Thursday, September 3, 2009

Umno S'pura bergaduh sama sendiri, 21 ditangkap


Apabila Singapura dihalau keluar dari Malaysia DarulMalayo dulu, parti-parti politik pun berpecah.
(Akhbar pun berpecah - akhbar The Straits Times tetap di Singapura, yang di utara jadi NEW Straits Times).
Parti DAP jadi PAP di Temasek.

Umno di Malaysia, kalau ikut nama Melayunya ialah PKMB - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Tapi maklumlah produk keluaran zaman British, jadi namanya sedap sikit, Umno.

Di Singapura, anak Umno dulu ialah PKMS - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura. Ia dijemput menghadiri perhimpunan agung Umno setiap tahun di PWTC.
PKMS ada HQ di Geylang (LIHAT GAMBAR), dan mujur kerana ada kedai-kedai sewa di Bangunan PKMS, sampai sekarang masih hidup.
PKMS bernaung dengan parti pembangkang lain dalam SDA - Singapore Democratic Alliance.
Dah lama benar saya tak dengar cerita politik dari PKMS.
Tetapi hari ini satu Singapore dah tahu.
Dalam bulan Ramadan ini, di tempat paling ramai Melayu di Singapore iaitu di Geylang (lebih-lebih lagi bila bulan puasa), anggota parti itu bergaduh giler sesama sendiri semalam.
Berebut kuasa.
Sehingga 21 orang ditangkap - maknanya gaduh besar.
Click di sini dan sini untuk lihat gambar. Sampai kat tengah jalan dia buat kecoh.

Baguslah tu. Teruskan perjuangan.








No comments:

Post a Comment