Thursday, September 17, 2009

Hadiah Raya Indonesia, Noordin Top 'terbunuh'



TERBARU:

Confirm yang mati ditembak dekat Solo, ialah Noordin Top.
Syabas Densus 88!!!
Takbir!




CERITA AWAL
-------------------------------------------------------------

Noordin dah mati terbunuh ke?
Jika benar, baguslah.
Kalau Indonesia nak buat 'sweeping' rakyat Malaysia, buatlah ke atas sampah masyarakat seperti Noordin Top ni.
Kerjanya menghasut orang lain supaya mengebom mereka yang tidak berdosa.
Kalau nak sangat membunuh musuh Islam, berjihad konon, pergilah lawan Israel dengan anda menetap di negeri Arab yang bersebelahah negara Yahudi tu.

Saya tahu ramai orang Muslim yang menyokong pembunuh seperti Noordin ini. Kononnya beliau membantu agama. Agama siapa? Perjuangan apa?

Saya benci langsung dengan dia, sebab merosakkan imej Islam dengan membunuh orang yang tak ada kena mengena dengan peperangan, sesuatu yang dilarang agama.
Dia juga mahu menjahanamkan Indonesia, sebuah negara Islam yang baru nak maju.
Dia hingga sanggup hendak membunuh presiden Indonesia! Kerja gila.
Kalau negara besar itu kocar-kacir, Malaysia-Singapura pun akan hancur ekonominya sebab berjuta orang miskin akan lari ke arah sini nak cari makan.
Lepas Indonesia dan seluruh Nusantara kocar-kacir, katanya akan tumbuh Khalifah Islam. Apa punya planning. Bodoh.

Buat malu nama Malaysia lagi.
Sejak beberapa tahun ini, orang Muslim Malaysia yang ke negara Barat untuk bercuti atau business, kini di imigresen luar diperiksa rapi dan diragui kerana setan seperti Noordin dan Dr Azahari Husin (yang dah maut).
Saya pun jika travel - walhal gunakan passport Singapura - diperiksa rapi sebab banyak masuk ke Malaysia (mereka tak tanya, maka saya tak katalah saya penduduk tetap Malaysia dan penyokong PAS dan Umno, nanti kena cepuk pulak).


Tetapi, nanti dulu.
Selepas pasukan anti-terror Indonesia Densus 88 (Detasemen Khusus 88) gagal baru-baru ini nak membunuh anak si Top ni, tentunya ramai yang was-was betul ke pembunuh ini dah mampos.
Jika benar, hadiah Lebaran/Hari Raya yang besar buat umat Islam di rantau ini.

No comments:

Post a Comment