Wednesday, September 30, 2009

75 maut gempa dekat Padang, ada gempa kedua

Selepas menggoncang Padang dengan gempa sekuat 7.6 Rabu tadi, sekurang-kurangnya 75 orang mati.
Angka ini akan melonjak dalam beberapa hari ni sebab masih ramai yang tertimbus, menurut laporan.
Bangunan dan rumah banyak yang runtuh.
Dan petang tadi, ada gempa kedua sekuat 6.2.
(Insiden Disember 2004 yang membunuh 230,000 orang di Sumatra, Phuket, Sri Lanka dan negara lain adalah akibat tsunami selepas gempa sekuat 9.15. Maknanya yang semalam rendah juga).

Gempa pertama skala 7.6 telah menggegar Singapura - termasuk pejabat saya!
Rumah saya di Singapura pun goyang, kata anak.
Di Kuala Lumpur dan Penang pun bangunan bergegar.
Alamak.

Ramai terkejut kerana sebelum ini mulanya Filipina, kemudian Vietnam, Cambodia dan Laos kena typhoon dan hujan lebat. 38 mati.
Lepas tu, pulau Samoa pula kena tsunami! 100 mati.

Mujur, Airport Minangkabau di bandar Padang dimumkan terus dibuka.
Saya sendiri ditugaskan untuk ke Padang ke sana kejap lagi (hari ini dah Khamis dah) - saya akan ke airport Changi nak naik pesawat ke sana, buat laporan.

Jika tak dapat Singapore-Padang (Tiger Airways), mungkin Singapore-Pekanbaru (AirAsia), lepas tu berteksi 5-6 jam ke Padang. Jenuh.

Menurut laporan, Bukittinggi dan Pariaman - dua bandar dekat Padang pun kena teruk.
Ketiga-tiga ni adalah bandar terbesar dalam provisi Sumatra Barat, salah satu dari 33 provinsi di Indonesia.
Nasi Padang datang dari sini dan juga orang Minangkabau.
Baru dua hari lepas, nama Isa Samad, orang keturunan Minang, disebut ramai orang.

Dikhuatiri rakyat Singapore dan Malaysia ada sedang holiday di Padang dan bandar-bandar lain di sana. Mungkin nasib baik juga masih seminggu lebih Hari Raya, jadi mungkin tak seramai yang ke sana berbanding musim lain termasuk sebelum raya minggu lalu!

Kerana hotel banyak juga terjejas (ada yang roboh), dan letrik dan telefon putus, saya rasa tak ada internet lah.
Jurugambar dari Singapore membawa satellite phone untuk berhubung.
Seorang lagi rakankerja akan terbang dari Jakarta.

Ini semua bermakna, blog ini terpaksa berehat beberapa hari.
Harap maklum.

(Jika nak sangat membaca cerita yang saya tulis, mungkin kena Google nama saya mulai Jumaat ler).

No comments:

Post a Comment