Kini di Temasek Darul Dollar, ada sebuah buku baru yang diterbitkan syarikat saya, Singapore Press Holdings. Men In White.
Ia mengenai sejarah People's Action Party, tetapi bukan dari kacamata PAP saja tetapi juga dari musuh politiknya dulu.
Seramai 300 anggota Parti Tindakan Rakyat (PTR atau Petir, dalam Bahasa Melayu), ahli parti lain dan pemerhati diwawancara.
Buku ditulis oleh tiga wartawan veteran The Straits Times - lebih veteran sikit dari saya. At least aku masih 'chome sokmo' kata orang Klate. LIHAT GAMBAR Sonny Yap, Richard Lim dan Leong Weng Kam.
Yang pelik bagaimana mereka ada masa nak buat projek ini. Richard - dulu editor seksyen Life!, kini sub-editor kanan untuk Sunday Times - duduk hanya beberapa meter dari saya, tak pernah nampak dia hilang buat interview. Pandai dia cari masa.
Saya baru bukunya semalam. Staf dapat diskaun. Harga diluar S$39.90. Kami dapat S$34 untuk hardcover. Berebut orang beli di kantin semalam.Jika nak baca excerpts, cuba Google. Akhbar saya dah banyak keluarkan sejak dua minggu ini.
Tajuknya Men In White (saya sengaja terjemah Jantan, bukan Lelaki. Hahaha) sebab orang Petir ni bila masa pilihanraya mereka pakai baju dan seluar warna putih untuk kempen. Kerana putih katanya warna orang yang bersih.Buku menceritakan sejarah awal Temasek apabila Petir berdepan dengan puak Komunis, leftist dan sosialis bandar di Singapore - lebih-lebih lagi parti Barisan Sosialis yang kini dah mati - dan bagaimana mereka akhirnya tewas. Jika puak ini menang, sejarah tentunya masuk bab lain.
No comments:
Post a Comment