Saturday, September 12, 2009

Ramai pemain bola Singapura lari ke Indonesia

TERBARU 7.45MLM
-----------------------
Baca laporan di sini, sini dan sini.
Satu laporan menyatakan pemain Singapore ni lebih popular dari yang di Vietnam, Malaysia dan Thailand kerana mereka diyakini lebih 'bersih' dari jeratan korupsi: pemain yang mungkin boleh dibeli untuk menjual game.
Nampaknya sampai ke arena bola pun gejala 'politik wang' ('permainan wang'?) menghantui pelabur luar.


--------------------------------------------------------
Sedang warga Malaysia hendak lari dari Indonesia, atau memboikot Pulau Jawa, setelah kes 'sweeping' dan kata-kata kesat yang keluar dalam kontroversi dua-hala, pemain bolasepak Singapura ramai yang sedang hendak lari ke sana.
Ini termasuk striker utama dan kaptain pasukan Temasek, Noh Alam Shah.
Mereka berebut-rebut hendak masuk Indonesia Super League (ISL).


Sebelum itu:
Saya tak minat dunia bolasepak langsung - hanya menjadi pengikut Italy dan Turki setiap empat tahun siri Piala Dunia.
Di Singapura, seperti di Malaysia, orang gemar menonton liga Inggeris lebih dari S-League (Singapore League).
Pada saya, buang masa menonton siri bolasepak di mana Manchester United kerap menang. Samalah buang masa menonton F1 kerana Ferrari asyik menang saja. Jangan marah ah.

Tetapi berita ramai pemain bola Singapore hendak lari ke Indonesia, kini tersebar luas.
Ini kerana ramai sangat yang nak tukar kelab.
Pemain bolasepak Singapore ni kebanyakannya anak-anak Melayu.
Talent and money do not recognise race/bangsa. Didn't I say that often?

Sebelum ini, rakyat Temasek yang paling terkenal bekerja di Indonesia ialah Fandi Ahmad, bekas hero bolasepak yang menjadi coach Pelita Jaya. Beliau masih di sana.
Dalam kerjayanya, Fandi pernah bermain dengan Niac Mitra di Indonesia, FC Gronigen di Holland, Kuala Lumpur FC dan OFI Crete di Greece.

S-League ni macam Malaysia Super League yang dikepalai keluarga di raja Pahang - hidup segan mati tak mahu.
Setiap perlawanan biasa, jika ada 2,500 orang penonton di Temasek dah kira ramailah tu.
Di Indonesia, sekurang-kurangya 30,000 penonton menghadiri setiap perlawanan. Syiok.

Hadiah menjadi champion S-League ialah S$150,000 (RM345,000).
Jika menang Singapore Cup dapat S$80,000 (RM184,000).
Di ISL, hadiah ialah US$1 juta sebagai juara kelab, US$2.5 juta sebagai pemenang Cup. Wow.

BARU. Baca laporan di sini, sini dan sini.


Senarai pemain yang dah confirm lari:
- Noh Alam Shah, dari Tampines Rovers di Singapore, ke Arema Malang. Kena potongan gaji.
- Precious Emuejeraye, Woodlands Wellington, ke Sriwijaya. Former Nigerian who became Singaporean.
- Baihakki Khaizan, Geyland United, ke Persija. Gaji berganda. Dapat kondo, kereta berdrebar di Jakarta.

Pemain pasukan nasional Singapore lain yang disebut akan berpindah:
- Tiga dari Tampines Rovers.
- Seorang dari kelab Sengkang Punggol.
- Seorang dari Singapore Armed Forces FC.

Lima orang yang lain sedang berbincang dengan kelab Indonesia Arema Malang, Persija dan Persisam.
Seorang lagi sedang dikejar oleh kelab bolasepak Australia.

Kenapa popular sangat pemain Singapore ni? Kerana ISL kini memulakan sistem baru.
Setiap kelab dibenarkan mengimport lima pemain asing.
Sistem '3+2Asian berth' bermakna dari lima pemain import, dua mesti dari kelab di Asia.
Saya tak membaca berita sukan Malaysia - mungkin pemain Malaysia pun kena 'curi juga. Asal mereka tak kena 'sweeping' kelak sudah.

No comments:

Post a Comment