Sunday, September 6, 2009

Ini buat aku jealous - perbandingan gaji menteri

Dari akhbar The Star mukasurat 20 hari ini, kita diberitahu berapa gaji-gaji para menteri di Malaysia dan negara lain.
Laporan menceritakan tentang potongan gaji jika seseorang itu melompat dari syarikat besar menjadi menteri (tak ada orang paksa, sebenarnya).
Bekas bos Malaysia Airlines Idris Jala, kata akhbar itu, gajinya berkurangan sebanyak RM100,000 setahun kerana dilantik jadi menteri. Yang depa nak sangat tu apasal?

Sekarang, mari kita banding:

- PM Najib Razak gajinya RM22,826.65 sebulan.
- TPM Muhyiddin Yassin, RM18,168.15.
- Menteri, RM14,907.20
- Timbalan Menteri, RM10,847.65.

Tetapi tak adil juga jika hanya diletak gaji asas seperti di atas ni.
Sebab mereka banyak elauns, boleh buat macam-macam claim, dan menteri semua dapat tinggal rumah kerajaan.
Untuk PM dan menteri atasan, ada government jet.

Mari banding lagi:

- PM Lee Hsien Loong, Singapura.
Gaji S$3 juta (RM7.25 juta) setahun, atau RM600,000 sebulan!
(Gaji menteri terbesar di dunia).

- Presiden Obama, US$400,000 (RM1.4 juta) setahun, atau RM116,666 sebulan.
Sikitnya untuk superpower!

- PM Gordon Brown, UK, sterling194,250 (RM1.1 juta), atau RM91,666 sebulan.

- PM Kevin Rudd, Australia, Aus$330,300 (RM943,808), atau 78,560 sebulan.



Gaji Ahli Parlimen
--------------------------------------------------------
Dari RM13,000 - RM16,000 sebulan.
(Sikit sebenarnya, kerana ramai rakyat kerap minta tolong bantuan kewangan).


Gaji CEO
--------------------------------------------------------
Nazir Razak, CIMB, RM9.35juta setahun, atau RM779,000 sebulan.

Wahid Omar, dulu Telekom Malaysia, RM1.78j, atau RM148,300 sebulan (sikitnya!)
Ahmad Zubir Murshid, Sime Darby, RM2,05j, atau RM170,800 sebulan.

Yusli Yusoff, Bursa Malaysia, RM1.97j, atau RM164,100 sebulan.
Lodin Wok Kamaruddin, RM1.85j, atau RM154,100 sebulan.

No comments:

Post a Comment