Friday, September 11, 2009

Jika Isa Samad menang di Bagan Pinang....

Kita katakanlah bahawa Isa Samad dipilih bertanding di Bagan Pinang.
Dan oleh kerana beliau, seperti yang dikatakan penyokongnya, memang sangat popular di situ,
Isa menang.

Memang kita tahu bahawa semua orang di luar Umno, dan mungkin ramai di dalam pun, akan mencemuh beliau.
Tetapi selepas beliau menang, adakah kemenangan itu baik atau tidak untuk Umno?
Ini pendapat saya:

Senario 1
-------------------------------------------------------

Dengan kemenangan itu, ADUN BN yang tidak ngam dengan MB Mohamad Hasan akan berpuak dengan Isa.
Sekarang pun dah ada kumpulan yang mahu Mohamad diganti. Hanya mereka tidak ada kepala saja.
Dengan kembalinya Isa, bekas MB Negeri selama lebih 20 tahun, maka perpecahan akan semakin ketara.
Ini hanya akan melemahkan Barisan Nasional.

BN ada 21 kerusi di Negeri, berbanding 15 untuk Pakatan.
Ini bermakna, hanya jika EMPAT ADUN BN lari, kedudukan kerusi menjadi BN 17, Pakatan 19.

Atau jika BN berpecah dua tetapi tidak lari ke Pakatan pun, BN akan lemah juga.
Isu ini akan menjadi seperti di Terengganu di mana walaupun kerajaan BN tidak tumbang, ianya hidup segan mati tak mau.

Maknanya, selepas masalah di Perak dan Terengganu, Negeri pun menjadi negeri bermasalah buat PM Najib Razak.
Dan datang 2013 kelak, dikhuatiri Negeri selain Perak dan Terengganu berpindah tangan.


Senario 2
--------------------------------------------------------

'Kerjaya' Isa sebagai Naib Presiden Umno terbantut kerana beliau didapati bersalah akibat terlibat dalam politik wang.
Tentunya beliau merasakan jika dulunya popular sehingga dapat pangkat itu - walaupun sebenarnya dengan menyogok wang (sebab itu didapati bersalah) - kenapa tak mencuba sekali lagi?

Maknanya, dalam pilihanraya Umno tiga tahun lagi, fenomenon Isa Samad mungkin berulang.
Jika bukan untuk jawatan Naib Pres, tentunya paling kurang beliau akan ingin bertanding sekurang-kurangnya sebagai Ahli Majlis Tertinggi.


BAIK Senario 1 atau 2, imej Umno akan terus di basement dalam pandangan orang luar.
Ini kerana Umno dilihat sanggup menaikkan kembali seorang ketua yang telah didapati bermandi lumpur politik wang.


Kenapa Isa tidak dipujuk saja supaya sanggup menjadi sebagai mentor kepada orang yang akan dipilih sebagai calon di Bagan Pinang. Beliau akan ada peranan tetapi yang kurang kontroversial.

No comments:

Post a Comment