Thursday, September 17, 2009
Mas Selamat jumpa isteri Raya nanti - Malay Mail
Baru saya mengumpat tentang rakannya, kini Mas Selamat pun masuk dalam berita.
Ini scoop Malay Mail - di sini.
Mas Selamat Kastari, terrorist warga Singapura, akan dikunjungi isterinya pada Hari Raya ini di Kamunting.
Isterinya juga warga Temasek.
Mereka mempunyai lima orang anak - empat lelaki, seorang puteri (terima kasih Malay Mail kerana saya tak tahu fakta ini!)
Izin untuk kunjungan ini pastinya dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein, yang baru membebaskan lima orang yang disyaki member KMM atau JI (kita pun tak tahu yang mana satu, sebab polis sudah pusing-pusing dalam cerita ini).
Sebelum orang marah Hisham kerana nampaknya berlembut dengan pengganas, atau mereka yang disyaki pengganas, sebenarnya dalam proses memulihkan mereka perkara seperti ini boleh membantu.
Biar Mas Selamat jumpa isterinya, dengar cerita anak-anak membesar tanpa ayah, dan bagaimana pemerintah Singapore membantu keluarga tahanan JI -- ini cerita betul, pemerintah Temasek membantu bekas tahanan JI agar tidak terus sesat, baca di sini, sini dan di sini.
Kenapa bekas terrorist dibantu?
Sama seperti kenapa masyarakat mesti membantu bekas banduan - macam mana dia nak masuk kembali ke arus masyarakat tanpa bantuan? Mana dia nak cari kerja? Anak dia nak makan apa, nak ke sekolah siapa yang bayar? Dia confused tentang ideologi agamanya.
Di Singapore kumpulan pembantu mereka dikenal sebagai RRG, Religious Rehabilitation Group, kumpulan ulama yang merapatkan diri dengan bekas pengganas.
Saya memang pandang tinggi orang yang berjihad, tetapi bukan yang merancang nak membunuh orang awam yang tidak berperang dengan umat Islam.
Mengebom atau merancang pengebomam orang yang sedang makan di restoran atau mengadakan meeting di hotel kerja orang amarah yang tidak berfikir.
GAMBAR. Dari website jenaka-politik terkemuka Singapore, talkingcock.com.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment