Katakan lah anda mendapat dokumen rahsia bagaimana nak merdekakan Palestin. Tetapi dokumen itu dalam bahasa Yiddish (bahasa orang Yahudi). Apa anda nak buat?
Atau anda gemar sangat baca remgold.blogspot (hahaha) tetapi mat ni suka nah menulis dalam bahasa mat salleh. Bagaimana?
Google kini boleh membantu anda menterjemah dari satu bahasa ke bahasa yang lain.
Setelah mencuba beberapa kerat perkataan dan ungkapan, saya dapatinya kurang tepat, tetapi okay lah tu sebagai permulaan.
Tak payah kita kena cari siapa yang faham bahasa Yahudi atau Inggeris. Duduk depan komputer pun okay.
Cuba Google translate di sini.
Bijak giler mereka di Google ni.
Jika orang yang mengaku Islam yang bijak seperti Noordin Top tu bekerja untuk membuat sofwe seperti ini, saya rasa dia dapat membantu kes Palestin dan umat Islam lebih lagi, berbanding kerja bodohnya membunuh orang yang sedang adakan business meeting dalam hotel.
Dia boleh jadi jutawan besar, lahirkan 1,000 lagi penulis sofwe dan engineer lain. Agar nama agama naik oi, bukan kau jahanamkan dengan pengebomam lepaskan geram.
Bila umat ini nak sedar kekata 'Pena itu lebih perkasa dari Pedang'.
Tak apalah. Apapun, cuba anda taip
- 'Saya sedang berpuasa'
- 'Saya malas nak kerja'
- 'Saya suka KJ'
Ada perkataan yang sofwe tak tahu jadi tak diterjemahkan.
Macam kita di KL dan Singapore bila cakap - 'I malas nak work'
No comments:
Post a Comment