab pasti kalah teruk macam Brazil lawan Singapore.
Kenapakah saya rasa Umno-BN terus ditolak?
Orang Cina dan India terus muak dengan BN, semua rakyat Selangor masih marah dengan Khir mengenai kes rumahnya yang tidak diperjelas dengan betul, dan luxury trips beliau ke Disneyland yang kononnya menghabiskan duit rakyat.
Dan mereka dapat lihat, katanya, dah kurang rasuah di Selangor dengan Pakatan.
Orang Melayu di Selangor? Saya tak rasa mereka masih sayang dengan Umno.
Tak sampai 50 peratus pun sokongan Melayu di negeri yang paling maju antara 13 negeri di Malaysia Darul DiaSapuSemuaKitaTerusMiskin.
Kenapa? Tak percaya? Jika ke Jalan Ampang, jangan saja ke hotel ternama.
Lawati rumah-rumah orang miskin dan flat kos rendah yang bertebaran di Keramat/AU1 hingga A5, dan di hujung Jalan Ampang.
Pun begitu, bagus juga jika Pakatan cuba digegarkan di Selangor.
Sebab saya nak lihat BN dihancurkan di Selangor.
Maaf jika kasar bahasa, Abang dan Datin.
Sebab jika puak ni dah disedarkan sekali lagi bahawa mereka ni terus dibenci rakyat, maka mungkin mereka akan bekerja keras untuk menarik balik hati pengundi agar tidak bungkus dalam pilihanraya 2013.
Belum terlambat Umno dan BN sedar diri, reform parti dan *kurangkan berpolitik sesama sendiri jika mereka mahu terus berkuasa.
(*Saya dah dengar desas-desus mengerikan dalam Umno yang boleh membawa perpecahan besar, tetapi belum berani nak tulis. Eeee dah saat genting pun masih nak berpolitik).
GAMBAR: Rumah impian saya. Untuk Khir, satu realiti.
No comments:
Post a Comment