Sunday, September 20, 2009
Raya di Temasek - Isu kemasukan pekerja asing
Salah satu isu terbesar di Temasek ialah kemasukan pekerja asing.
Isu ini semalam menjadi sebahagian daripada topik Khutbah Hari Raya.
Pak Imam, membacakan teks khutbah (wajib menggunakan teks Majlis Ugama Islam Singapura) yang menyatakan kita perlu hidup saling harmoni dengan kaum pendatang. Cuba faham-memahami.
Inilah salah satu perkara yang sedang ditekankan oleh pemerintah sebab ramai orang gelisah kerana kemasukan warga asing yang dirasakan mendadak, tetapi tenaga mereka diperlukan.
Ah, jadi di sini saya nak cerita sikit tentang isu pekerja asing ni dan negara sebesar noktah kecil merah (little red dot).
Pemerintah tahu ramai orang Singapore marah kerana orang luar dirasakan mengambil tempat pekerjaan rakyat tempatan.
Dan satu lagi problem: Di kedai kopi, mahupun supermarket dan di shopping mall atau di stesen pam minyak, ada pekerja asing frontline tak pandai bertutur bahasa Inggeris.
Misalnya, saya sendiri pernah ke kedai kopi order teh dalam bahasa Inggeris, si pekerja tak faham sebab dia dari China dan menjawab dalam Mandarin. Buat aku marah.
Problem tambahan: Kerana ada 478,000 warga asing yang menjadi penduduk tetap, mereka menaikkan harga rumah di sini. Warga asing tidak boleh membeli flat direct dari HDB (public flats), tetapi mereka boleh membeli kondo dan flat HDB di open market.
Kerana ramai yang masuk ni pekerja profesional, maka mereka mampu membayar harga lebih tinggi.
Argumen pemerintah ialah ekonomi Singapura berkembang pesat beberapa tahun lalu (bukan sejak 18 bulan ini) maka pintu masuk dibuka luas kerana sebagai negara kecil tak cukup pekerja.
Tetapi gelisah orang Singapura bukan main kerana bahasa yang menyatukan kami di sini ialah bahasa mat salleh ni. Kalau tak pandai bahasa Inggeris, lebih baik jangan masuk arena pekerjaan di sini. Baik drebar teksi, office boy dan security guard pun cekap berbahasa Inggeris kalau tidak susah nak kerja.
Jadi orang marah: Jika si asing ni tak faham bahasa Inggeris macam mana pemerintah boleh benarkan sang majikan bawa dia masuk!? Bukan saya seorang yang kata begitu.
Daripada 4.8 juta penduduk Singapore, 3.2 juta warga Temasek.
Sebanyak 1.6 juta dari luar. Mereka termasuk 478,000 penduduk tetap (permanent resident, PR).
Maknanya terdapat 33 peratus pekerja asing.
Seorang dari setiap tiga penduduk Temasek ialah orang asing!
Bandingkan dengan Malaysia di mana penduduk tempatan ialah 27 juta (jumlah pekerja 11juta) dengan kira-kira 3 juta pekerja asing. Katalah 4 juta kerana ramai pekerja asing tanpa izin.
Maknanya, tenaga kerja asing di Malaysia ialah 8-10 peratus.
Dan kebanyakan tenaga kerja asing di Malaysia pekerja blue-collar: pembersih pejabat dan pekerja restoran.
Sedangkan di Singapore warga asing bekerja dari di atas sekali - CEO bank dan pengarah syarikat, hingga di bawah sekali. Jadi jika anda warga Singapore ada PhD atau MBA pun, apply kerja kena lawan warga asing ni, yang mungkin sanggup mengambil gaji lebih rendah!
- Di Singapura, ramai golongan atas warga asing ni adalah PR. Mereka golongan profesional seperti banker dan peguam, akauntan, dan jurutera dan arkitek.
Mereka tetap pegang pasport negara asal - baik Malaysia, Amerika, Eropah atau Indonesia.
Singapura dikenali sebagai negara di dunia yang mempunyai golongan jutawan yang paling tinggi di dunia (Nak kira anda millionaire ni gunakan US$ bukan ringgit atau Singdollar - baca tulisan saya sebelum ini).
Jadi termasuk golongan yang ramai menjadi PR Singapore ialah puak kaya ini.
Baik jutawan dari India, Amerika, Russia, Indonesia dan Britain (Malaysia pun ada ler) mereka beli kondo mewah dan kereta di sini, Singapore My Second Home.
Mereka buat duit di Delhi, Jakarta, KL dan Moscow, simpan duit dan keluarga di Temasek Darul Dollar.
(Di sini pun ada orang miskin ler, jangan ingat semua orang Singapore kaya - baca cerita di sini).
Yang dah syiok sangat dengan Singapore jadi rakyat, seperti Jet Li dan Gong Li.
- Baki PR di sini ialah mereka yang menggunakan pas pekerja tahunan, seperti puluhan ribu pekerja yang duduk di Johor dan menyeberang masuk setiap pagi. Pekerja blue-collar.
Misalnya, saya pasang cable TV di rumah du tahun dulu, yang pasang orang Malaysia. Saya pasang aircon di rumah tahun lalu, pekerja pun dari Malaysia. Ke shopping centre beli barang elektronik Raya tahun lepas, budak Cina berbahasa Melayu dari Malaysia; di stesen pam minyak Shell pun ada pekerja budak India dari Johor.
Yang lain termasuk ratusan ribuan dari China, Bangladesh dan India.
- Dan ada pekerja di tahap pertengahan profesional (marketing executives, wartawan, bank clerks, senior nurses, junior engineers). Mereka boleh bertutur bahasa Inggeris tentunya, tetapi dirasakan 'mencuri' peluang pekerjaan rakyat tempatan kerana sanggup menerima gaji lebih rendah.
Kerana dah banyak sangat komplen, maka pemerintah berkata baru-baru ini bahawa ia akan slow sikit bawa masuk pekerja asing.
Tetapi ia juga mahu rakyat berdiri di bumi nyata: Pekerja luar ni membawa banyak experience dan negara kecil tak ada pilihan lain tetapi membuka pintu masuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment