Awal minggu ini mantan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin menulis dalam Utusan bahawa pernah ada insiden di mana "babi berselimutkan bendera Umno" ditinggalkan seseorang. Tak tau bila dan di mana.
Tidak ada orang yang ingat bila ia terjadi.
Semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri Hishammuddin Hussein menyatakan benda ni memang berlaku.
Tetapi bila dan kenapa tidak dijelaskan. Mungkin masih rahsia kerajaan agar Melayu tak mengamuk gunakan keris.
Tidak lama dulu, kepala babi dibungkus bendera PAS diletak di surau UM . Tetapi saya tak rasa bangsa lain berani masuk surau nak letak kepala babi. Insiden ini berlaku semasa bahang panas pilihan pemimpin pelajar.
Tetapi yang pasti: perkara kepala babi-bendera Umno, memang ada! Wow, babi keramat kerana dibungkus dengan bendera parti keramat.
Datuk Seri Hishammuddin:
“I have it in my records to show there were cases where a pig-head was used by irresponsible parties including leaving the head in front of an Umno building covered by an Umno flag,” he said, offering no details of such an act. (Sinchew - di sini).
Quote ini tiada dalam Utusan dan Berita Harian.
"Saya ada didalam rekod saya yang menunjukkan ada kes-kes di mana kepala babi digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk meninggalkan kepalanya di depan bangunan Umno dibungkus bendera Umno".
Fuyoh.
No comments:
Post a Comment