Thursday, September 17, 2009
Raya di Temasek
Pada 7.03malam ini di Temasek, azan Maghrib, maka berakhirlah bulan puasa dan masuk 1 Syawal.
Maknanya, Hari Raya jatuh malam ini (Sabtu), bukan tunggu dinihari/midnight atau esok!
Esok pada 8pagi, saya bercadang solat raya di Masjid An-Nahdhah dekat rumah saya (GAMBAR). Masjid tiga tingkat, berbentuk pejabat komersil berbumbung 'kaabah'. Ada lif dan basement carpark, terletak di depan stadium Bishan.
Mari saya cerita pasal masjid-masjid Singapore sikit di penghujung Ramadan.
Jangan terkejut, masjid di Temasek Darul Minority bentuknya pelik-pelik, tidak seperti masjid berbentuk Moghul atau Arab dengan onion domes = kubah berbentuk bawang, mahupun ciri Melayu (seperti Masjid Negara KL yang berkubah payung).
Click gambar-gambar masjid Singapore di sini, website masjid Majlis Ugama Islam Singapura, MUIS.
Antara yang 'pelik':
- Al-Falah, di bawah multi-storey car park di Orchard Road, depannya ada 7-Eleven. Berdekatan Lucky Plaza dan Takashimaya.
- Al-Iman dan Al-Mawaddah, macam shopping centre.
- Al-Mukminin, seimbas kilang.
- Bencoolen dekat Raffles Hotel, dan Haji Mohd Salleh, kedua-duanya di bawah bangunan pejabat.
- Kalau rasa Singapore nak berperang, lari ke masjid bentuk kubu Darussalam.
- Masjid paling mengejutkan saya ialah Assyafaah di Sembawang. Saya mulanya ingat ia kilang siap dengan chimney warna coklat.
- Ada dua 'masjid Malaysia' - sebuah di tanah Sultan Johor. Dan sebuah lagi Masjid Tentera di Raja, dekat National University of Singapore.
- Dan yang paling canggih ialah masjid BAWAH TANAH Moulana Mohamed Ali yang terletak di basement UOB Plaza, bangunan tertinggi di Singapore.
Plaza ini di tebing Sungai Singapura, di financial district Raffles Place.
United Overseas Bank (UOB) apabila hendak membuat plazanya dulu perlukan tanah masjid - jika tidak tak cukup lapang nak buat bangunan setinggi 280 meter.
Tetapi tanah wakaf tak boleh dijual, maka ada deal - kamu guna tanah di atas, tetapi buat masjid di bawah tanah. Masjid gunakan aircon tetapi kalau solat Jumaat ada maksimum 800 orang, sesak juga nak bernafas.
Bangunan tertinggi di Singapore ada limitnya (sebab negeri kecil, kalau ketinggian tak dikawal macam mana pesawat jet nak mendarat di Changi?) - lihat gambar ini.
Ada tiga bangunan yang paling tinggi di Temasek di sini.
Semuanya setinggi 280 meter.
(Petronas Twin Towers setinggi 452 meter/88 tingkat. Yay, Malaysia menang!)
Dalam gambar:
- Yang kanan ialah UOB Plaza One, 67 tingkat. Ada restoran berpusing di atas, masjid di basement.
- Di tengah - cermin biru, dinding marble coklat - ialah Republic Plaza, milik Hong Leong group.
- Di sebelah kirinya, berbentuk cube, ialah OUB Centre, milik Overseas Union Bank.
Panjangnya cerita masjid.
Kesimpulannya, walau dah duduk di KL hampir 15 tahun, hanya setahun saja saya pernah berhari raya di ibukota Malaysia Darul Majority. Jika tak salah tahun 1996.
Masa itu, sanggup berbaris satu jam hendak masuk ke Sri Perdana lama, rumah rasmi Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Sunyi raya di KL sebab semua balik kampung.
Maka itu, saya selalu beraya di kampng saya di Singapore.
Selamat Hari Raya, sahabat dan pembaca.
Jari sepuluh disusun saya pohon maaf, kerana blog ini selalu redah saja perasaan orang.
Eid Mubarak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment