Budak pompuan ni menang Miss World di Singapura.
Tetapi baru menang, akhbar My Paper, mengeluarkan cerita bahawa Ris Low pernah bekerja di sebuah klinik di mana dia mencuri tujuh credit card pelanggan.
Digunakan untuk membeli barangan mewah dan makan di restoran.
Hari ini, setelah berdolak-dalik seminggu, Ris, 19 tahun, turun takhta.
My Paper ialah akhbar percuma di Temasek seperti The Sun. Cuma ia dwibahasa. Di depan bahasa Inggeris, di belakang bahasa Mandarin - sebab ada market untuk pembaca dwibahasa ni.
Yang menarik juga, baca 70-lebih posting pembaca di bawah cerita tu.
Ada juga yang sokong dia.
Cerita tentang Ris sama panas dengan perlumbaan F1 di Temasek hujung minggu lalu.
Kesian juga. Baru 19 tahun dah ada wiki entry.
Dia memperkenalkan perkataan popular baru di Singapura.
Sama seperti 'I'll be back' (Arnold Schwarzenegger) atau 'wardrobe malfunction' (Janet Jackson), Ris menggunakan terma 'bipolar disorder' untuk menjelaskan kenapa dia jadi budak baik satu hari, budak jahat esoknya.
No comments:
Post a Comment