Thursday, September 17, 2009

RM1 billion untuk F1 Lotus Team. Tak payahlah!

TAMBAHAN 10.30mlm
---------------------------

Sebenarnya ada cerita di sebalik cerita. Mula-mulanya saya tak mahu letak.
Tetapi untuk berlaku adil kepada kerajaan Malaysia, saya rasa kena tulis juga. Tetapi ini cerita saja, tak confirm lagi.
Ada bisikan di Malaysia bahawa kerajaan "terpaksa" memasukkan wang lagi (iaitu melabur/invest) dalam F1 Team Lotus ni.
Ya, katanya terpaksa.
Ini kerana banyak negeri lain yang mahu membina litar F1 di tempat masing-masing dan mereka sanggup membayar wang untuk mendapat tempat.
Sejak Sepang menjadi sebuah litar F1, negeri Arab, China dan Singapore, misalnya, dah masuk.

Tetapi team-team dalam F1 semuanya komplain. Jika litar perlumbaan terus ditambah dan ditambah, bila mereka nak rehat?
Jalan kompromi ialah membuang satu-dua litar yang sedia ada.
Dan ceritanya, litar Sepang ni dah agak lama dan tak glamour.
Dah lah tu, di Temasek - betul-betul di sebelah Malaysia - pun kini dah masuk dalam kalendar F1. Jadi kalau Malaysia disingkir pun F1 tak rugi apa - dari segi peminatnya di seluruh dunia.
Sesiapa orang Asia Tenggara yang nak menonton F1 boleh ke Singapore, tak payah pergi jauh walaupun jika Sepang terkeluar.
Jadi kalau Malaysia tak mahu disingkirkan apa dia kena buat?
Dia perlu menunjukkan dia sanggup melabur lagi dalam perlumbaan glamour ini - put up, or shut up, kata orang putih.
Itu ceritanya. Wartawan di KL mungkin boleh confirm.


CERITA ORI
--------------------------------------------------------

Apabila PM Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia nak masuk sebagai salah satu dari team dalam Formula 1, saya menyokong - di sini.
Pada masa itu saya tidak terfikir banyak mengenai kos nak memulakan projek ini.
Saya cuma terfikir - Malaysia sekarang membelanjakan RM100 juta setiap tahun untuk promote perlumbaan F1 di litar Sepang, jadi pada saya tambah sikit okaylah.
Rupa-rupanya, mak oi, punyalah mahal nak letak team dalam F1 ni.
Maka itu saya berubah fikiran - Tak payah lah, To' Sri.
Saya buat U-turn. Saya flip-flop.

Tetapi argument saya bukan seperti orang lain.
Saya rasa tidak adil jika kita bandingkan perbelanjaan berbilion yang akan keluar ini dengan berapa banyak rumah kos rendah yang boleh dibina, berapa banyak sekolah pintar, berapa banyak longkang dan parit yang dapat dibuat di kampung.

Usaha masuk F1 ini memang sepatutnya ada pulangan, memang betul.
Seperti Malaysia masuk perlumbaan F1 dengan membina litar Sepang, pulangannya ialah sejak beberapa tahun ini, nama 'Se-PANG, Malaysia' kerap diulangi di arena TV antarabangsa dan akhbar luar negeri.
Tak payah beli advertisement di CNN Sport, BBC atau Fox News, atau International Herald Tribune, Asahi Shimbun, The Guardian atau Times of India, setiap tahun, sebelum dan selepas perlumbaan di Sepang, nama Malaysia diulang-ulangi.
Kalau ada accident atau scandal besar, lagi bagus! Macam sekarang scandal besar Team Renault di Singapore tahun lalu. Free advertisement.

F1 saja mempunyai 110 juta penonton setiap perlumbaan, dan setiap tahun puluhan ribu tourists datang untuk menonton siri selama tiga hari itu (termasuk dua hari test drive).
Jadi jika berbelanja RM100 juta setahun untuk dapat 'advertisement' nama negara Malaysia ini, pada saya ok (Kalau nak fikir berapa ramai orang miskin boleh ditolong, berapa banyak jalan kampung boleh dibuat, tak payahlah buat promosi pelancongan yang nilainya berjuta ringgit setiap bulan - cuba tanya Azalina Othman Said dulu dan Ng Yen Yen sekarang!)

Tetapi, rupa-rupanya, nak masukkan sebuah team dalam perlumbaan ini ceritanya lain.
Saya rasa tak lumayanlah, kerana menurut laporan The Sun ianya kira-kira RM1 billion.
Ini baru nak buat team headquarters dan kereta F1 Malaysia (yang berwarna-warni macam batik).
Belum lagi bayar gaji drivers - dua orang - dan teknisyen. Dan mereka semuanya kena dibawa terbang ke seluruh dunia setiap dua minggu dari satu race ke race yang lain. Tinggal di hotel mewah. Takkan nak letak mereka di Chow Kit atau Geylang, oi.
Waduh, siapa mahu bayar ini semua, Pak?

Yang lebih penting, apa pulangannya?
Dulu masa litar Sepang dibina dan F1 ditarik ke sini, Dr Mahathir ada menyatakan ia akan melahirkan generasi yang minat dalam engineering kereta ni.
Tak ada pun.
Maksudnya memang ramai anak Melayu pandai repair kereta sekarang berbanding apabila saya mula jejak di KL 15 tahun lalu, tetapi itu terima masih kepada Proton dan Perodua, dan polisi Bumiputera yang mewajibkan teknisyen syarikat kereta asing mempunyai pekerja Bumi di bengkel kereta*.
Bukan kerana mereka menonton F1, jadi syok, lalu berminat dalam kejuruteraan kereta.

(*Inilah salah satu sebab kenapa polisi Bumiputera patut disokong. Anda benci kepada excesses polisi ini - seperti melahirkan kroni cepat kaya - tetapi mesti menyokong dasar yang melahirkan karyawan dan pakar Melayu seperti lebih ramai akauntan, doktor dan repairman kereta).

Yang adapun, yang pernah ramai membaca, ialah dua tiga orang anak Melayu yang bekerja dengan Petronas yang diberi tugas mengikut salah sebuah team (BMW Sauber?) untuk belajar macam-macam teknik F1. Itupun sebab Petronas bayar semua.

Jadi saya tak rasa dengan adanya F1 Team Lotus ni, tiba-tiba ramai anak Malaysia akan tiba-tiba minat dengan kejuruteraan kereta.
Saya tak rasa juga dengan tiba-tiba, orang satu dunia nak beli kereta Proton kerana anak syarikat Proton kini masuk F1. Lainlah kalau Team Lotus kerap dalam top five perlumbaan kelak.

Dan menurut berita, kerana ini team Malaysia, kerajaan nak letak lebih ramai warga Malaysia dalam kumpulan ini - tidak seperti team lain yang menggunakan tenaga pakar tak kira bangsa apa. Hancurlah 'bang. Anak Melayu baikpun Cina atau India Malaysia, apa yang dia pandai tentang F1? Lebih baik jika cara Petronas itu diikuti (lebih murah) - sponsor anak Malaysia join salah satu team F1 yang ada sebagai teknisyen.

No comments:

Post a Comment