Tuesday, September 1, 2009

'Babi berselimutkan bendera Umno' - Zam

Saya terkejut semalam apabila di tempat kerja, saya berdepan dengan tulisan mantan menteri penerangan, Zainuddin Maidin.
Beliau menulis dalam Utusan Malaysia pada Sept 1 bahawa rakyat Malaysia harus belajar dari sejarah, kerana kini peristiwa pahit sejarah berulang lagi.
Beliau langsung menceritakan bagaimana Singapore Darul Dollar ditendang keluar dari Malaysia oleh Tunku kerana tidak menerima kerajaan Melayu dan Islam.

Tulisan penuhnya di arkib online Utusan di sini.
Beliau nak benci Lee Kuan Yew, kini Menteri Mentor (MM) Temasek, suka hati beliau lah.

Tetapi yang memeranjatkan saya ialah perenggan yang menyatakan Melayu pernah dicabar apabila 'babi berselimutkan bendera Umno'.
Pernah terjadi ke?
Boleh rakan-rakan tolong confirm?
Saya dah tanya beberapa wartawan kanan Malaysia, semua tak pernah dengar peristiwa ini.
Bila, di mana, apa reaksi Umno, siapa yang berani buat ini.
(Jika betul, babi itu ialah khinzir yang mulia sebab didakap bendera parti keramat).

Ayat-ayat Zam:
"Kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam dan lain-lain soal sensitif yang melanggar prinsip penyelesaian kepada masalah pertikaian kaum yang disemai oleh Kuan Yew sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei telah menjadi perbincangan semula sehingga lembu mencabar orang beragama Hindu dan babi berselimutkan bendera UMNO mencabar orang Melayu."

Yang saya ingat ialah bendera PAS diletak kepala babi dicampak dalam sebuah surau di kampus Universiti Malaya.

Dan kolumn Zam ini mencipta satu sejarah lagi. Utusan memberikan penterjemahan Bahasa Inggeris dalam arkibnya - di sini.
Sejarahnya ialah perenggan 'lembu dan babi' di atas TIADA dalam Bahasa Inggeris.
HILANG.
MASUK Twilight Zone.
Atau ditelan Bermuda Triangle.
Mungkin tak sengaja tak....

Atau mungkin maksudnya ini terjadi ialah biar orang Melayu terbakar membaca Lee ini kononnya jahat sangat sehingga mencetus Mei 13, dan Melayu terus marah sebab bendera Umno telah dibabikan, tetapi pembaca yang tak faham Bahasa Melayu tak tahu tentangnya?
Pelik wal ajaib.

Rakan saya ramai di Utusan, dan walau orang kata Utusan extremis dan sebagainya, saya tetap gemar dengan akhbar ini, sebab ia berani meluahkan perasaan Melayu - walau dimarahi.
(Orang yang marah selalunya berat sebelah. Apa yang ditulis akhbar-akhbar berbahasa Cina - memperlekeh kerajaan Malaysia (Umno-BN) dan orang Melayu secara berterusan, dan asyik memuji Singapore - tidak ada pula yang hentam sebab anda tak boleh baca kandungannya).

Storynya dalam akhbar saya di sini.

Utusan braders dan mem-mem (tak 'yah sebut nama) - Tolong terjemahkan perenggan di atas dan letak dalam artikel di arkib.
Tak syiok baca artikel kalau tak lengkap.
Mana tahu MM Lee pun nak baca....

No comments:

Post a Comment